Wednesday, November 21, 2012

Si dia....

Dia ni dh tamat belajar di tahun 6. Tahun depan bakal menginjak ke sekolah menengah.

Gambar2 di bawah ketika hari anugerah di sekolahnya berlangsung pd 8hb Nov 2012 hari tu. Dia dapat laa no. 3 dalam kelas. Prestasi berdasarkan peperiksaan percubaan UPSR dengan memperolehi 5A tapi peratus keseluruhannya telah dikira & dia berada di tempat ke-3.
Menerima hadiah dari YDP PIBG sekolah.
Di depan pintu pagar utama sekolah.....tahun depan dh tak sekolah sini dh...
2 gambar di atas tu diambil ketika hari last sekolah utk sesi 2012 ni....tengah tunggu along turun bawak barang2 dari dorm dia nk angkut balik umah. Dekat sangat sekolah akiss ni ngan sekolah along, huhu.
Gambar2 kat bawah ni ketika menerima keputusan UPSR baru2 ni.
Di dalam dewan yg sudah bersiap sedia nk sambut pelajar tahun 1 sesi 2013 nanti...
Along dan angah pun ikut skali..
Ingatkan sampai kat perkarangan TMGS kul 10 pagi tu result dh diumumkan sebab tgk ramai yg dh sampai. Rupa2nya guru besar dan pihak sekolah masih buat analisis result kat ofis dorang tu.

Dalam kul 10.30pg gitu....ketibaan guru besar sekolah telah membuatkan debaran Akiss bertambah, huhu..
Guru besar baca analisis result UPSR 2012 utk sekolah tu..
Tahun ni telah berjaya mencatat dan memecah rekod...dan sekolah telah menerima sijil penghargaan dari pendidikan negeri. Peratusnya telah berjaya mencabar & memintas sebuah sekolah berprestij tinggi kat Taiping ni, hehe... 

Bila guru besar umumkan peratus lulus utk setiap subjek dan memberitahu berapa orang pelajar yg berjaya mendapat A utk setiap subjek....dalam hati aku ketika tu, InsyaAllah (dgn izin Allah).....Akiss boleh berjaya memperolehi keputusan yg diimpikannya. Bila Guru Besar bagitau ada 16 orang pelajar memperoleh 5A....terdetik lagi di hati InsyaAllah...akiss adalah salah sorang dari mereka. Mudah-mudahan kerana itulah impian dia.
**Sekolah ni mmg tak ramai pelajarnya. Dari darjah 1-6...kelas cuma ada 2 aje iaitu Arif & Bestari. Utk setiap kelas cuma terhad kepada 28 orang saja. Sekolah ni mmg tak besar pun tetapi dh berusia lebih dari 120 tahun.
Lambat sgt nk captured kamera hp abg pd pagi semalam...akiss dh selesai terima, salam dan dipeluk guru besar baru laa gambar tu disimpan, hmm...
Setiap kali nama2 pelajar yg memperolehi 5A disebut....semua hadirin bertepuk tangan. Bila Madam Marian (guru kelas 6A) umumkan nama Akiss...aku, abg, along dan angah bersorak girang sambil tepuk tangan, hahaha..OVER tp mmg happening saat tu!!!
Bergambar beramai2 ngan guru kelas dan guru besar sekolah tp tak cukup korum sebab ada yg sampai lambat utk amek keputusan..
Ngan guru2 yg mengajar tahun 6 sesi 2012....timakasih atas usaha dan pengorbanan cikgu2.
Sekolah ni simple aje pun. Pelajar2 gi sekolah amek result pakai baju biasa aje sebab dh tamat persekolahan dh pun, kan..hehe. Takde dipakaikan tiara atau berselempang bagai, ngee..
Ibu tumpang gembira....
Anak dh sama tinggi ngan ibu dia dh, ish..ish..
Masih segar dlm memori ketika kali pertama menghantar akiss ke sekolah ni di tahun 1 sewaktu tahun 2007 dulu. Alhamdulillah, mmg takde masalah. Ketiga2 anak aku masuk darjah 1 mmg takde masalah. Hari kedua persekolahan pun dh leh naik bas sekolah. Mgkn antara faktornya sebab penah 2 tahun di tabika sebelum masuk sekolah betul2 ni. Selalunya macam tu laa.
**Sekejap jer waktu berlalu, ye.....
Tahun depan akiss akan bertukarrrrrrrr......kaler uniform sekolahnya, hehe...
Barisan pengawas sekolah 2012 TMGS....gambar ni aku cilok dari fesbuk akiss. Gambar dari album ustaz selaku jurugambar ketika tu.
Tahun 2013 nanti ketiga-tiga anak aku semuanya sudah berada di sekolah menengah. Aku pun dh tak perlu menghala masuk ke Jalan Lumba Kuda setiap hari seperti sebelum2 ni. Mgkn boleh keluar lambat sket dari rumah utk menghantar mereka ke sekolah kerana sudah tidak perlu lagi melalui jalan sesak setiap pagi kat situ.
Sijil berhenti sekolah...tamat tahun 6.
Semoga akiss terus maju jaya walaupun sudah melangkah ke sekolah menengah. Semoga terus terjaga keperibadian akhlaknya dan membesar sebagai anak solehah.

Nota ALONA:-
~Semakin anak menginjak dewasa...semakin tua lah usia ibu dan bapa mereka, hehe...
~Byk gambar dan citer2 tentang HIKAYAT & HAKIKAT, SEWAKTU & SESUATU....aku lebih senang simpan eksklusif di blog aje. 

5 comments:

nad said...

saya tumpang bangga dgn kejayaan akiss
tahniah akiss!
pasni skolah mana? ;)

Unknown said...

tahniah yea,teruskan usaha

DeLLas said...

tahniah akiss.. bkn sng nk dpt 5A..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

tahniah sekali lg akiss...seronok anak2 bjaya ni kan kak...alhamdulillah..

el said...

anak2 akak semua cerdik2 belako..bertuah deme dpt ibu cam akk n bertuah akk dpt anak cam deme hehehe..tahniahhhhhhhhhhhhh