Monday, March 3, 2014

Le Tour De Langkawi - Taiping

28.02.2014
JUMAAT

Hari tu adalah hari ke-2 LTDL 2014.
Dorang kayuh dari Sungai Petani ke Taiping. Kali ni dorang wat waktu petang.
Beberapa tahun sebelum ni....ada jugak penamat dibuat di Taiping (waktu pagi) tetapi mengecewakan....para pelumba dijangka tiba kul 11 lebih tetapi kul 12 lebih baru sampai ke Taiping. Hari tu pun Jumaat jugak. Lalu kat area taman tasik ni mmg ada banyak sekolah. Hari Jumaat sekolah sesi pagi kebanyakannya kul 12 tengahari. Ngan bas sekolah, ngan ibubapa nak amek anak2 lagi....ngan orang balik nak solat Jumaat lagi. Ngan sikap ketidaksabaran pengguna jalanraya lagi. Tambah memburukkan keadaan...disebabkan sikap tak bagus tu...dorang telah pun membuatkan keadaan laluan pelumba basikal menjadi kecoh sampaikan ada kemalangan berlaku sesama pelumba di 2 lokasi berlainan...iaitu berhampiran penjara dan berhampiran zoo. Itu cerita dulu....

Mgkn disebabkan itu....kali ni penganjur wat petang lak.
Aku mmg nak tunggu kat tepi jalan berdekatan utk memeriahkan keadaan. Dah cakap kat angah dh nak bawak dia gi sekali. Tapi petang tu...umah kitorang didatangi tetamu. Maka, tak mengapalah. Tetamu datang umah...bawak berkat sekali masuk bersama, InsyaAllah.

Gambar2 ni....aku dpt dari abang. Kebetulan abang balik dari keje hampir kul 6 petang....pelumba2 ni masih tak sampai lagi dan jalan masih ditutup kepada laluan awam. Pelumba yg dijangka sampai kul 5.00 - 5.30 petang terlajak sedikit waktu mereka. Mgkn pelepasan dari sana lewat sedikit. Maklum laa...hari tu kan hari Jumaat....ada solat Jumaat. 
Masa ni mesti dengar bunyi kayuhan dorang yg berdesup tu......sbb aku dh penah tengok jgk acara lumba basikal ni, hehe..
Kelompok peloton. Masing2 rapat sesama sendiri. Kalo sorang jatuh...mmg akan jadi mcm domino....
Bkn main brader ni....cara dia amek gambar, hehe. Pengguna yg lain nampaknya bersabar dgn acara ni.
Gigih dorang berkayuh walaupun dh petang2 gini tapi cuaca masih berbahang. Bayangkan ler dorang kayuh dari SP sebelum2 tu, uiii..
Antara yg lambat..hehe..
Aku ingatkan ok laa acara ni kali ni....rupa2nya ada jugak kemalangan berlaku. Dorang kata...laluan kat sekitar taman tasik tu sempit. Ha'ah, mmg sempit...tak sesuai utk zon pecut sebelum garisan penamat. Aku pun tak tau ler kenapa pihak penganjur tak amek kira perkara ni sebagai faktor keselamatan.
Aku tengok berita...ramai pelumba yg cedera dan ada yg tidak dapat meneruskan acara keesokkan harinya pulak.
Hmm...jadi lagi. Jugak di Taiping. Kalo dh 2 kali jadi lagu ni....mmg tak sesuai ler kot Taiping ni jadi salah satu destinasi dalam LTDL akan datang. Melainkan dorang wat penamat tu kat tempat lain. Kat padang lapangan kat Tekah tu ke....(sekadar cadangan). Taman tasik tu boleh dorang masukkan dalam laluan tapi penamatnya di area Tekah tu. Leh ler nak pecut sket dan laluan lebih besar.

Beberapa tempoh masa sebelum pelumba2 sampai...sudah semestinya pihak polis trafik menjalankan tugas dorang dgn mengarahkan kosongkan laluan dgn pengguna2 jalanraya masing menunggu seketika di tepi jalan. Tetapi biasalah...bila jangka kul 5 petang tapi tak sampai2 lagi...pengguna jalanraya ni dh tunggu lama dh....dekat kul 6 pun tak sampai lagi...mana tak bising. Jalan sesak tu tak usah ceritalah. Masa ni lah kesabaran seseorang tu teruji. Mana yg tak dpt mengawal...terkeluarlah sikap amarah, mencaci, mencarut semua ada. Marah kat golongan itu....marah kepada golongan ini. Paling teruk kena mesti lah polis kan. Kesian dorang...dorang sekadar menjalankan tugas yg diarahkan. Cuba laa kawal amarah tu dengan fikiran positif. Naikkan tahap sabar tu. Tu sebab sabar tu sebahagian daripada iman.
Acara ni bkn tiap2 tahun masuk Taiping. Sesekali dh masuk tu dikira bertuah ler sebab terpilih antara banyak2 tempat, kan. Kat Perak ni...cuma Taiping ngan Kampar aje yg terlibat utk LTDL tahun ni. Daerah lain tak terpilih. Taiping sebagai destinasi penamat...dan Kampar pulak destinasi permulaan di mana Kuala Lumpur sebagai penamatnya.

Bila Taiping ni takde acara besar2 utk promosi Tahun Melawat Malaysia....bising2. Tapi bila dh ada acara besar gini....tak dapat nak terima pulak sbb rasa mcm mengganggu & menyusahkan aktiviti harian dorang nak gunakan jalan tu.

Ntah laa....

Nota ALONA:-
~Gambar ehsan dari kamera hp abang. Timakasih...... ;)

3 comments:

wantie said...

siannya kak...

hmm.. dulu wan pernah ckp ada perlumbaan basikal ni kat area jenun tu, tetiba lembu melintas dari dalam kebun. sian dorang...

kena buat R&R betul betul sebelum nak pilih jalan yg sesuai. naya je ni.

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

saya tengok dalam TV ritu...kesian pelumba..dah la musim panas ...

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

biasa la kak...ragam manusia kan..
bila time thp kesabaran diuji..mcm2 keluar ha...

tk slh LTDL ni ada lalu kt Selama kot..