Tuesday, September 11, 2012

Jiranku berpindah ke Arau..

Dalam entry sebelum ni baru aku citer aku dpt jiran baru, kan (jiran berdepan umah)...tp 2 bulan lepas tu jiran sebelah umah kitorang ni pulak berpindah ke Arau, Perlis....umah mereka sendiri. Baru jer siap. Sebelum ni mereka menyewa aje kat umah sebelah ni.
Dorang balik Arau sebab abg Haniff dh pencen dari perkhidmatan Pos Malaysia. Arau tu kampung abg Haniff. Kampung Kak Ina ni kat Selama, Perak aje.

31.08.2012
Jumaat

Hari tu cuti Hari Kebangsaan. Abg ke ofis kena overtime kejap sampai dekat kul 12 tengahari.

Petang...dlm kul 6...lori yg Abg Haniff sewa dari anak Pak Dollah (jiran kitorang jgk) sampai utk mengambil barang2 yg hendak dibawa pindah ke Arau. Aku ngan abg pun gi laa jengok dan tolong2 apa2 yg perlu, kan.
Ada jgk hidangan tu...ish..ish.
Walaupun tgh kalut ngan barang2 nk pindah...kak ina tetap sempat buat hidangan bihun sup simple yg dihidangkan utk tetamu2nya.
Byk jgk barang2 kak ina ni..
Bila pi umah kak ina sebelum2 ni...kemas tersusun aje barang2 dia. Tak nampak pun barang dia byk. Tp tu lah...nk tau barang umah kita byk tak byk....masa nk pindah tu lah baru tau, huhu..
Nk taruk barang dlm lori pun kena kreatif agar byk barang2 leh sumbat sekaligus, hehe..
Susun....jgn tak susun..
Bila tgk barang2 kak ina tu ramai yg agak tak muat satu lori....sebab kak ina pun ada 2 bijik mesin jahit, 2 bijik motor, peti ais lagi, mesin basuh...pasu2 bunga....Nk tinggal mesti lah dia syg...pokok2 bunga merimbun dlm pasu, kan..huhu.
Antara pokok kesayangan kak ina...
Byk lagi barang ni.....
Mesin jahit...mesin jahit tepi, periuk belanga, tempayan...
Jenoh jgk laa nk nyusun barang2 atas lori ni, kan..
Akhirnya...seperti yg disangka....mmg tak muat satu lori. Akhirnya anak bujang pak Dollah panggil lagi satu lori muatan 1 tan (kecik sket dari yg ni) milik kawannya. Malam tu pulak laa sambung angkut barang taruk dlm lori...
Kak ina, abg hanif, fiqah dan mirah...
Ada lagi sorang anak bujang kak ina belajar kat UniKL kat Kulim...tak dpt balik. Fiqah dan Mirah yg belajar kat UTM Skudai dan UiTM Shah Alam kebetulan tgh cuti studi...Dorang ler yg byk nolong mama dorang packing2 barang nk pindah tu.
Bergambar ngan kak ina...
Turut dlm gambar adalah jiran aku yg lain2..kak sham (jubah itam) jiran terbaru aku tu lah yg umah atas tanah lombong tu, hehe. Lagi sorang...kak Ramlah yg berbaju biru tu...
Kak Ina sekeluarga malam tu jgk bergerak ke Arau sebab umah pun dh kosong, kan. 2 buah lori yg bawa muatan barang2 dorang akan ke Arau pd keesokkan paginya.
Jiran yg boleh aku anggap mcm kakak....
Sedih...aku ni mmg penyedeh...
Terburai jgk ler airmata aku malam tu. Dh lama kak ina jd jiran aku...8 tahun. Dari anak2 dia masih sekolah menengah sampaikan semuanya dh masuk U....Mmg kak ina lah jiran terbaik aku.
Tuan umah ni pun nama aje buat umah tp tak dok sini tp dok ngan mak dia selang aje beberapa jalan ngan lorong umah kitorang ni.
Penyewa pertama...suami isteri cikgu sekolah teknik...tp tak penah laa keluar umah selain mmg nk keluar gi keje, gi jenjalan. Selain tu...dok terperukkkk aje dlm umah. Mmg tak rasa ada jiran pun masa tu. Bila kak ina dh dok...baru lah rasa semangat kejiranan.

Ada beberapa pasu bunga yg kak ina bagi kat aku. Angah laa yg dok susun nk taruk mana kat mana. Dia gak ler yg rajin siram...jaga elok2...huhu. Angah ni mmg minat pd pertanian, hehe..
Salah satu dari pokok bunga serta pasu sekali kak ina kasi. Pasu alas tu umah ni punya, hehe..
Yg ni pun sama...sume kak ina bagi...
Tak larat dia nk bawak semua. Tu yg dia bagi2 pada aku, kak Sham & kak Ramlah tu...hehe..
Pokok bunga cinta yg berbatang berduri tu pun kak ina yg kasi...
Ada lagi 2 pasu bunga kat umah kosong tu. Kak ina kata dia simpan kat abg Hamid dan Zul (zul mana pun aku tak tau lah..) Tp dorang tak dtg amek pun. Bila tuan umah datang tgk dan check umah dia....abes dia buang pokok bunga tu dan tinggalkan pasu kosong. Alahaiii...sayangnya.

Umah tu tuan umah tak sewakan kat orang dh walaupun ramaiiiiii sgt yg bertanya utk disewa. Sebabnya tuan dia nk repair dan mgkn nk cat elok2....diorang nk dok situ. Tak tau lah bila...

Nota Alona:-
~Subuh tadi aku dpt berita salah sorang mak saudara aku telah kembali ke rahmatullah kerana strok. Semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya. Al-fatihah..
~96 hari selepas mak aku pergi....

8 comments:

attyfir said...

memang sedih kalo jiran yg rapat dan baik kita pindah.

alfatihah tuk arwah mak sedara alona..semoga dtmptkan diklangan org2 yg beriman.

wantie said...

alahai.. sedih kan kalau jiran yg rapat berpindah. tapi kan, lepas ni mesti pergi umah dia bila jenjalan kat arau.

Anonymous said...

alfatihah. kesedihan yang berganda kematian saudara dan kehilangan jiran yg baik.. pasti ada hikmah tu, !

Gieyana said...

Sure sedih bila akak dh rapat giler ngan jiran akak tue kan...:-)

Alfatihah utk mak saudara akak..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

mmg sedih kan kak..bila jiran yg rapat sgt...then kena pindah..huhu...

kalau pindah..mmg brg nmpk byk..huhu..

#alfatihah utk arwah mk saudara akak..

Rinna said...

Sedihkan kalau jiran yg kita rapat tuh pindah.. Moga dpt jiran yang sama cam kak ina tuh

Al-Fatihah dan takziah utk keluarga makcik Ina..

kurus said...

aduhh sedihnya ..
saya paham situasi akk skrg .. bila kita dah anggap jiran kita sebagai sedara , memang sedih bila tahu dia nak berpindah ..

sayu ati .. memang sebak dan hiba , nak2 bila dia tinggalkan kenangan buat kita .. sabar ye kak , harap jiran selepas ini sebaik kak ina ..

alfatihah buat mak saudara akk, semoga arwah tenang disana .. aminn

mamawana said...

Dlm kebahagiaan dan rahmat bila dpt jiran yg baik..