Wednesday, October 17, 2012

Sunat menjawab azan

Byk perkara2 sunat yg mudah utk dilakukan dalam agama Islam ni. Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Di sini...dikongsikan pula perkara sunat sekiranya kita menjawab azan yg berkumandang dan ketika iqamah dilafazkan. Ia boleh dilafazkan oleh sesiapa saja walaupun dalam keadaan berhadas, junub, haid atau nifas kerana ianya adalah zikir, melainkan ketika dalam sembahyang fardhu atau sunat, bersetubuh dan qadha hajat (buang air kecil atau besar), sunat dijawab kemudian jika tidak lama jaraknya. Makruh menjawab bagi orang yang ada najis dimulutnya.

Oleh itu, ketika azan kita sebagai umat Islam perlu menghormati utk menjawab seruan azan tu....
Sebagai contoh, sunat kita berhenti sekejap untuk menjawab seruan azan, bukan dengan mengambil sikap sambil lewa dan tidak acuh seperti tidak memperdulikan seruan azan yang dilaungkan, seolah-olah tidak mendengarnya apatah lagi untuk menyahut seruan azan tersebut.
Dh tau...tp adakalanya leka jgk..astaghfirulllah...
Disunahkan bagi yang mendengar azan, menjawabnya dengan bacaan yang sama sesuah dengan bacaan azan dan iqamah, kecuali pada kalimat ; "HAYYA 'ALASH-SHALAAH" dan " HAYYA 'ALAL-FALAAH," dijawab dengan kalimat ;
لاحول ولاقوة إلا بالله
"LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAAH
Ertinya :
"Tidak ada daya upaya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolöngan ALLAH."
Di waktu azan subuh, pada bacaan di bawah ini :
الصلاة خير من النوم
"ASH-SHALAATU KHAIRUM MINAN-NAUUM....2X  
Ertinya :
"Sholat itu lebih baik daripada tidur."
Disunatkan pula menjawab dengan ucapan ;
صدقت وبررت وانا علي دلك من الشاهدين
SHADAQTA WA BARARTA WA ANNA 'ALAA DZAALIKA MINASY-SYAHIDIIN.  
Ertinya :
"Benar dan baguslah ucapanmu itu dan aku pun atas yang demikian termasuk orang - orang yang menyaksikam.'

Jawaban Bagi Yang Mendengar Iqamah
Bagi yang mendengar iqamah, dijawab dîjawab sama dengan kalimat yang diucapkan oleh muadzin, kecuali pada kalimat ; "QAD QAAMATISH,..", maka dijawab dengan ucapan di bawah ini ;
اقامها الله وادامها وجعلني من صا لحي اهلها
"AQAAMAHALLAAHU WA ADAAMAHAA WA JA'ALANNII MIN SHAALIHII AHLIHAA."
Ertinya :
"Semoga Allah mendirikan shalat itu dengan kekalnya, dan semoga Allah menjadikan aku ini, dari golongon orang yang sebaik - baiknya ahli solat."
*Info di atas...kredit pd peperonity...
**Ada beberapa info lain tentang hal ini leh tgk sini WALK 2 REMEMBER.

Nota ALONA:-
~Walaupun mak dh bgtau hal ni kat aku ketika aku kanak2 lagi tp sampai skang ADAKALANYA terlalu syok sgt bercerita tak leh nk tunggu2 sampaikan tetap terus berbual walaupun telah perlahankan suara. Keadaan itu nampak mcm menghormati azan tp bila dh terus berbual...bila masa nk jawab azan, kan?? 
~Semoga hari ini lebih baik dari semalam, InsyaAllah.

3 comments:

wantie said...

sokong angat ngan akak. time azan tu suka snagt nak bersembang.

teringat kat pensyarah cina dulu. dia siap berhenti menajar bila dnegar azan. kalau cina leh berhenti kita yg islam ni nape la dok pot pet pot pet.

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

betui tu kak..kdg2 kita x perasan dgn alunan azan ni...mmg patutnya kita hormat ...thks kak..

Rinna said...

Info yg sgt bagus Na.. tu ler..kdg2 kita nie terlalai..dibuat hingga terlupa nak nyahut azan tu..