Monday, March 10, 2014

Melawat jiran..

Dulu...kak ina dan keluarganya penah jadi jiran kanan umah aku paling lama sebelum tuan umah tu nak dok umah tu semula.
Kebetulan umah kak ina kat Arau dh pun siap dan boleh diduduki...dorang pun berpindah ke sana. Kak Ina amek keputusan utk berpindah awal sebab pusara anak bongsunya ada kat sana.

Senang jgk laa nak pi umah kak ina ni. Dekat jer ngan UITM Perlis. Tak jauh dari istana dan bandar Arau.
Walaupun cuaca panas kat sana tapi berangin. Tak terasa sangat bahang ketika duduk lepak kat dalam umah kak ina tu.
Bergambar ngan kak ina dan sominya...abg Hanif.
Aku gi umah kak Ina ni utk hantar tempah langsir yg aku beli dulu. Hahaha....jauh kan aku cari tukang jahit langsir umah aku?? Langsir ni aku soh kak ina jahit biasa aje. Takde scallop2 pun. Tp lebih sng mintak tolong kak ina jahit sbb dia tau keadaan umah aku mcm mana...hehe..

Aku dh bincang ngan kak ina dulu tentang ni. Aku hantar kain langsir. Nanti bebila dh siap sebelum raya...kak ina atau anak dara dia ada turun Taiping (kak Ina ni kampungnya kat Selama...dan ramai kawan2 dia kat Taiping ni)....dorang akan bawak ler langsir yg dh siap jahit tu hantar bagi aku, InsyaAllah.

Gi umah kak ina tu...dia hidangkan mee rebus yg sedap. Alhamdulillah, walaupun kitorang dh kata tak payah ler susah2...tapi sebagai orang Islam...kita faham....kak ina dan keluarga meraikan tetamunya seperti yg dituntut dlm Islam.
**Dok lepak dalam umah kak ina tu...terasa mcm dia masih berjiran ngan kitorang jer. Sebab umah tu kak ina amek sebijik contoh umah yg dia sewa sebelah umah aku dulu tu...

Nota ALONA:-
~Siapa yg memberi ilmu sains kepada manusia??

5 comments:

Zura@Iwan said...

wahh..gi hntr buat lgsir smpi perlis ye kak..dah biasa kn ngn kk ina tu..tk per..alang2 jln2 sekali kan...

wahh..best dpt jamu mee rebus..alhamdulillah rezeki kan..

Nad MamaZN said...

jauh tu akak bwk kain langsir berjalan kikiki...
janji kita puas hati kan :)

attyfir said...

tak sabar pulak aty nengok langsir siap

wantie said...

tu la air tangan kak ina memang ngam ngan akak. sebab tu la jauh mana pun gi cari jugak.



*** hari ni baru tau yang sains tu sebenarnya ilmu mengenai makhluk. betapa la ketinggalan kan....

wantie said...

sains adalah makhluk...