Thursday, July 12, 2012

Kasih Ibu Bapa - El Suraya

Selingan....



Mari-mari kita sejenak mengingat
Kasih ibu bapa yang tiada terkira
Walaupun dirinya letih dan penat
Namun di wajahnya tetap bergembira
Cubalah bayangkan kasih ibu bapa
Yang mengasuh kita petang dan pagi
Hanyalah dibayang banyaklah yang lupa
Setelah dewasa tak terkenang lagi
Wahai rang muda janganlah lupa
Taatlah kepada dua ibu bapa
Jangan-jangan-jangan andakan menjadi
Anak yang derhaka pada ibu bapa
Balasan di dunia dah banyak terjadi
Berbagai derita yang datang menimpa
Bila ibu bapa dah dibawa pergi
Menuju pusara meninggalkan kita
Baginya permata tak berguna lagi
Selain doa dari anak yang bertaqwa


Nota Alona:- 
~Kebelakangan ni aku byk simpan kat sini lagu2 yg selalu didengari ketika zaman aku kanak2 dulu..ketika tinggal bersama mak, ayah dan adik aku.
~Lagu2 ni byk mengingatkan nostalgia bersama mereka...bersama mak terutamanya...

3 comments:

wantie said...

masa kecik t tak dpt kasih sayang ayah. tapi mak tak pernah pun ajar kami benci ayah.

sampai dah kawin ni, t tak pernah pun marah ayah. dan selalu jenguk dia kat Sp. dia pun tak sihat. T syukur walaupun masa kecik ayah tak bela, tapi Allah masih bagi masa tuk T bermanja ngan dia walaupun dah bersuami sekarang ni.

Kesuma Angsana said...

sedih sgt bila dgr lagu ni.. teringat kat arwah abah! sob sob

wildchild said...

thanks link lgu ni..all over dah cari..br harini dpt igt bait lirik..jd lagu dodoian time tdo oleh opah .