Friday, October 19, 2012

Dapat jugak walaupun....

Disebabkan takde sape berpeluang nk join skali sebab ada hal masing2...maka kitorang pun takde ler nk cari & tempah apartment.
Disebabkan kitorang cuma 5 beranak aje...jd amek keputusan utk pilih chalet atau bilik aje. Cari pun ikut bajet, hehe.
Kitorang nk try dok kat area Kg. Taman Sedia pulak, hehe...komuniti masyarakat melayu ni.

Mula2 kontek kat Aszi chalet ni....alamakkkk...tuan dia bgtau dh penoh!!!! Argh, melepas!! Awat ler dorang cepat sgt booking, haa???? Sebenarnya aku yg terlambat nk booking, hoho..
selesa kan??..harga sewa semalaman pun ok. ..
Lagi satu bilik dia. Dorang ni cuma ada 3 unit bilik aje dan bertemakan 3 kaler...hijau, pink, purple..Semua sama aje dan harga pun sama.
Try lak kontek Anggerik Desa Chalet ni..Aduhaii, tarikh yg sama pun dh penoh!!!
Ramai pulak pengunjung yg suka nk dok kat area Kg. Taman Sedia ni, ye????....
Anggerik Desa..
Kontek pulak Ros Chalet....aduhaii...penoh jugak???
Tak sangka lak ramai yg amek peluang tarikh tu utk ke sini..
Ros Chalet ni lanskap dia cantek laa..
Tuan rumah rajin layan pokok2 dia..
Last2 kol pulak ler Neeza Chalet ni. Alhamdulillah, ada ler lg bilik kosong. Cuma dorang takde sediakan katil queen double utk satu bilik tp ada menyediakan tilam extra. Hmm, jadi lah. Nanti kena pandai2 laa ejas.

Yg ni dia ada sediakan dapur & tempat utk BBQ kat luar. Penggunaannya kongsi sekali ngan tetamu yg lain jgk laa. Ada sediakan surau jgk. Jadinya, leh ler gi solat kat surau tu dan tak kacau ngan keadaan bilik, kan...hehe.
Bukan dok dlm bilik sgt walaupun gi sini namanya nk merehatkan minda, kan..hehe..
Mujur laa dpt jgk yg ni sebab chalet atau bilik homestay yg lain (tanpa kongsi ngan tuan rumah) kurang menarik laa berdasarkan gambar, berdasarkan komen2 yg penah menginap kat situ (sumber google). Semua tu kena amek kira jgk kan walaupun namanya cuti2nya bajet ekonomi aje, kan?? hehe..

Kitorang pilih Kg. Taman Sedia ni sebab nk explore jungle trekking kat area situ. Kena bawak kasut joging jgk laa. Harap2 cuaca ok laa nanti..InsyaAllah.
  
Nota ALONA:-
~Kena siapkan pakej album Noni dulu...

10 comments:

nad said...

Kak....nk p cameron ek? Nak ikut..!!!

Kamsiah yusoff said...

homestay kalau tak kongsi dgn tuan rumah okla....taman sedia tu kawan pernah rekomen...

Gieyana said...

Kat mn ni kak..igt next mnth nk turun kl nk singgah ch...:-)

attyfir said...

cantik je bilik2 yg atas tu..nanti kasi detail2 ye lona..cam menarik jugk

Rinna said...

Cantik laa bilik2 homestay tuh Na.. kemas jer..

Waa nak gi tracking yer.. bestnya.. :)

wantie said...

ewah...ewah.. kak pi CH lagi. mesti best. nak ikut boleh?

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

bestnya CH..tahun ni x smpi lg sn..plan nk trn..tp bila la ntah..kg tmn sedia ni penah tgk...area brinchang ke tanah rata arr kak?

AJ said...

ada no. telefonnya tak? emailkan ke iman1237@hotmail.com

Anonymous said...

salam...cuba gugel contact tapi mcm susah skit nak dpt...ada contact no diorang tak?yg sy ada ros chalet tapi dah penuh..huhu...kalau ada cadangan chalet lain yg ok dan sesuai utk family 5org, pun boleh suggest..emel sy : jas.orient@yahoo.com (jasmah)
terima kasih ^_^

Anonymous said...

Aszi chalet mmg terbaik.. Harga.. Layanan.. Bersih.. Shower full blast.. Tilam mahai oooo... Best2!!!. Gi masa cuti hari msia baru2 ni. Hj Asaad mmg baik hati..