Sunday, April 21, 2013

Aktiviti Ahad 21/4

21.04.2013
AHAD

Kul 11 pagi...gi PELITA, kat Tpg Sentral.
Ada temujanji. Bakal client nk jumpa, huhu. Kalo ok...leh dpt projek bulan lapan ni. Nak amek pakej double pulak tu.
Alhamdulillah, kitorang sampai dulu...
Dorang yg datang berasingan....sampai kemudian. Sekadar minum (sbb aku dh masak sebelum keluar tu)...bincang2. Alhamdulillah, dorang bagi deposit tanda JADI!!!

Petang...kul 3.45 keluar lagi.
Nak hantar along ngan angah balik hostel.
Sebelum tu singgah kat kedai ECO RM2. Along dan angah nk beli biskut utk stok, huhu..
Aku sempat gi Kedai 1 Malaysia. Nak beli beberapa botol air mineral utk stok along dan angah jgk.

Dari situ....terus hantar angah dulu.
Singgah stesen Petronas kat Padang Rengas.
Jalan kat Kati sedikit sesak....maklum laa, kan...tengah kempen pru ni. Dorang tunggu ramai2 kat tepi jalan ngan keta, motor.....sambil kibar2 bendera 3 parti. Lambai2 pengguna jalanraya.

Kul 5.10 petang..sampai Lenggong. Hujan renyai2.
Angah tengah pilih kad outing utk tulis jam & ditandatangan oleh pengawal keselamatan di pondok pengawal.
Selebet jer...sbb sarung baju ni masa sampai pintu pagar, huhu.
Dh hantar angah....
Terus menghala ke Taiping semula. Nak hantar along balik hostel pulak.
Seperti tadi...jalan kat KATI masih ramai orang di tepi2 jalan. Menanti kedatangan bas dua tingkat yg ada lambang parti tu sampai. Kitorang nampak masa pertengahan jalan. Ada yg aku kenal kelibatnya kat dlm bas tu. Dia dok di tingkat atas bas. Mgkn wanita itu kot yg dorang tunggu2.

Sampai hostel along kul 6.35 petang cenggitu. Ramai lagi yg baru sampai hantar anak masing2.
Dari situ...ronda lake kejap..
Pastu, nak cari makan pulak..
Kitorang makan kat sini..
Selain masakan panas yang lain...tomyam dan sebagainya lah....kat sini ada western food.
Tak penah lagi try western food dorang. Hari tu...oder set lamb chop ngan blackpepper steak serta kerang bakar.

Tapi, alahaiii....set dia...cuma ada daging, sos blackpepper, kentang goreng dan sos cili + mayonis. Salad apa semua takde wei!! Steak nya tu belah bawah dia hangus lak tu, huh.
Lamb chop pulak...presentation kat pinggan dia mmg haremmm....tak sama langsung ngan gambar!!! sos blackpepper dia pun masin...
Kerang bakar yg paling lambat sampai. Kerang dh ler kecik2 saiznya. Sos dia cuma sos thai yg terlalu manis. Mgkn sos thai botol dimasak semula dgn mencampur air dan ditambah gula...cenggitu laa agaknya.
Pastu, kerang tu dorang tak bagi lidi pun nk korek isi kerang tu....aduhaiii...Byk sangat kelemahannya. Nak kata baru bukak....dh lama dh bukak bahagian western ni. Tp dorang buat tak sungguh2.

Nota ALONA:-
~Konon nak elak nasik...oder western. Tp tak puas langsung, mm..
~Mmg tak rekemen selagi dorang tak perbaiki masakan tu.
~Kembali berdua jer kat umah...mm..

7 comments:

nad said...

Tu yg tak best tu
Nak support org kita niaga
Tp tak bersungguh nak niaga
Rase cam tak best jek
Bukan apa, rasa sayang la kalu dorg niaga semata2 untung jek
Tp sedap x sedap x amik kira..
Hmmm

ibuayu said...

Tahniah rezeki...akak x mkn lamb...

wantie said...

tak bagi lidi tuk korek kerang tu. Ingat orang makan kerang jenis " kokak" ke? heheheh...

tu la kak kan, kekadnag kalau kita pergi ckp terus kang terasa pulak. Tak pe ni kan dah masuk kat bloig. mana tau ada la yg terbaca. Moga dorang perbaiki kelemahan.

attyfir said...

aty pun pnh kena gak..order western..tp hampeh masakan nya..takleh makan langsung taksedap.

Anonymous said...

mkn2 mesti ada yer hehehe

TiranaAduka said...

jadual padat di hari minggu.

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

kdg2 tu la kan kak..
dorang ni niaga ikut sedap je...asal lepas tgn gitu...

byk tul kelemahannya kan kak...tp ada gk yg dtg mkn..