Friday, November 30, 2012

Surat sampai..senyum & mengerenying...

Surat yg ditunggu2 oleh along dh sampai. Sampai sekali ngan surat kelab TAHA Akiss (buat lain sebab yg lama dh hilang). Akiss mengumpul kad utk dompet dia, ish..ish..

SENYUM
Surat yg ditunggu2 oleh along tu mengandungi keputusan peperiksaan akhir semester ari tu. Bila dengan rakusnya along membelek result dia, hoho.....along terus lega sebab byk markah yg naik dan pointer dh pun cecah utk layak menerima Anugerah Pengetua iaitu 3.50 ke atas. Masa semester pertama dulu.....along cuma dpt 3.40 aje. Tak dapat laa anugerah pengetua tu. Tgk jer laa kawan2 yg dpt anugerah tu dpt keluar gi makan2 dan diraikan kat hotel perdana tpg, hehe (sian)....
Along mmg berazam utk dapatkan pointer yg lebih selesa lagi. Semoga tercapailah hendaknya. Ibu, abah dan adik2 mendoakan kejayaan tu. . Tambah2 pulak tahun depan along dh nk SPM.

Dalam sampul yg sama, bersama keputusan periksa tu...ada jugak penilaian sahsiah dari guru homeroom along. Alhamdulillah, semuanya positif.

MENGERENYING
Selain result dan penilaian sahsiah pelajar...ada jugak diberi list utk pembayaran pendaftaran 2013. Abg pun mula mengerenying, hehehe....
Pelajar lelaki kurang RM20 sebab pelajar pempuan kena lebih RM20 utk perkhidmatan Sanitact, hehe..
Ni baru along punya. Belum lagi Angah yg akan masuk form 4 (menengah atas) & Akiss pulak baru nk form 1.. Cenggitu laa ye. Anak kecik cara anak kecik. Anak dh besar2 cara anak dah besar, huhu..

ADA REZEKI RUPA2NYA
Petang td...masa tgh memandu (belasah jer guna avanza ayah, hehe) melintas trafik light nk gi kedai membingkaikan gambar Noni yg baru sampai tengahari tadi...........kerani agen SEPAKAT kol aku & bgtau yang SEPAKAT dh tambah satu lagi tarikh utk test JPJ penghujung tahun. Maknanya, along berpeluang laa nk test JPJ sebab dh genap sebulan L pd tarikh 27/12 nanti. Sebelum ni along tak berpeluang sebab tarikh test akhir di SEPAKAT adalah 26/12. Tak cukup sehari utk genap sebulan.
Tarikh baru tu 31/12 iaitu hari akhir 2012 sebelum along perlu pulang ke hostel dia 01/01/2013 keesokannya pulak nanti.
Isnin nanti along dh boleh ler mula praktikal 8 jam. Dh selesai 8 jam...baru along leh booking test pd tarikh 31/12 tu. Pulun along...pulun...tapi wat betul2 laa. Pulun2 jugak tapi biar bertambah skill yg berkualiti utk lulus nanti, tau!!!

TAK SIHAT
Kitorang sekeluarga ni tak sihat. Mula2 angah. Aku dh risau sebab Khamis 29/11 ari tu dia kena gi ujian UKKM. Mujur dia sihat pagi tu. Leh ler menghadiri & memberi tumpuan pd ujian itu dgn kesihatan yg baik. Lepas2 Angah dh ok....dapat kat along, akiss....aku dan abang pulak...serentak!!
Mula2 mmg dh rasa gatal2 nk selesema. Diri sendiri mmg tau laa tanda2 tu, kan...hehe. Tekak dh mula nk sakit....tp tak perit laa. Bersin tu yg tak tahan pasal tiap kali nk bersin mesti memedihkan hidong dan keluar bersin ngan kuatnya. Leh berdengung orang sebelah, hehe. Tambah2 pulak orang resdung mcm kitorang ni, hoho. Bila kerap bersin mcm tu...suhu badan akan semakin bahang, mm...itulah ujian kehidupan.
Bila dh makan ubat ni....rasa lemah jer laa pulak badan ni. Keje apa pun kurang menjadi. Tadi keluar sampai ke Tepen pun KERNA TERPAKSA. Maka terpaksalah menggagahkan diri gi kedai membingkaikan gambar 8x12 tu jgk sebab nk serah album tu petang esok.

RENEW ROADTAX KANCIL
Khamis semalam jugak...aku gi renew insurans kat ETIQA dan kemudian renew roadtax kancil di kiosk MYEG. Rumit jgk laa sebab sebelum ni mak yg buatkan melalui agen di Bentong. Tapi bila mak dh takde ni aku kena buat sendiri. Cover note tahun lepas pun aku takde...harapkan cover note 2010 (allianz). Mujur lah rupa2nya tahun 2011 tu agen amek ETIQA utk sang kancil.
Proses di ofis ETIQA Kamunting ni makan masa setengah jam jugak ler.

Aku tak gi JPJ atau pejabat pos utk renew roadtax sebab kat situ kena guna geran. Geran kancil masih di ambank Bentong. Bank tu takmo serah geran kat adik aku walaupun loan cuma tinggal setahun jer lagi. Kalo MAYBANK senang aje. Alza abg ni contohnya....setahun jer dorang dh bagi bila abg kata nk pinjam jer sebab nk renew roadtax sendiri. Tapi dorang terus bagi abg pegang sendiri, takyah pulangkan ke bank semula walaupun alza masih dalam loan (tempoh pembayaran lagi 8 tahun masa tu, huhu). Kepercayaan mgkn berdasarkan rekod pembayaran ansuran yg baik setiap bulan. Kancil ok per!! tak penah miss pun tiap2 bulan, mm. Teruk ler AMBANK ni, huh!!!
Disebabkan tu...aku kena bayar komisen kat MYEG sebanyak RM15 kerana menggunakan perkhidmatan mereka utk memperbaharui roadtax, huh!!!  Kalo aku gi terus ke JPJ...cuma RM20 aje..bukan RM35!!!

Nota ALONA:-
~Bila tak sihat...rambutan & durian yg ayah bawak semalam pun takleh nk pulun. Hilang taring 'hantu buah'!!!

4 comments:

nad said...

Moga cepat sembuh kak lona n famili!

el said...

pandainya along kak..
tahniahh ye
smoga akk sekeluarga cepat sembuh tu roh hantu buah dah panggey2 tu hehe

si cantik matahari said...

akak renew kat mana rodtax? dekat tak.. nk cari gak..

Unknown said...

tahniah along..

hmm.. ni pun kami dah dok berkira kira nak spend utk persiapan sekolah Amirul. baru sorang pun kena plan elok elok jugak kan.. tul tak?