Friday, November 2, 2012

Meronda di Taman Sedia..

Ok, sambung citer..
Dh makan eskremm apalagi...jom meronda.
Dari lorong jalan di Ros Chalet jika terusss adalah jalan mati utk kenderaan.
Namun, kat sini ada sebuah jambatan gantung utk pejalan kaki. Dan mgkn jgk utk yg naik basikal dan mgkn motorsikal. Jadi, utk mereka2 ini....boleh lah meneruskan perjalanan, hehe..
Kat jambatan cenggini pun nak amek gambo, hahaha..
Ni lagi satu....mm..
Dh menyeberangi sungai....kita akan memasuki kawasan Jabatan Perhutanan yg mmg dibuka utk orang ramai. Leh jungle trekking jgk kat situ. Tp kitorang tak gi situ pun lagi ketika itu.
Seronok jalan2 sambil berbual...
Keluar dari situ...kalo terus leh keluar dari Taman Sedia ni utk ke arah pekan Brinchang melalui padang golf. Kalo ke kiri..masuk semula ke Taman Sedia...Jadi, kitorang pun menghala ke Taman Sedia semula.
Di pintu gerbang..
Bersama replika stoberi di pintu gerbang....
Penduduk kat sini ramai jg yg menanam stoberi utk memenuhi lot tanah mereka.
Kitorang melalui jalan di lorong yg terdapat ladang stoberi Al-Mashoor.
Landrover ni mmg kenderaan RASMI kat CH, huhu...
singgah jgk kat Al-mashoor ni nk beli topping stoberi dia.
Akiss amek kesempatan mintak eskrem stoberi al-mashoor pulak. RM2 utk eskrem stoberi homemade siap topping dan hirisan buah stoberi. Sama harga ngan aiskrim kat Ros Chalet Stoberis.
Kat area sini mmg ada 4-5 kedai jual stoberi segar dan leh lepak2 layan aiskrim. Hari tu semua kedai ramai orang. Al-mashoor pun ramai orang. Kat KHM stoberis pun ramai orang...kat YZ stoberis pun ramai jgk orang, fuuuu.....
Cuma tu laa...kat sini takde disediakan kek stoberi ke, kek red velvet yg dimakan ngan topping stoberi ke. Naper dorang tak buat, ye??? Kalo ada laksa ke...bihun sup ke...mi kari ke...lagi layannn!!! hehe..
Ikan senyummmm....
Kat area sini pun terdapat beberapa homestay yg berkongsi dengan tuan rumah. Aku mmg tak penah berpengalaman mcm ni. Tak tau laa seronok ke tak menyewa penginapan yg berkonsep mcm ni..

Chalet yg kitorang dok kat Neeza Chalet tu biliknya asing2. Mmg dibina khas sebagai chalet. Tak dok ngan tuan rumah. Umah tokey dia kat bawah tu. Chalet kat atas kawasan berbukit sket. Setiap bilik ada kunci. InsyaAllah, barang2 selamat. Ruang dapur kat luar tu pun atas inisiatif tuan punya chalet tu jgk laa sebagai daya tarikan.
Kat sini jgk terdapat beberapa batang pokok jambu bijik merah ni.
Juga dikenali sebagai Pink Guava, kn?? Dulu2 kecik2 mmg suka sangat laa aku panjat pokok buah jambu ni. Jambu ni beza ngan jambu biasa selain dari bijinya berwarna pink...isinya pun nipis. Tak tebal mcm jambu biasa.

Teruskan menapak lagi. Ramai jgk yg menyertai kitorang menapak ni. Mgkn dorang pun dok menyewa dekat2 situ aje agaknya.
Nampak tangga ni pulakkkk, adoii..
Ke arah Ros Chalet semula sebab ada taman permainan kat situ. Bkn tertarik nk main pun...tapi nk bergambar kat sini aje..hehe..
Ibu dan anak...anak...anak...
Malu Akiss pakai spek besar ni, mm...
Cahaya hati kami..
Lepas azan Asar berkumandang di surau berhampiran....kitorang pun terus berjalan kaki ke chalet utk menunaikan fardhu dan kemudian akan meneruskan apa yg sudah dirancang.
Leh nampak jalan utama Tanah Rata ke Brinchang kat atas tu....
Nota ALONA:-
~Terima kasih di atas ucapan & doa kawan2 sekalian. Semoga terhimpunnya doa2 yg baik2 itu...Allah makbulkan, InsyaAllah.

6 comments:

❤Kamsiah❤ said...

amboi seronoknya depa....seronok kan bercuti..tak payah pikir keje2 kat rumah hehe

atty's said...

beshnya lah ..bila tgk gambar lona ngn family di cameron..

wantie said...

bestnya... mesti nyaman je rasa. maklumlah tempat sejuk..

ish.. mcm menggamit kakiku untuk ke sana la.

QA's ~ mamapapa said...

kt mane ni,dik?cameron ke?bestkn dpt brcuti..hilangkn stress kjp :) jmput follow akak kmbali,ye :)

Zura@Iwan said...

kalau sy nk menapak bw Irfan..rasanya leh pengsan x...hahaha...kena drive keta agaknya kan...tp kan org putih selamba je kdg2 tgk dorang bw bb dlm stroller menapak..adventure gitu...

mcm penah lalu kg sedia ni..tp ingt2 lupa penah siggh ke ntah..huhu

Kesuma Angsana said...

bestnyer jeles2