Thursday, March 27, 2014

Layan Zombi Kilang Biskut..

26.03.2014
RABU

Dah janji ngan dorang ni nak tengok wayang Zombi Kilang Biskut kat MBO, Taiping Sentral minggu lepas lagi. Sehari sebelum result SPM keluar lagi dah plan dh, huhu.
Masa yg lapang pun...selepas kitorang balik dari Cameron Highlands.

Sampai hari yg dijanji.....Sape yg nk keluar gi beli tiket?? Dulu ada Piluih...leh ler dia yg jalankan tugas ni, hehe.
Tapi kali ni dia tak cuti pulak.
Jadi, malas nak keluar punya pasal...abang pun beli tiket online jer. Pilih seat pun melalui online. Pertama kali buat gini walaupun servis ni dh ada lama dh, kan...huhu. Kitorang lima beranak ni jarang berpeluang hadap skrin besar kat panggung ni.

Cuma ingat kali ni nak gelak2...tu yg leh pi. Kebetulan, tayangannya pun ketika cuti sekolah. Anak2 pun semua ada kat umah.
Kali ni 14 orang semuanya join utk tengok ZKB...tengok teaser mcm bestttt jer.
Dh tukar tiket online ke tiket yg betul2. Panjang tiket ni. Ada 14 semuanya. Tunggu yg lelain tak sampai lagi.
Panggung tak penuh pun walaupun disediakan panggung besar.
Mgkn citer ni kurang iklan kat tv sebab penerbitnya bkn ler penerbit dh ada nama besar.
Mgkn jugak ramai yg takde mood nak gi panggung disebabkan tragedi kehilangan pesawat MH370.

Jalan citer ni pulak....permulaan tu dh ok.....nampak mcm dh bersedia masing2 nak lebih ketawa lagi.. Tambah2 pulak gambarnya HD. Lebih puas mata ni menonton.

Dalam citer ni ada 2 jenis hantu. Bukan zombi aje...pontianak pun ada jugak.
Tapi ending part pontianak tu jer yg best...yg kelakar. Yg buat penonton rasa puashati.
Tang masalah zombi ni hampeh. Bab lawan2 keterlaluan....jadi semakin bosan...membosankan.
Makin jadi tak puas hati bila ending zombi ni tak abes.....tak selesai langsung. Ada lak sambungan katanya, Zombi Ultimatum.
Hmm, ntah ler yg ni nanti. Aku nak gi layan panggung ke idak. Dah frust tengok Husin, Mon & Jin Pakai Toncet....pastu ngan Zombi Kilang Biskut lak. Sayang, penamat citer ni walaupun nak diadakan sambungan tapi tetap tak digarap dgn sebaik-baiknya.

Maaf, ini komen sebagai pembeli tiket utk menonton di panggung wayang, menyokong filem tempatan. Tak berapa berkualiti takpe janji best mcm Zombi Kg Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah......otw balik umah leh gelak2 lagi bertukar2 pendapat tentang citer ni...ajuk2 skrip dan tagline yg ada dlm filem tu. Tapi yg ni mmg hampa. Balik nak singgah minum2 dulu pun takde mood dah, huhu.

Nota ALONA:-
~Frust tengok citer ni sbb tak dpt nak gelak banyak2 hilangkan tensen.. Lagi jadi tensen sbb ending ntah apa2.

6 comments:

attyfir said...

itulah kdg..bukan tak support citer melayu.. tp takut penghujung citer ..
tp kan aty baru2 ni tgk citer sejoli yg maya karin ngn bront berlakon tu lawak.. besh lah citer tu tak rugi rasanya ..

aty selalu beli online lps tu scan barcode je kt pintu masuk .

Nad MamaZN said...

kebnyakan movie yg akak p tgk sume mamat khalid punya kan? hee.. tu yg saya perasan la ;)

Zura@Iwan said...

ya la..kalau ending tk best
mmg tensen gk tu..
kita nk tgk wayang nk release tensn kan...
zura jarang layan ceta2 ni...kalau nk gi cinema, bw irfan tu kena tgk ceta cartun ok la gk..

wantie said...

niat awal nak gi hilangkan tension tetiba lak ter tension kak. adoi...

lepas ni mesti ada org buat filem ttg MH370 tu...

el said...

fuhh rmi rakyat jelata
akk bw org2 kampung ke 14org tu dtg dr mn haha

tifa anvar said...

Xtahu pula ade cerita tajuk ni. Nmpk sngt promosi filem ni tenggelam dngn isu MH 370