Sunday, July 22, 2012

2 benda menarik...

Baru2 ni dlm hari yg sama aku jumpa 2 benda yg menarik. Tetapi kedua-duanya kalo aku punya duit yg cukup utk membelinya pun.............aku takkan membelinya, hehe.
Tgk betul2 gambar ni...
Sebenarnya aku ada gi satu umah ni...Aku ngan akiss dok ralit jer lah tgk tv rancangan masterchef ulangan tanpa menyedari sesuatu. Akiss lah yg terperasan dan bgtau lah kat ibunya ni..
"Ibu, ingatkan tv ni letak kat atas kabinet tv".
Aku pun tgk...."laa, ye ke??" hehe..
Mmg aku nampak ada speaker ngan radio set hi-fi tp aku ingatkan mende tu dok kat kabinet tv lah. Rupa2nya set hi-fi atau mgkn set home theater ni designnya mmg sekali utk taruk player dvd, decoder astro dan leh taruk tv kat atas dia, huhu...
Bg aku...ni lah 1st time tgk mende ni. Kat seng heng ke...kat court mammoth ke, kat kedai Bunga Raya ke...tak penah pulak aku tgk mende ni, mm..

Balik dari umah tu...aku folo satu kete kat depan ni dari traffik light penjara Taiping tu. Kecik saiznya tp tgk lah vontot kete ni...ish..ish..lebar bkn main, seksi aje aku tgk.......hihihi...
Sempat snap masa lampu merah kat traffik light masjid Kamunting tu....
Hmm....kalo aku orang kaya-raya pun rasanya aku tak beli kete jenis ni. Tp tu lah kan....aku leh laa kata mcm tu sebab aku skang ni bkn org kaya-raya byk harta, kan??? huhu. Kot nanti kalo ada rezeki tetiba jd kaya-raya lah pulak....datang pulak perasaan tingin nk guna kete cenggini, haa!!!. Maklumlah, duit berkepuk2, kan.
Tp setakat ni....mmg aku tgk mende ni menarik perhatian tetapi bknlah dlm impian pun.

Sekian, abes citer..

***
~Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, "Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

No comments: