Saturday, March 29, 2014

Bila anak balik rumah..

Cuti sekolah seminggu mmg rasa singkat sgt.
Tambah pulak Sabtu dan Ahad kitorang keluar gi menjalankan tugas yg dh diamanahkan.
Tambah lagi...cuti kali ni...banyak perkara yg perlu diselesaikan. 

26.03.2014
RABU
Angah pun sempat buat praktikal moto 2 jam aje.
Dah ler tu....trek moto dh berlainan sangat. Angah pun mula2 pening kepala.
Trek dh semakin luas. Bkn mcm trek dulu. Mgkn ini adalah standard trek baru yg telah ditetapkan oleh JPJ seperti di institut memandu yg baru dibuka.
Aku tengok pun pening. Tetiba mula terus kat titi. Dulu mula ngan pusingan 8 dulu pastu baru titi. Skang ni titi dulu. Pastu baru jalan berhalangan. Dh tu baru brek kecemasan. Lepas2 tu aku tak tau dah step2 nya. Yg baru aku tengok ada laluan trafik light dan round about.
Sian jgk ler kat angah. Sebab, dia mula lesen L bulan 12 tahun lepas. Belajar guna trek lama. Masa bulan 1...trek moto ditutup sementara waktu utk apgred gini gaya ler. Tapi angah lak masa tu mmg tak leh nak gi praktikal sbb dia dok asrama. Kena tunggu cuti sekolah baru leh buat. Bila datang cuti sekolah kali ni...maka terkejut ler dia. Jenuh ler nak menghafal dan memahami langkah2 yg betul.
Gambar ni along yg amek. Hari pertama gi praktikal dalam cuti sekolah ni....along yg bawak angah gi sana ngan motor. Mujur ler ada along.
27.03.2014
KHAMIS
Hari kedua angah praktikal moto...aku bawak along ngan akiss sekali. Dorang nak gi kedai buku pulak lepas2 tu.
Along ngan pedang kendo nya.
Along kat BMI masuk kelab kendo....sejenis seni pertahan diri asal dari Jepun.
Siap bawak balik tu, hehe..

28.03.2014
JUMAAT
Petang keluar. Ada jer mende nak kasi settle.
Bawak jgk budak2 ni sekali....sbb ada antaranya hal dorang jugak, huhu..
Belikan dorang Cool Blog. Bkn selalu aku offer nak belikan dorang mende ni...hehe.
Pastu, tertarik pulak ngan takoyaki ni...mula2 tertarik ngan gambar kartun tu...Luffy...watak kegemaran dorang dalam anime ONE PIECE, huhu.
Pastu aku tanya ler...korang nak ke?? kalo nak rasa beli ler.
Along pun pilih ler sotong sbb along kata...original punya takoyaki adalah sotong.
Harga sebekas kecik tu RM4.50..
Dorang kata...rasa lebih kurang mcm telur puyuh yg abah beli masa kat pasar malam Krabi tu...

Last sekali...bawak angah gunting rambut walaupun tak berapa nak panjang tapi rambut angah ni cepat memanjang. Nanti dh panjang...sebok lak soh bawak dia outing utk gunting rambut, mm..Tu yg gunting pendek siap2 kat satu kedai gunting rambut yg tak penah lagi kitorang masuk, hehe..
Sambil tunggu angah..
Ok gak kedai ni. Dia gunting pendek ikut cakap kita. Aku bagitau masa dia tengah buat keje pun dia takde buat muka. Tapi kat dia ni mahal sket ler dari tempat biasa. RM7-8 jugak dia amek satu kepala, huhu.
Along pun sebok nak gunting rambut belah belakang. Macam dh nak memanjang. Betul ler, aku tengok pun mcm tu. Alang2...gunting ler. Anak2 aku ni tak suka rambut panjang lebih dari biasa sket. Mula ler dorang rimas, mm..

Malam tu...aku ajak abang gi bawak kitorang makan2 kat luar, hehe.
Utk meraikan kejayaan along ler. Amek kesempatan, haha..
Soh along pilih...nak makan kat steamboat kat Anjung Damai atau western di The Gate??
Akiss sebok soh along pilih steamboat, hehe.
Tapi along pilih The Gate.
Akiss ngan oder dia...
Angah ngan oder dia...
Abang sorang jer makan nasik malam tu.
Along...oder chicken chop ala thai.
Ni ibu dorang punya...hehe..
Anak gembira...abah bayar....ibu setuju, hehe.
Ni pertama kali kitorang sekeluarga makan2 kat The Gate.
Menu dia takde laa mahal sgt pun. Lebih murah dari makan 1 piza saiz besar + 1 piza saiz sedang kat restoran piza terkenal tu.

Itu jer laa citernya setakat hari Jumaat, hehe..

Nota ALONA:-
~Tak tau ler tu...bila angah leh test lesen B2. Skang baru 3 jam praktikal, mm.. Macam tak sempat jer nak test cuti tengah tahun. Mgkn cuti bulan 9 nanti ler kot.

5 comments:

attyfir said...

aty suka makan tokayaki.
tak pe..pelan2 je angah..inshallah ada rezeki nanti mesti angah lulus.

nad said...

byk hal kene settlekan kan
tp settlekan sesama xde la ralat sgt berbanding tggl kan dorg kt umah dan kita settlekan sorg2.. lg x syok camtu.. senang, angkut je skali, at least dalam kete bleh sembang2 :)

wantie said...

tahniah sekali lagi untuk aling..

tengok gambar akak ngan gambar abang tu, rasa mcm tengah mengintai ngintai. T kat depan PC ni pun duk buat aksi yang sama.. ngeee..

adei... terikut ikut la pulak

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

time cuti sek la nk keluar ngan anak2 kn kak...
tahniah sekali lagi along

el said...

lapaq pulak perut el ni tgk uols mkn western meaten hahaha