Setiap pengantin mmg membawa aura dan seri tersendiri....
Bila selalu ngan pengantin2 baru ni....kitorang pun kekadang dpt jgk seri pengantin ni, hahaha..
Mmg tengah pulun menyunting gambar 3 pasangan pengantin yg dipertanggungjawabkan kepada kami.
Untuk
cuti ujung tahun ni....setakat hari ini & saat ini tempahan perkhidmatan kami cuma
ada beberapa jer. Bkn setiap minggu, bukan setiap Sabtu dan Ahad dan
bukan setiap hari cuti umum yg terdapat pd penghujung tahun ni. Itulah
adat berniaga, kan.
Tapi bg aku & abg...tak
mengapalah. Semua ada hikmah. Apa yg Allah jadikan semuanya bersebab.
Sekurang2nya kitorang dapat menghabiskan keje2 yang masih ada ni dengan
tenang dan sebaik2nya. Byk jgk ni nk bagi abes. Izzati dan Fikri amek pakej double. Mai & Firdaus lagi. Siapkan ler dulu dorang punya cantek2, hehe..
**Yg Noni & Amil ni baru jer selesai. Tunggu masa nk gi hantar aje.
Yg ada tu adalah rezeki utk orang lain. Hindarkan
perasaan tamak...Alhamdulillah tak sekelumit pun ada perasaan tu.
InsyaAllah...ada laa rezeki kitorang yg lain nanti.....
Nota ALONA:-
~Dah lagu tu...nak lagu mana lagi...(lirik lagu Dah Lagu Tu - M.Nasir)..makna yg penuh tersirat!!
3 comments:
hehe...tempias pengantin terkena photographer jugak kan...
insyallah ada je rezeki kita kan lona..
Tak pe kak. rezeki Allah ni lagu tu la. sementara job kurang dia suruh kak rehat jab. kasi simpan tenaga.
tunggu la seminggu dua lagi . berduyun duyun dok mai.
t doakan ye.
Post a Comment