Jalan jem kat zoo Taiping. Ingatkan jem dari tempat biasa iaitu kat roundabout kecik depan hotel flamington tu....rupa2nya jem kat sini aje. Disebabkan ramai yg perlahankan kenderaan utk menghayati lukisan mural graffiti kat pintu belakang zoo ni.
Artis graffiti dh tukar dari lukisan mural pasal banjir besar di pantai timur ritu kepada lukisan ni pulak..Doa utk MH370.
Terer tul bakat dorang ni. Jap aje leh siap...
Berapa botol spray ler dorang guna utk kaler putih tu terutamanya.
Maaf, gambar kurang memuaskan sbb amek dari dlm kereta jer. Kang lama2 kang orang belakang marah lak, hihi. |
Terasa sangat walaupun bkn ahli keluarga sendiri yg terlibat.
Aku tak tau laa kenapa dalam keadaan macam ni.....masih ramai yg suka mengeluarkan kata2, komen2, spekulasi sendiri tanpa dorang mempunyai kepakaran mengenai kes sebegini.
Aku sedih melihat keadaan mcm ni. Sedang orang berdukacita dengan misteri kehilangan pesawat ni...masih ramai yg bacul mengeluarkan pendapat yg tak sepatutnya keluar dari seorang manusia yg dilahirkan cukup akal dan fikiran utk menimbang2 dengan waras. Adakah ini semua kerana mempunyai agenda tersendiri??
Walaupun penumpang2 pesawat terdiri dari pelbagai bangsa, warganegara dan pelbagai agama tetapi sebagai umat Islam...dorang tak sedar ke....semua itu adalah hambaNya jugak??
Menyalahkan, menuding.....tak terfikirkah oleh akal bahawasanya kejadian ini adalah Qada & Qadar? Dorang umat Islam yg tidak berpegang pada Rukun Iman ke?? Tak tau ke Percaya kepada Qada & Qadar itu ada dalam Rukun Iman yg terakhir??
Jika kita tidak mempunyai kepakaran dlm kes seperti ini....kita ikut aje lah perkembangan yg telah disahkan oleh pihak yg terlibat. Sebagai manusia biasa....berdoalah agar misteri ni bakal memberi jawapan kepada yg menanti penuh pengharapan. Dalam harapan yg menipis....tidak salah mengharap satu keajaiban yg memberi khabaran nafas kelegaan.
**Jika ia melibatkan konspirasi dari negara luar ke atas negara Malaysia....mm, tak tau laa. Diharapkan perisik2 negara jugak dpt menjalankan tugas sebaiknya.
Nota ALONA:-
~Sepatutnya...semakin matang usia bumi.....semakin matang jugak pemikiran insan yg bernafas di atasnya.
6 comments:
cantik mural tu..berbakat
kita doakan yg terbaik utk penumpang dan anak kapal MH370.
tak tahulah kak kan, ada orang ni yang tak sensitif langsung dengan perasaan org lain. bila nanti kena kat diri sendiri baru la terfikir kenapa dan mengapa..
kita doakan yang terbaik. Harap sangat yang dorang tu semua masih hidup. even harapan tu hanya tinggal 10% je sekarang ni.
erk.. nak outstaion ni rasa mcm nak pergi naik bas la pulak. takut pun ada kak oiiii.....
Cepat betul bertukar mural tu...ikut perkembangan ...setuju tu..bagi akak jangan cepat salahkan orang lain..sapalah kita ni..
cantikkk tp xprasan plak ktner mural ni, hehehe dok lalu p zoo taiping, hehehe husband keje kt taiping sis, hehehe
sy bdk br bljr, singgah2 la blog sy sis, thanks...
fazsya8684@gmail.com
sgt kreatif lukisan dorang kak..
hati zura ni..terkesan dgn kejadian yg menimpa kak..rasa sakit je dlman jiwa ni bila tpk psl pesawat MH 370, bergenang airmata bila terasa kita berada di tmpt mereka..
Pray for MH 370, mengharap keajaiban berlaku...AllahuAkhbar
xleh nak komen byk
sbb byk pertanyaaan dlm fikiran dlm pelbagai bentuk sains, politik, konsprasi agama dan mcm2 lagi
hanya beserah pada kuasaNYA
smoga ada petunjuk drNYA
#prayforMH370
Post a Comment