Saturday, March 1, 2014

Along pertama kali...

28.02.2014
JUMAAT

Hari ni....pertama kali along balik dari Gombak ke Taiping sorang diri dgn kenderaan awam.
Tiket aku dh belikan guna e-ticket di laman web KTMB.
Senang jer. Daftar nama (aku daftar nama along laa, kan)...dan isi semua maklumat yg diminta. Pastu, aktifkan dari emel. Kemudian boleh digunakan, yeargh!! Senang sangat rupa2nya nak beli tiket keretapi online ni. Mcm beli tiket Air Asia jugak, hihi. Leh pilih tempat duduk mana, nak dok kat koc mana....

Kat laman web KBES (konsortium bas ekspress) pun aku daftarkan nama along. Senang nanti nak beli tiket bas online. Tapi kalo KBES ni...lebih senang pi topap kredit kat kaunter bas berdekatan (mm, mmg dekat laa pun ngan umah aku)....pastu leh beli tiket online guna kredit kat akaun tu.

Beli tiket keretapi online ni...aku guna maybank2u aje laa.
Pastu, aku bagitau along. Along pun log-in website tu dan leh laa print tiket yg sudah pun dibeli.

Leh terus guna tiket tu aje bawak masuk kat dalam keretapi. Takyah gi kaunter ktm utk tukar tiket. Aku pun sebenarnya risau jgk pasal ni walaupun abang pun dh belek2 e-ticket tu mcm leh guna terus aje. Maklum laa, pertama kali, kan....
Tapi aku soh jgk along pi tanya kaunter tiket kat KL Sentral tu masa hari nak balik tu. Mmg betul laa....e-tiket yg dh print tu leh terus guna.
Ni contoh tiket keretapi online along, hehe..
Siap ada bar scan dan smartfon scan jgk tu.
Lps ni...kalo musim peak season...mmg kena beli e-tiket lebih awal laa. Nanti abes...jenoh ler pulak.

Hari Jumaat tu..along pun balik laa rumah.
Dari BMI...dia kata kena jalan kaki dulu ke UIA. Pastu kena cari bus stop yg bas rapid nya gi LRT Gombak. Along kata...stesen ke 9. Along kata kena menapak 1 km jugak laa dari BMI.
Dgn tambang bas rapid RM1....along sampai LRT Gombak dan naik LRT Putra tu arah ke Kelana Jaya utk turun di KL Sentral dan menaiki keretapi di situ.

Malam, kul 8 lebih...kitorang pun keluar gi stesen KTM Taiping.
Malam tu...stesen yg baharu sudah boleh digunakan tetapi sistem komputer dorang masih dalam ujian, hehe..
Entrance..
Kaunter membeli tiket.
Bergambar ngan angah. Siang tu aku gi amek angah kat maktab dia seperti biasa ngan sang kancil.
Abang pulak tak payah gi Transkrian amek akiss sbb....minggu tu bkn minggu pulang bermalam dorang. Sian...cuti sekolah hujung bulan 3 nanti baru leh balik umah. Anak member yg sekolah kat mrsm di Langkawi pun leh balik minggu yg sama ni...ini kan dorang kat Penang tu pulak tak boleh balik, pelik...pelik.
Tunggu keretapi...
Suasana kat ruang kaunter malam tu...masih ramai yg tak tau stesen baharu ni dh dibuka. Beroperasi sejak 27 Februari 2014 hari tu.
Nampak lebih best......
Harapnya....tak lama lagi ETS pun lalu sini. Ramai dh tertunggu2 keretapi laju ni. Tp yg bosan sket...ETS ni berhenti kat banyak stesen. Baru nak laju....dh kena nak kena berhenti, huhu.
Nanti, mgkn tak lama lagi stesen keretapi Kamunting pun dah bukak...along leh turun kat situ aje la. Dekat jer ngan umah.
Yeay...keretapi along naik dh sampai..
Teruja lak aku. Wlpn banyak kali dh dok hantar orang naik keretapi...tp mmg seronok jer tengok keretapi dekat2, hahaha. Naik pun baru jer sekali. ETS sekali. Naik keretapi masa kecik2 dulu...takyah kesah ler. Dh lama sangat, huhu...
Along...sempoi jer budak ni ngan t-shirt takde kolarnya.
Ramai jgk yg turun kat Taiping. Tapi masih ramai jgk penumpang kat dalam setiap koc yg masih meneruskan perjalanan ke destinasi masing2.

Naik keretapi ni lebih rileks wlpn makan masa lebih sket ler berbanding naik bas ekspress.
Tp naik bas ekspress KL-Tpg ni...berhenti utk ke tandas cuma sekali aje. Kalo naik keretapi ni...leh ler nak pi berapa kali pun. Cafe pun ada kalo nak lepak2 pekena kopi ke....

Aku pun tak tau ler bila lagi nak merasa naik keretapi ni. Kot nak ke Aloq Staq pulak, kan...huhu.

Itu aje laa citer aku. Esok along dh nak balik KL semula.
Mgkn lepas ni ada entry pi hantar along naik keretapi pulak ler, hoho.
Semoga selamat perjalanannya, amin.

Nota ALONA:-
~Alhamdulillah, along leh berdikari balik sendiri. Tu pun along siap buat survey info camne nak ke KL Sentral dari BMI tu....selain tukang bagi info seperti ayahngah dia tu ler, hihi..

7 comments:

wantie said...

Pengalaman mematangkan. Hmmm t pun baru tau ttg ni

Kamsiah yusoff said...

kena belajar berdikari la ya...dah besar panjang dah anak teruna ni..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

teringat zaman bujang ..nila kenderaan yang mengangkut sy selalu..hihi

attyfir said...

aty dah lama tak naik keretapi ..teringin gak ni g hatyai ke naik ketapi .

el said...

el dulu ms studi kerap balik kpg naik ketapi..tp xnah naik lagi ETS tu
rsnya stesen ketapi kuala kangsar pun dah bukak kut..x g tgk lagi
tp tgklah nak try naik ketapi dr btwrth ke kuala kangsar pulak haha

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

bestnya...along merasa naik keretapi sorang2

sy pun tingin nk naik gak..dulu penah naik masa kecik2 jek..lama dh kan..hehe

Anonymous said...

nak tanya, boleh ke tukar nama dkt tiket tu? beli online, tp nk gnti org naik.. bolh x?