Sunday, November 25, 2012

Gi amek PSP

15.11.2012
Khamis..

Pagi tu kitorang dari Bentong...terus menghala ke Shah Alam...lebih tepat Giant Shah Alam, hehe..
Stadium berhampiran..
Sarapan pagi kat sini sementara tunggu kawan along dan famili dia sampai. Kawan along ni dok kat Denai Alam....katanya 15minit jer dari situ ke Giant ni. Aku mmg tak tau kawasan ni lagi sebab katanya kawasan baru. Jadi, tak reti nk ke sana. Lebih senang jumpa kat Giant aje lah.

Kitorang sarapan kat food court Giant aje. Kat situ mmg mcm2 menu ada. Kiosk pun jual mcm2 makanan best. Aku dh penah masuk Giant ni tp dh lama sangat dh, kan Fadel?? hehe... Kali ni masuk semula walaupun tak masuk pun kat dlm pasaraya Giant tu, hehe..
Kuih lepat ni mmg sedap. Aku pun tak tau nama dia. Lepat pisang tepung bungkus, hahaha...Tp mmg sedap. Leh try beli kat kiosk yg jual beraneka kuih tu kalo tingin nk rasa, hehe.
Dh selesai sarapan...tak lama tu kawan along (aiman) dan famili pun sampai. Budak berdua ni ada urusniaga, haha.

Al-kisah...
Kawan along ni (sama dorm kat maktab)....cerita (masa kat dorm) yg dia dh tak main PSP yg dia beli tahun 2010 dulu. Sebab dia lebih syok main games PC (online)...Pastu, along pun saja laaa tanya kot2 kawan dia nk jual murah2, hehe. Kawan dia kata...nanti tanya kat parents dia dulu. 
Akhirnya, ketika awal cuti sekolah hari tu dorang berdua ni deal punya deal guna sms...kawan along setuju nk jual PSP dia ngan harga RM300 siap casing dan ada games kat dlm. Dan dia siap offer amek 2 bijik PSP dgn harga RM500 sebab adik pempuan dia pun dh tak main PSP ni & alang2 nk jualkan jgk. 
Along kata, along percaya kat kawan dia ni sbb kawan dia ni mmg baik orangnya. Bkn jenis ganas, suka tipu2 ni..
Abg pun bagi laa along beli satu dan lagi satu tu abg pun tingin nk sebijik, hehe...
Sebenarnya along dh lama tingin PSP ni...dan kitorang pun nk belikan laa tp bila riki2 harga PSP yg baru, mak datok mahai terkelur dari bajet masa tu. Yg 2nd hand pun RM700 kedai dok jual. Nak beli kat mudah.com....tak percaya pulak!! huhu. 
Tu laa bila kawan along ni nk jual...kitorang izinkan ler dia beli guna duit dia sendiri. RM250 aje sebijik bila kawan dia bagi RM500 utk 2 bijik PSP. Disebabkan urusniaga ni laa kitorang leh sampai ke Giant Shah Alam hari tu, huhu..(kebetulan nk gi KL umah Fadel, kannn..)
Sempat laa bersembang2 ngan mak kawan along ni. Muda setahun dari aku rupa2nya, hehe.
Ni laa kawan along tu (bertopi). Mak dia bgtau...kat umah pun anak2 dia jenis terperuk dlm umah jgk. Kawan2 takde...dok jauh2 dari kawasan umah. Pastu, Aiman ni sorang jer anak lelaki. 2 orang adik dia pempuan. Tu yg takde geng nk main PSP walaupun adik dia pun ada PSP.
Bila dh selesai....puas laa hati along dpt sebijik PSP, mm.  
Pesanan IBU:- Tu jgn dok hadapppp PSP aje cuti sekolah ni. Tu sekadar hobi...masa lapang saja. Mata tu dh ler kena bantuan kanta cermin. Jgn nak menambah power pulak lagi!!!!!
Ni laa PSP ni...dh apgred version 6.60 pro-b10.
Ni laa PSP nya. Jadi laa walaupun 2nd hand...
Pemilik asalnya pun mmg jenis cermat. Berbaloi jgk ler pemilikannya diambil alih oleh along dan abahnya ni, hoho.  
Casing merah tu....sebelum ni adik pempuan kawan along yg punya. Abg pilih yg tu dgn alasan budak pempuan guna mesti lagi cermat, hehe. 
PSP casing itam tu...kawan along tu laa yg punya. Along amek yg tu dgn alasan games yg ada dlm tu mesti lagi best dari PSP seorang budak pempuan, hehe. Tak kisah laa, nak game yg best2 cari ler kat kedai games, kan. 

Nota ALONA:-
~Kawan along ni mmg datang sekeluarga hari tu. Tp ayah dia & 2 orang adik pempuan dia segan lak nk bergambar, hehe. Sorang adik pempuan dia sebaya Akiss tp badannya lebih kecik dari Akiss.

3 comments:

nad said...

seronok la along :)

tau denai alam tu...
rumah besar2!! cantek2!! mahai2!! :)

attyfir said...

fir pun baru je beli psp..
Hari sabtu blk bangi,x jdk g pangkor,sbb kitaorg nak puasa 10muharam

Unknown said...

2nd hand pun tak pe kak janji ok. leh main leh menjana kegembiraan.