Khamis
Dari Selasa, Rabu & Khamis 2 minggu lepas Akiss telah menduduki sebuah peperiksaan nasional utk tahun 6. Hahaha....saja jer aku malas nk sebut nama peperiksaan tu, ngee..
Hari terakhir peperiksaan...dorang semua abes kul 4 petang. Hari tu dorang kena lalui 2 subjek iaitu BI dan Science....tp 2-2 subjek tu ada 2 paper. Kertas 1 & 2....
Tp tengahari tu Akiss tak balik...dia stay-back sebab petang ada satu kertas ujian khas iaitu ujian Aptitud. Ni zaman along & angah dh ada dh.
Dan petangnya tu Akiss pun kena lah menjawab kertas ujian Aptitud yg diadakan kononnya bertujuan utk melihat potensi diri, minat & kecenderungan berdasarkan kepada 2 kemahiran iaitu kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah & membuat keputusan. Minat dan kecenderungan murid dilihat dalam bidang akademik, teknik, vokasional, seni budaya dan sosial atau sukan.
Balik dari sekolah tu...akiss pun tunjuk lah satu kertas kecik yg siap dilaminasi ni. Uii...tak sangka aku slip exam yg kena taruk kat meja yg digunakan oleh pelajar utk menjawab peperiksaan ni skang dh mcm ni punya besar. Dulu lagi kecik dari ni...setengah dari saiz ni.
Pastu siap kena taruk gambar bercop sekolah lagi. Ada jgk ruang pengakuan bertulis dari calon.
Uii...adakah sebelum ni penah berlaku orang lain yg mewakilkan diri menjadi calon peperiksaan ketika hari peperiksaan??
Saiz ni 1/4 dari saiz A4... |
Aku jgk nk kongsikan kat sini tentang usaha2 dari cikgu2, guru besar dan pihak sekolah kat sekolah akiss ni utk murid2 tahun 6 yg nk menghadapi peperiksaan ni.
Persediaan ni dorang dh mula sejak dorang ni masuk tahap 2. Semuanya berperingkat2. Dan yg paling kemuncak adalah ketika awal tahun dorang semua memasuki tahun 6.
Latihan, ujian, kelas tambahan, kem motivasi, ceramah motivasi, hari baiah dorang ngan guru dan ibubapa....majlis restu, bacaan yasin oleh pelajar setiap pagi di pagi hari Jumaat, Solat hajat bersama ibubapa, diberikan kismis utk dorang, diberikan air bacaan yasin setiap botol kepada pelajar2 islam (air mineral GAU), malah pensil2 yg dibekalkan secara percuma 2 batang kepada setiap pelajar pun diletakkan di hadapan ketika bacaan yassin tu...Mm...tu semua psikologi utk pelajar2 jgk.
Pelajar2 juga telah dibiasakan ngan dewan peperiksaan seminggu sebelum masuk menjawab soalan pd hari peperiksaan yg sebenar. Dorang diberikan kertas ujian seperti peperiksaan....nk membiasakan diri agar tidak gemuruh sgt nanti.
Pastu, pada hari terakhir exam tu....utk pelajar2 yg tak balik tengahari (stay-back) kat sekolah sebab nk kena jawab kertas ujian Aptitud pulak sejam setengah kemudian...pihak sekolah jgk telah menyediakan makanan tengahari percuma utk dorang. Bagus kan??
Lepas makan tu dorang leh solat zuhur kat surau..Takyah kejan2 nk balik umah. Buat letih aje.
Persediaan seperti ni sgt2 berbeza jika dibandingkan ngan persediaan yg dibuat oleh sekolah Angah. Angah yg akan menghadapi peperiksaan nasional utk tingkatan 3 pd awal bulan 10 nanti seperti tiada apa langsung yg diusahakan oleh mereka2 yg terlibat. Boleh dikira berapa hari ada kelas tambahan..dan kalo ada pun...sepatutnya kelas tu sehingga kul 2ptg....ianya dh habes kul 1.30ptg. Tidak jugak diadakan kekerapan ujian. Kalo adapun hanya ujian yg biasa dilakukan...sama mcm pelajar2 yg tidak akan melalui peperiksaan besar utk tahun ni..mm.
Aku pun heran ngan sekolah angah tu. Kalo nk ikutkan sekolah tu sekolah bestari.....sekolah yg bagus jgk rekod akademiknya selain kecemerlangan dlm bidang sukan, mmm...heran..heran. Mujurlah angah ni kuat berusaha sendiri walaupun dia tidak mahu ke kelas tuisyen luar. InsyaAllah, angah boleh!!!
Abes citer..
No comments:
Post a Comment