Wednesday, September 26, 2012

KWSP oh KWSP....

Dalam bulan Zulkaedah ni....jemaah haji sudah mula 'diterbangkan' utk menunaikan rukun Islam ke 5 ni...

Aku harap Selasa minggu depan leh gi Tabung Haji utk buat pendaftaran Haji ngan menggunakan keistimewaan yg diberikan oleh KWSP. Dh setahun PM kita umumkan mengenainya kat Bajet 2012....dh nk sampai pembentangan BAJET 2013 dh Jumaat ni...aku tak gi buat pendaftaran lagi..mm..

Sebenarnya tak susah pun nk buat pendaftaran tu. Cuma perlu bawak MyKad dan Penyata KWSP kita ke Lembaga Tabung Haji ataupun ke Bank Rakyat...mahupun ke Bank Islam. Dengan syarat...dlm KWSP tu caruman kita ada RM1300.
Walaupun aku dh 15 tahun tak keje....tp Alhamdulillah laa...duit dlm kwsp aku ada jgk laa, kan...walaupun tak berpuluh ribu ataupun beratus ribu mcm orang yg bekerja tu..hehe. Tak cecah 20k pun..tp syarat dh cukup...leh jer aku gi daftar Haji ngan abg nanti.

Tu laa...tadi aku sesaje jenjalan ke page fesbuk KWSP. Walaupun dh lama aku like page ni tp baru hari ni aku tgk dan baca apa yg tercatat kat page tu.
Mmg normal kalo tgk rata2 yg bertanyakan soalan mengenai pengeluaran. Nampaknya...ramai di antara kita ni tak leh nk buat simpanan.. Tu sebab otak dan mata ni asek nampak duit sendiri kat dlm KWSP aje, hehe.
Mujurlah ada KWSP....yg hanya dibolehkan mengeluarkan wang dgn syarat2 tertentu. Kalo idak....panjang umur dh capai 50 (pilihan utk pengeluaran keseluruhan akaun 2) atau 55 tahun nanti....tak tau nk cekau mana kalo dh tak bekerja di kala usia sebegitu?? Nak harap anak2?? mm....
Waktu usia emas mcm tu.....kot mereka2 yg ada harta lain, ada umah sewa berpintu2, ada kebun getah upah orang torehkan...senang lah leh goyang kaki aje waktu tu, kan. Mana yg ada modal...leh ler nk berniaga kecil-kecilan.
Tapi utk orang yg tak berpencen dan tak tau nk keje apa dan dh takde kederat nanti....duit tu laa yg diharapkan utk cover2 perbelanjaan kos hidup kita.
Kita pun tak terduga apa jadi pada masa akan datang.

Kalo nk ikutkan aku ni...lagi laa...dh lebih 15 tahun tak keje. Yg tolong menambah tiap2 tahun adalah dividen bonus yg diberi KWSP sj. Takde dari sumbangan lain sebab aku dh tak keje, kan. Nak ikutkan KWSP leh aje nk buat syarat baru utk orang mcm aku ni leh keluarkan caruman aku keseluruhannya, kan?? huhu....tp tak leh jgk. Sama aje proses mcm orang yg bekerja yg mencarum kat situ. Jadi, kena sabar lah. Biarkan duit tu beranak-pinak dulu. Panjang umur, murah rezeki...insyaAllah.

KWSP ni...adalah hasil caruman titik peluh kita + caruman dari majikan kita setiap bulan. Tu sebab senang2 aje leh nampak banyak setiap tahun, huhu. Semakin byk simpanan...semakin banyak lah dividen bonus yg diberi setiap tahun. Maka...semakin bertambah dan nampak byk laa duit caruman kita kat dlm KWSP tu. Mula lah hati tak senang....dh merangka mcm2, kan?? ngee....

Tp ramai jgk jenis yg penyaabar....dan mencongak keuntungan...kalo skang ni duit caruman dia dh ada sekian2 byk....kalo umur dia 50 atau 55 nanti...tentu lagi berganda-ganda, kan.
Kalo simpanan dlm akaun biasa tu...rasanya mmg takleh nk capai simpanan sebanyak tu kalo setakat keje2 biasa ni...hehe..

Meh sini kita tgk apa antara soalan2 & komen dari para pencarum yg terdapat kat dlm page KWSP kat fesbuk tu...(COPY & PASTE)
-Sya nk tnya bleh ka sya nak mengeluarkan wang kwsp utk brkawen.klu dapat keluar melalui akaun 2 pun jdi la..
-Bolehkah saya buat permohonan pengeluaran kwsp untuk menyelesaikan hutang kredit kad.sebab saya sekarang tidak bekerja kernah mengikuti kursus kemahiran.
-Sekira nya kereta 3 bulan xdibyar n masa itu tiada perkerjaan boleh kita buat permohon untuk kwsp
-Boleh tak siapa2 tolong jawap, dividen KWSP halal ke haram utk orang Islam?
-Cadangan akaun 2 boleh dikeluarkan untuk perkahwinan.......supaya xde ramai rakyat malaysia jd bujang terlajak...tq
-selamat petang.saya hendak membeli rumah dan ingin menggunakan akaun2 untuk bayaran depan 10%,tetapi untuk bayaran itu jika saya mengguna akaun2 pun masih kurang sikit,yang saya nak tau adakah KWSP memperbolehkan saya menambah kekurangan itu dengan mengambil dari akaun1.terima kasih.
-KWSP tidak mengikut kaedah Faraid semasa menyalur simpanan simati yg beragama Islam... Kenapa? Apakah wang simpanan tidak termasuk dalam pembahagian Harta Pusaka simati kerana KWSP bukan dalam katogeri simpanan wang yang Halal?
-KWSP wajib bagi dividen/bonos tahunan dan memberi sumbangan bakti kepada setiap pencarum KWSP seperti kemudahan pinjaman bercagarkan tabungan kedua KWSP kerana :-
a) Kwsp telah mendapat banyak keuntungan hasil daripada pelaburan melalui potongan gaji pencarum.
b) Pencarum sepatutnya mempunyai hak untuk mendapat kelebihan lain daripada KWSP di samping tabungan untuk hari tua.
-Klau kte nk kuarkn duit kwsp untk perbaiki rumah bleh ke?
-salam sy nk tanya lau sy nk renovation rmah bley ke kuarkn kwsp?
-Staf2 KWSP setiap tahun dpaat bonus besar hasil daripada caruman kami,,jadi apa lah salahnya syarat2 pengeluaran dilonggarkan kepada pencarum dan dikaji semula...memandangkan keadaan ekonomi yg semakin mencabar kini...kami hanya dpt menikmati keseluruhan wang tersebut pada umur 50 tahun ke 55 tahun...1 tempoh yg panjang...nk amik duit utk modal berniaga pon time tu dh tua bangka...
-Saya ingin bertanya bolehkah buat pengeluaran untuk membina rumah di tanah kampung..tkasih.
***Berita:-KWSP Terima Anugerah Pelabur Institusi Islamik Terbaik Pendapatan S2 Naik 13% kepada RM7.66 bilion

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah dianugerahkan sebagai Pelabur Institusi Islamik Terbaik pada 2012 oleh Islamic Finance News (IFN) Islamic Investor Poll, sebagai mengiktiraf sumbangan KWSP terhadap pertumbuhan industri kewangan Islam.
Ada jgk di antara komen tersebut risau jika umurnya tak sempat 50 atau 55 tahun....tak sempat nk merasa simpanan duit sendiri, penat lelah sendiri. Dia kata....kalo dia meninggal dunia....sedap2 ler penama berjoli sakan menikmati hasil titik peluh dia sedangkan dia tak sempat nk merasa.
Mmm...ni sebenarnya dia mencadangkan agar KWSP benarkan beberapa peratus dari wang caruman utk kegunaan tanpa syarat. Leh nk buat apa yg dia suka laa atas alasan kos hidup yg tinggi ketika ni. Sebabnya dia tak puashati KWSP cuma benarkan pengeluaran sebelum usia 50 tahun utk rumah pertama, perubatan, pembiayaan pendidikan dll seperti yg disyaratkan, hehe..

Ntah laa..utk perkara berkaitan pengeluaran oleh penama setelah pencarum meninggal dunia ni...sebenarnya aku dh lalui. Alhamdulillah, kami tidak pula menggunakannya kepada perkara tidak berhemah. Tak tergamak kerana kitorang tau betapa jerit peritnya mak bekerja utk membantu kewangan keluarga. Malah kitorang menerimanya pun dgn penuh sayu.....kerana ralat mak tidak sempat merasainya.

Sepatutnya 4 Oktober nanti usia mak dh 55tahun. Mak dh rancang nk tunaikan haji ngan duit tu. Mak dan ayah dh daftar ngan Lembaga Tabung Haji dh lama dh. Cuma tgh tunggu giliran aje. Kalo naik nama pun mgkn utk musim haji tahun depan atau 2014 nanti laa. Mak penah kata kalo nama mak tak naik utk gi haji 2013...mak nk gi umrah lagi sekali tahun depan.....dan mcm2 lagi lah yg dh mak angankan. Normal lah...dh duit sendiri, kan. Ianya satu penantian dan sebuah pengharapan namun tak kesampaian. Aduhaiii, sedih lah.......
Tp tu lah..tak sempat. Allah lebih menyayangi mak.
Namun, Alhamdulillah....sebahagian darinya kitorang telah gunakan utk kesejahteraan mak di 'sana'. Sudah juga mendaftar 'upah haji' utk arwah mak utk musim haji kali ni. Bakinya masih dlm simpanan. InsyaAllah, semoga Allah pelihara hati kami utk membuat kebaikan.

Nota ALONA:-
~Kasih sayang tidak boleh dinilai ngan wang ringgit...

7 comments:

Rinna said...

Bagus laa ada niat nak daftar haji.. rin ada menyimpan tapi tak sempat lagi mendaftar..

Alhamdullillah dah buat yer.. upah haji utk arwah mak.. moga pahala haji itu sampai pada arwah.. insyallah..

Anonymous said...

insyaAllah kalau niat tu dah ada, akan dipermudahkan semuanyer. TQ juga share info ni

wantie said...

hahaha... mcm mcm manusia ni kan. nak kawin tu satu hal le. kalau nak kawin pun tak tau nak cari duit kat mana. cam na tu? nak bela anak orang plak tu lepas ni.

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

bagus kak daftar haji siap2 kan...

sy ni bila la nk daftar...

attyfir said...

samalah ngn aty,mak dah suh daftar haji,tp belum buat2 lg..tp kan,besh kalo kwsp kasi kuar utk menunaikn haji,ada lah had umur,mcm 35keatas,x perlu tnggu dah tua,duit ckp

Gieyana said...

nice info kak..sy pon x tau kata leh daftar haji guna kwsp..ekekkee...before nie dok buat keluar utk education jer..

Oh ya akak, akak pon leh invest duit yg ada dlmkwsp tue kt public mutual cam public bank or kt cimb wealth..keuntungan yg dpt tue masuk dlm acct kwsp akak ar dan dpt keluarkan ms umur org pencen tue..:-)

mamawana said...

Nak kahwin duit takdak. kasihan .. Belajarlah menabung sejak dari sekolah atau start mula kerja. Sikit sikit lama2 jadi bukit. Buat yg wajib. Belanja hangus besar besaran tak perlu. Kalu nak jugak share 50:50. KWSP itu utk hari tua, ada rejeki insyaallah jadi milik juga.