Thursday, November 22, 2012

Dh lepas ujian teori komputer...

21.11.2012
Rabu

Isnin 19hb hari tu....aku dh gi daftar utk along menghadapi ujian teori komputer KPP....dan agen pun dh booking tarikh 21hb ni utk along. Ujian tu perlu dilakukan di sebuah premis yg dinamakan RILEK yg terletak berhampiran dgn PasarayaKu cawangan Taiping. Along leh pegi amek ujian tak kisah jam berapa pun hari tu asalkan dari kul 8.30 pagi hingga kul 4 petang.

Maka, sampai harinya iaitu semalam...aku pun bawak along gi sana dalam kul 10.30 pagi. Uiii....penoh tempat duduk menunggu. Gi check nama kat kaunter melalui MyKad along....takde pulak nama along dlm senarai booking dorang utk hari ni. Adoii...mulalah aku nk bising ni!!!!

Aku pun kol ofis agen. Dorang pun heran kenapa nama along takde pulak?? Utk setel problem....mula2 ofis agen kata ujian along kena tangguh laa hari esoknya (Khamis) disebabkan masalah teknikal ni. Aku pun hubungi tokey agen. Kemudian, tokey tu mintak nama penoh along. Dan kemudian tokey kol aku balik...katanya along leh gi amek ujian tu selepas kul 12 tengahari. Hmm...lega aku dgr. Tak payah dh laa aku datang sini esok pulak.
Lepas dh daki anak tangga di ofis MARA utk amek no. pin permohonan utk Akiss...aku pun terus bawak anak2 balik umah. Malas nk abes masa ngan berpeleseran...(cee wah....huhu)...sementara tunggu jam nk lepas kul 12 tengahari hari tu.

Kul 2.30ptg...keluar semula ke Taiping utk ke tempat ujian ni. Petang tu sangat rileks sebab tempat duduk menunggu di RILEK tu kosong jer. Tak ramai orang seperti suasana pagi td. Mmg rilek. Lepas2 tu barulah 4-5 peserta lain datang utk amek ujian yg makan masa paling lama 45 minit ni.
Along membelek2 buku undang2 KPP sebelum masuk bilik utk ujian..hehe..
Along dh dok kat meja pertama dlm bilik tu...dh mula masa utk menjawab.
Bila along dh masuk bilik hadap komputer utk ujian...aku bawak angah ngan akiss gi kedai jam utk tukar bateri jam tangan abg dan gi kedai hp utk beli sarung hp, huhu.
Alhamdulillah...
Dh selesai...aku pun gi semula ke RILEK. Tak lama pun duduk. Along pun keluar dari bilik tu ngan senyuman. Along kata...dia lulus. Senang hati aku. Bukan apa, bila gagal nak ulang ujian kena duit lagi....masa lagi...kan!!
Tunggu result dicetak utk dihantar ke agen sekolah memandu utk langkah seterusnya...
Along ada menjawab 2 soalan dengan jawapan yg salah, hehe...48/50
Salah satunya adalah soalan:- Jika pelekat P tidak diletakkan pada kenderaan...berapakah mata demerit akan dikenakan pd pemandu tersebut?? Along bantai pi jawab 15. Padahal jawapannya adalah 10 mata aje, hehe.

Along ni pun baru sehari dua ni dia dok belek buku yg penoh ngan 500 contoh2 soalan ujian tu. Sebelum ni iaitu selepas gi kursus KPP 5 jam 10hb ari tu...mana ada dok belek sebab dia sebok ngan mcm2 hal sampai ler enam hari pulak gi travel balik kampung sampai ke Melaka jalannya, hehe.
Risau gak aku along nk hadap ujian ni tp tawakkal aje laa, kan. Kalo tak ujian dalam minggu ni (alhamdulillah dh lulus)...lambat pulak along nk masuk kursus motor yg cuma dibuat pada hari Sabtu dan Ahad aje. Kalo tak masuk kursus motor tu...tak dapat laa lesen L. Kalo lambat dpt lesen L...lambat ler nk tunggu sebulan L (disyaratkan sebulan L) utk amek test ngan JPJ. Kalo boleh, InsyaAllah dapat laa selesaikannya dan boleh sukses dlm cuti sekolah ni jgk. Sebab bila dh mula sesi persekolahan 2013 nanti...payah sket laa sebab along dok hostel. Nak harapkan cuti sekolah aje lah.

Lepas2 ni abg kena ler biasakan along ngan praktikal moto (guna C70 aku tu, hehe) terutama brek emergency dan lalu titi tu. Praktikal kat sekolah memandu cuma 8 jam aje. Orang yg dh terer naik moto berdesup kat jalanraya mcm superman pun leh gagal dlm test JPJ terutama lalu titi tu, hehe.

Bkn apa, along ni mmg jarang sangat naik moto. Kekadang aje. Itu pun bila aku mintak tolong soh dia gi kedai berdekatan. Bkn jenis suka keluar meronda2 ngan motor tak tentu pasal budak along ni.

Nota ALONA:-
~Tahun depan...turn angah pulak amek lesen motor, huhu..
~Aku sedang2 umur along ni dh terer dh naik motor, huhu. Cuma takde lesen jer lagi masa tu sebab tak mampu nk gi amek. Lesen D dan B2 aku semuanya diambil ketika aku dh kawen..

4 comments:

QA's ~ mamapapa said...

Wah!wah!tak lama lgi dptla lesen ye,along :)

wantie said...

lesen moto t ambik masa mudabelia. pakai duit sendiri. pas tulesen keta bos bayor... sebab dia nak bagi t pakai keta company.masa tu takde duit agi beliketa.

untung budak budak sekarang. mak ayah keluar duit tuk dorang.

zaman t dulu masuk university pun duit sendiri. ambiklesen pun duitsendiri.org susah.pas tu takmau susahkan mak. dAH LE ayah atk de..sob sobsob..

tahniah Along. bukan senang naklulus ujian ni tau. ramai yg kandas.

Anonymous said...

kalau budak2 muda ni senang je nk lulus ujian komputer ni!

el said...

perghh hebat skang amekujian..semua it belaka hahahaha...