Friday, March 14, 2014

Cara makan buah gajus..

Hehe...ni entry sampingan jer ni.
Saja nak memenuhkan blog ngn setiap hari ada entry, hahaha.

Pokok gajus mak dh berbuah semula. Pokok yg kat tepi pagar umah ni jer.
Orang kat utara ni ada yg panggil buah ni...buah janggus. Atau sebutannya...jangguihhh!!! hehe..

Ari tu mak soh amek. Buah ni baru mula masak kat pokok.
Nanti beberapa hari lagi...banyak ler masak serentak tu.
Sekali pandang mcm buah jambu keling pulak aku tengok, hehe..
Ok...cara nak makan buah ni...satu jer laa yg aku tau.
Lagipun cara ni mmg sesuai sangat dgn isi buah gajus yg ada rasa2 kelat wlpn dh masak ranum ni, kan.

Asingkan bijik gajus tu dulu.
Cara dia....
-Buat air garam dulu. Buat ikut banyak buah yg nak dimakan tu. Letak dalam mangkuk. Agak2 ler jgn masin sgt, ye.
-Pastu potong nipis buah tu dan masukkan dalam mangkuk yg ada air garam tadi. Rendam biaq buah tu serap air garam tu sekejap (sekejap jer)...pastu makan. Pergh!!! kecur ayaq lioq, hoho.

Kalo umah korang ada tanah yg luas...biji tu leh ler campak jer kat atas tanah tu. InsyaAllah, leh tumbuh pokok gajus nanti. Pucuk daunnya leh jadi ulam, pergh!!! bertambah2 makan nasik. Adoiii, itu yg tak mau tu tapi sedap, uwaa...

Nota ALONA:-
~Orang Somalia menangis sbb tak makan...tapi orang kat Malaysia menangis sbb risau makan banyak2 leh gemuk badan, mm...Syukur dilahirkan di bumi bertuah ini. Alhamdulillah.

2 comments:

wantie said...

lama dah tak makan buah ni kak... kat kampung pun susah nak dapat buah ni. maklumlah asal jadi pucuk je mesti nak petik petik buat ulam..

Zura@Iwan said...

betui2..buah jangguih ni kelat kn mkn dia..
tp kak kata buat air garam tu kan..
haihh sy pun kecur air liur ni..hehe..