Friday, April 5, 2013

Dalam bilik mengundi...

Wahh....aura nk mengundi mariiiiiiiiii.

Mmg rugi sebenarnya sebagai warganegara yg dh layak tapi tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi.
Rugi jgk bila dh mendaftar sbg pengundi tp malas nk keluar mengundi, mm..
Rugi sbb tak guna hak sebagai warganegara dan tak dpt nk rasa kemeriahan masa nk gi ngundi tu, kan?? :)

Masa hari pengundian tu...akan ada beberapa kereta, van yg disediakan sebagai pengangkutan utk amek orang mengundi. Ada kereta dari parti ini..ada dari parti itu mundar mandir di kawasan tempat tinggal kita...hehe. Terpulang laa nk naik kete yg mana satu. Kot nk memilih kete yg best2 sket pun takpe, hihi.
Tp aku tak penah naik pun. Gi ngundi naik motor jer ngan abg. Senang parking!!

Dh parking motor...perayu2 undi (istilah dulu...istilah skang tak tau lah apa dh) dari parti2 besar yg bertanding akan datang kat kita...tunjuk lambang parti dorang dan soh kita pangkah kertas undi pada calon parti2 yg dorang sertai. Kat sini adalah medan terakhir utk dorang berkempen ngan cuba mempengaruhi pengundi mengubah fikiran utk mengundi calon dari parti mereka. Selalunya terjadi pada pengundi2 yg dorang tak tau pro parti apa....hehe.

Kat luar kawasan ni jgk...selalu ada provokasi antara 2 parti besar yg bertanding.
Dorang ada dirikan pondok utk semak nama. Tp sejak dh ada online dulu...aku ngan abg dh semak sendiri aje kat internet. Mudah, kan?? Malas aku nk gi pondok2 yg disediakan tu. Nanti dorang akan syak ler kita nk undi apa, kan?? hihi....undi kan rahsia.

Bila masuk kawasan pengundian (selalunya sekolah laa)......dorang2 tadi (penyokong2 mana2 parti) mmg tak dibenarkan masuk dh.

Dh masuk kawasan sekolah...mula2 semak nama kita kat tempat yg disediakan...(selalunya kantin sekolah)...pastu bila nama, nombor dan pemegang ic adalah sama...nama akan dipotong dan diarahkan utk masuk mengundi kat bilik mana satu (mcm slip yg aku masukkan dlm entry sebelum ni).

Ikut pengalaman aku....tak penah ler kena beratur panjang pun. Beratur pendek pun tak penah sbb aku takde ler gi awal dan tidak ler pegi lambat sgt....hehe. Sampai2 leh jer terus masuk utk mengundi.

Proses kat dlm bilik pengundian tu...mcm dalam gambarajah kat bawah ni lah. Cuma baru PRU kali ni yg perlu dicalit dakwat. Sebelum2 ni takyah pun.

Kerani pengundian tu adalah ahli dari parti yg bertanding. Bkn dari parti kerajaan semata2 aje, ye. Sbb aku kenal ler sape yg pro ngan parti ni...sape yg pro parti tu...hehe. Org sekampung, kan...ngee..
Semuanya sbb SPR nk bagi saksama dan tidak akan terdengar ada kes penyalahgunaan dan penipuan. Tp tetap jgk dengar ada pengundi hantu....mcm mana?? huhu..

Keadaan dlm mengundi tu...senyap sunyi aje. Kedengaran bunyi kipas berpusing laju....hehe.
Yg aku suka...pensil utk memangkah undi tu. Rasa mcm nk bawak balik jer...kehkeh...

Perasaan masa nk memangkah tu...baca Bismillah, dgn doa & harapan apa yg kita pilih tu adalah yg terbaik. Bkn terbaik utk kita aje...tapi masa depan anak2 jgk.

Pangkah kena dlm kotak kosong di sebelah lambang parti. Bkn kat lambang...bkn kat luar kotak. Dan perlu PANGKAH....bukan lukis tanda BETUL. Buat rugi aje. Semua tu dh dikira undi rosak.
Nak pangkah besar2 habes kotak ke...kecik sket ke...tak kisah...janji dlm kotak kosong yg disediakan tu..

Bila dh masukkan kertas undi tu kat dlm kotak undi...kita akan rasa puas hati sebab dh menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat di negara demokrasi.

Nota ALONA:-
~Ini khas utk seorang sahabat..........

3 comments:

Nad MamaZN said...

Tak sbr plak rase nak p ngundi hihi
Serius xpenah alami pengalaman ni
Thn99 akak ngundi time tu saya kat hostel sbb spm
Thn 2008 preknen kan zakwan. Dh daftar, tp nama xlepas plak utk ngundi. Xde dlm senarai lg
Kali ni semangat dah ni nk blk kg nk p ngundi hihi

Kesuma Angsana said...

rasa lebih truja bila baca N3 ni na!

wantie said...

pangkah makna sokong. betul maknanya rosak. hahaha... jgn konpius ya.