Ketika mak masih ada di dunia yg fana ni pun aku tetap merindui mak wlpn selalu bertanya khabar berita...inikan pulak ketika mak dh tiada.
Dh tiada kedengaran suaranya, ayat2 pesanan yg selalu dihantar utk anak2 cucunya di dalam sms, tiada kedengaran luahan hatinya, tawanya. Dh tak dpt melihat senyumnya, dh tak dpt memeluknya, mencium pipinya....
Terbayang2 memek muka mak ketika bercerita, senyumnya, tingkah-lakunya, cara jalannya...........
Siapa yg penah kehilangan mak yg sangat disayangi akan memahami sedalam-dalamnya perasaan aku ni. Hingga ke hari ini mmg wujud satu perasaan yg tak boleh aku nk citerkan kat sini. Hanya orang yg penah kehilangan mak yg mereka sayang aje yg tau bagaimana perasaan tersebut. Seperti Jaja...
Gambar kenangan ni diambil dari album Suzila di fesbuk dia. Timakasih Su... |
Rupa2nya...6 Jun 2012 iaitu 25 hari sahaja dari hari tersebut (12/5/2012) mak pergi meninggalkan kami semua yg menyayanginya....
Kenangan:- Mak tetap hadir memberi sokongan kepada aku pd hari tersebut wlpn mak kurang sihat........ |
Mak dh lama sakit tapi mak masih mampu bertahan melawan sakit yg tak menentu hadirnya itu.
Setiap hari Khamis...makin kuat ingatan aku pd mak...sebab mak menghembuskan nafasnya yg terakhir pd awal hari Khamis, mak di kebumikan pd hari Khamis. Ia mengingatkan kami utk tidak lupa membaca surah Yasin bila kelapangan dan tiada keuzuran, Alhamdulillah..
Al-Fatihah utk mak tersayang. Juga arwah aki, wan, atuk dan nenek.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Copy & paste dari blog http://kondakondi.com/berdoalah-untuk-orang-tua-kita/ . Kredit utk tuan punya blog...
Rassulullah SAW pernah bersabda :
” Setiap pagi sedekahkan al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu tak kira
masih hidup atau telah tiada nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat
kamu. ”
Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
” Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari.”
Huraian hadith:
- Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada)
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh sungguh tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita.
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris. Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari.
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya.) InsyaAllah Berusaha dan bertawakal.
- Rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita.
Caranya :
:-‘YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin.” (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)
:-Untuk yang sudah meninggal : “YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.
4 comments:
Al-fatihah tuk arwah mak sis..
Belum melalui perasaan yg sis rasa.. Hakikat nyer mmg takut untuk tempuhi nyer.
Al fatihah utk arwah mak alona..
sabar ye..byk2 kita sedekahkan al fatihah..
dah hilang tmpt bcerita pada pendengar setia..
Al-fatihah. tabahkan hati kak. banyakkan membaca Al quran di buln ramadhan ini. sedekahkan kepada Arwah.
Post a Comment