Saturday, November 10, 2012

Vita Cat....makanan si manja meow!!

Semalam gi TESCO....nk beli pasir dan makanan budak2 bulu tu.
Baru kali ni ternampak makanan kucing jenama VITA CAT dijual kat rak TESCO Taiping ni. Sebelum2 ni tak penah nampak pun.
Disebabkan paket dia ada gambar orang bertudung...mmg menarik perhatian. Tambah2 lagi tercatat kat situ slogan 'Pilihan alternatif pengguna Islam'. Produknya disokong pulak oleh PPIM iaitu Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

Ok...mari belek2 lagi...
Makanan kucing ni dibuat dari ikan tuna dan nasik. Wahh, sesuai ler utk Togey yg mmg tak sesuai langsung ngan makanan kucing proses yg mengandungi udang, ada ayam dlm bahan2nya. Cerewet tul ler Togey ni. Kitorang pun tak tau apa penyakit dia. Mgkn alahan jgk ler ni, kot. Dh gi klinik haiwan kerajaan, klinik haiwan swasta....dorang pun tak tau togey ni kena alergik jenis apa. Setakat bagi suntikan, bagi ubat sapu dan bagi ubat makan aje laa!!!
Disebabkan alahan tu...kitorang kena beli makanan togey ni brand lain dari Balance keluaran TESCO tu. Beli makanan jenama Smart Heart khas utk dia sekor aje. Wlpn berkurangan tp masih jadi jgk mcm tu.
Dah namanya kucing...mesti ler dia kena makan yg berasaskan ikan, ayam...walaupun ikan yg direbus dan digaul ngan nasik, kan. Abes nk wat camno?? Takkan nk bg kucing makan sayur, buah2an ataupun roti aje pulak?? huhu...
Jadi, kali ni kitorang amek keputusan utk try produk ni lak. Tuna dan nasik antara bahan2 utamanya selain kacang soya, garam beriodin (bkn main...garam pun beriodin ni...setanding garam masakan tuan dia, hoho), taurina dan vitamin mineral segalanya lah....
Katanya produk ni tiada lemak binatang, daging dan organ dalaman binatang ternakan....
Kilangnya pun kat Alor Star jer, hehe..
Ok, kitorang try produk ni. Harga dia pun mahal sket dari BALANCE dan murah sket dari Smart Heart utk paket 1.5kg.

Nanti bila dh abes sepeket produk ni....aku bg info pulak produk ni kat sini sama ada ia sesuai ke tak ngan budak2 bulu kitorang tu terutama si Togey yg alergik ni, hoho..

Nota ALONA:-
~Dia tak peduli....aku apa peduli??? hoho...

4 comments:

Anonymous said...

Makanan ni tak elok utk kucing. First listed ingredient is grains dan bukan daging(cat is ultimate carnivore dan badan nya tak boleh proses grains/carbohydrates dengan baik, akan menimbulkan masalah kesihatan utk kucing, dan juga batu karang). Second listed ingredients is not fish but fish meal (tak bagus juga).

ALoNa CintamaniszLite said...

Beli skali tu jer lah pun, huhu.
Meow2 kat umah tu tak berapa suka ngan makanan brand ni..

Beli Balance Tesco jgk...tu yg mampu nak beli pun kalo nak bela kucing lebih dari sekor, hehe..

Anonymous said...

sy dh cuba jgk last2 buang bg kucing liar blkg rumah jer..

Anonymous said...

boleh cuba cari makanan kucing premium