Friday, November 9, 2012

Sekitar Hari Anugerah TMGS 2012

08.10.2012
Khamis

Pagi tu aku memenuhi jemputan sekolah utk melihat akiss dpt hadiah. Abang pun datang tp lambat sket sbb abg gi laksanakan tugas dulu kat Taiping Headwork. Tak jaoh pun TH ngan TMGS ni, hehe..

Dalam ucapan guru besar...beliau telah menerangkan tentang PBS dan mende2 baru dlm sistem pendidikan negara. Band 1 sampai Band 6. Dilaksanakan jugak utk budak2 sekolah menengah rendah. Katanya, sistem ni kurang peperiksaan tetapi prestasi murid2 dinilai setiap hari.
Walaupun masih kurang paham....sebab masih baru dilaksanakan, tak kena pulak lagi kat anak aku...(tahun depan baru leh nk paham pun sebab akiss masuk form 1)....maka aku tak kisah ler lagi jika aku tak paham, hehe..
Dan kalo aku nk paham pun...aku leh rujuk kat cikgu Fadel dan cikgu Dayah nanti, ngee
Dirasmikan oleh YDP PIBG sendiri...senang, acara berjalan dgn lancar.
Hari tu, Akiss dan kengkawannya mempersembahkan nyanyian koir dgn beberapa lagu.
Mana Akiss??
Tu dia.....
Akiss dh selesai amek hadiah...
Persembahan tarian ngajat dari kawan2 akiss.
Walaupun sekolah ni berlokasi di Taiping tetapi ada jugak pelajar dari beberapa kaum bumi dari Sabah dan Sarawak yg bersekolah di sini kerana mengikuti bapa mereka yg bertugas sebagai tentera..
Akiss dan best fren...
Dh besar dh anak pempuan aku ni, mm...
Kena naik pentas lagi...nyanyi lagu Negaraku pulak.
Dh selesai majlis...leh terus bawak anak2 balik. Jam masih awal kerana majlis berjalan dengan begitu lancar sekali. Alhamdulillah.
Sebelum balik...ajak dulu keluarga Rizal ni bergambar.
Rizal ni tahun depan ada lagi anak yg bersekolah kat sini walaupun anak sulungnya (syahirah) sama ngan akiss dh ke sekolah menengah..
Tahun depan jumpa lagi...walaupun bukan kat sekolah ni..

Nota ALONA:-
~Rata2 mereka yg ada anak bersekolah akan bercerita mengenai Hari Anugerah di sekolah anak2 mereka, ye (terutama kat FB)...huhu. Aku catatkan kat blog aje ler sebagai arkib jgk. Kat FB mcm segan sket, hehe..

2 comments:

attyfir said...

1st time tgk akiss pakai baju sekolah..cantik

nad said...

Saya tk sbr nk tggu zakwan sukan, graduation day, sunat!! Hahaha