Tuesday, April 30, 2013

Maaf, aku tak minat...

Sebenarnya, aku mmg tak pandai nk berniaga. Segan sangat.
Bila dh buat job amek gambar ni.....baru aku tau...ini adalah penyumbang penambahan pada ekonomi keluarga kami.
Tp mintak maaf laa....
Aku lebih senang dgn perniagaan perkhidmatan sebegini jer...Bila diperlukan, baru mereka mencari kita.

Aku mmg tak pandai nk berniaga ngan menjual barang2. Mmg tak pandai...
Aku rasa kesian kat orang yg aku nk jual barangan tu. Mesti mcm terpaksa beli wlpn dia tak mau, tak minat atau sebenarnya mmg dia tak perlu langsung nk beli barang2 yg aku dok jual tu. Semua sekadar nk amek hati aku atau kesian kat aku..
Jadi, aku mmg tak pandai menjual barang2 terutama dari perniagaan sistem MLM ni.

Aku penah join beberapa syarikat MLM. Menjadi ahli...menjadi dealer.
Kebanyakannya sebab dipengaruhi....dan ada jgk yg jenis memaksa. Aku tak nak tapi dorang dok pujuk2 dan ayat2 mcm dh memaksa. Dh penah lalui pengalaman ni beberapa kali. Tu pun aku ni jenis serba salah...tambah2 pulak orang yg dok pengaruh aku tu orang yg kita kenal. Leceh laa, mm..

Selalunya, bila dh jadi ahli tu...aku beli utk kegunaan sendiri aje. Takde pun nk jual kat orang, tunjuk katalog pujuk2 soh orang beli dalam keterpaksaan!! Aku bukan jenis mcm tu.

Seminggu lepas...ada sorang kakak kepada pengantin yg kitorang penah shoot.........sms.
Tanya aku ni mcm2...tp tidak ke arah nk amek perkhidmatan photog pun!!
Bila dh berbalas2....aku tgk ayat dia semacam aje. Aku diam.
Petang tadi dia sms lagi. Nak datang rumah katanya.
Dia nk perkenalkan satu MLM ni.
Aduii...aku ni kalo tetamu nk datang aku tak kisah. Tp kalo sebab nk promote dan soh aku masuk jadi ahli MLM...mintak maaf laa. Aku mmg tak minat. Jadi, aku terus gantung jawapan sms tu.
Aku dh serik. MAAF!!!
Malam ni dia kol lagi....adoii, malas aku nk jawab.

Sblm ni pun ada mak saudara pengantin sms jgk...
Bagitau ada projek best. Dia nk turun dari Kedah semata2 nk perkenalkan projek yg dia dikatakan best tu, huhu. Adoii...semua jenis nk memerangkap tu. Datang jaoh2 kalo balik kosong mesti tak berbaloi kan??
Maka, aku mmg gantung terus jawapan.

Ada jgk mak sedara yg tak penah2 kol kitorang....tak penah2 datang umah kitorang...tetiba kol bgtau nk datang. Rupa2nya nk soh kitorang masuk ahli satu syarikat MLM & jadi downline dia. Adoii....sebab tu rupa2nya dia datang. Kalo tak disebabkan tu...takde nya tingin nk jejak umah kitorang ni pun, huhu. Lepas2 tu pun mana dia sudi pun nak mai umah...........nasib kitorang lah.

Takpe laa..aku pun sebenarnya tiap2 hari sebok. Tp kekadang saja jer buat2 tak sibuk. Tu yg leh curi2 masa ngadap blog. Ye lah, takkan ngadap keje aje ye tak?? boleh juling mata, boleh pening kepala.

TV tak jadi masalah. Kalo aku on tv...aku masih leh buat keje sambil2 tu sbb tv sebelah jer ngan pc.

Nota ALONA:-
~Sedang menyiapkan keje yg melambak...

8 comments:

nad said...

Saya pun mcm akak gak..
Tak reti la nak niaga yg kene banyak bercakap, banyak jumpa org ni

mamawana said...

Assalam,

Mwana pun cam tulah. Masuk jadi ahli utk gunapakai sendiri. Tak pandai nak suruh2 org beli. sekadar share benefit kegunaan produk, kalu taknak. No problem. Mamawana pun ada jual slimming produk (tapi mahal kata depa) kalu nak murah nak free...mama syorkan puasa sunat banyaksetiap minggu . lalalalalaaaa.....

Kamsiah yusoff said...

sama la dgn akak..masuk sesuatu tu utk beli ,pakia sendiri ja..mcm HPA,Amway(dh berkubur) dan byk lagi..byk yg masuk sbb malu dan segan pada adik beradik,sedara mara yg datang memujuk..
kdg2 kita cukup segan jika yg menjual tu kawan rapat atau sedara mara..

DeLLas said...

saya tak minat MLM!
hidung x mancung pipi tsorong2 kna cari downline.. gelilah!

MulutPayau said...

Kadang2 geram jugak kalau dipaksa join MLM ni...
Kalau terpaksa pun, beli utk paksi sendiri jer....

wantie said...

rasanya ada fatwa tentang MLM ni. T pun kak kalau dah sampaimemalam dok meeting bagai anak laki terabai. sori la T memang tolak mentah mentah.

tayang la merz depan mata pun tak nak T. buat apa dapat tu semua sampai anak anak dan suami terabai...

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

sama la kak kita...sy ni tk pandai nk buat MLM tu..jenis pujuk2 ni..kalau beli pakai utk sdiri ok...

bahkan sy ni amik je study biz..tp ke arah MLM tu..mcm tk leh le..huhu..

Anonymous said...

samalah kita !