Sunday, April 7, 2013

Dh ada meter depan rumah...

Alhamdulillah, akhirnya dh selesai. Dari entry INI...
Sebelum ni dorang (kontraktor dari LAP) dok pasang paip besar kat lorong umah kitorang ni. Dorang nk ubah meter air kitorang yg tidak berada di lokasi yg sepatutnya iaitu di depan umah kitorang disebabkan masa tu lorong ni takde paip besar lagi.

22.03.2013 hari tu....aku takde kat umah. Gi sekolah along sempena hari rundingcara. Balik2 umah tgk dorang pasang meter kat depan umah kitorang mcm ni. Padahal kat umah jiran2 lain elok jer tepi2 tembok dinding pagar....aduii. Bahaya ni sbb bawah pokok ni dh biasa jadi tempat parking kereta. Tak kisah laa sape yg datang umah aku atau umah kak nor pun. Dorang senang parking bawah pokok ni...kengkonon redup ler sket, kan...hehe..
Aku pelik gak...tak kan ler kontraktor ni tak peka ngan keadaan. Ada ke letak meter tercongok kat situ!!!
Lepas2 tu....seminggu cuti sekolah tu takde pun kerja2 pemasangan ni dijalankan. Aku pun tak tau rupa kontraktor tu mcm mana, huhu.

Akhirnya...awal minggu ni...aku dgr bunyi kereta pickup kat luar umah. Cepat2 jer aku jengok. Rupa2nya betoi kontraktor dh mai.. Aku pun terus sarung tudung keluar umah ala gangster dan menegur pekerja kontrak tu elok2, hehe.. Mintak tolong dia ubah meter tu ke tepi....dan aku tunjuk tempat yg sesuai. Dia pun terus setuju. Aii...senang jer rupanya. Tp dia kata dia kena cari paip utk sambung dan keje pengalihan.

Akhirnya, esok pagi tu dorang datang lagi....
Dan keje2 pengalihan dilakukan ngan sebaik mungkin. Alhamdulillah. 
Alih kat sini...kepala meter guna kepala meter yg lama sbb nk sambung bacaan penggunaan air kitorang, kan...hehe..Dorang taruk kayu tu sbb nk taruk simen agar meter tu takleh terjatuh pulak.
Disebabkan pagar ni tebal...dorang tak buat lobang utk sambung ngan tempat punca air masuk ke dalam umah tu..tapi dorang buat kekdah mudah mcm ni, huhu.
Ni bila dorang dh simenkan batang meter...tak bagi ianya senang patah dan terbalik..
Sebenarnya....masa pemasangan ni byk jgk masalah rumit berbangkit. Maklum ler...paip lama kitorang dari meter di jalan kolam 2 tu melalui tanah lot yg KINI dh dibina rumah. Tempat laluan paip tu pulak dorang dh simenkan abes sampai sempadan lot sebelah.
Tp aku dh nampak masalah ni sebelum kontraktor tu bertanya pd aku. Maka aku pun kol abg utk tanya pendapat. Bila kontraktor tu dh tanya...aku pun bgtau mcm yg abg bagitau. Alhamdulillah, air masuk ke dalam umah seperti biasa. Cuma, berharap jgk lah...jgn lah bila meter air dh diubah ni....bacaan meter lebih laju pulak....huhu. Teruk nk membayar bil.

Nota ALONA:-
~Lega...

4 comments:

nad said...

Akhirnya..
Kita tggu la sesame bil akhir bulan ni
Hehe
Tp saya rase lg kurg la yg perlu dibayar
Sbb dh dok berdua jek ni kan?
Hehe

wantie said...

tunggu je la kan.. sama ada laju ke idak meter tu..

Anonymous said...

akhirnyer kan... done minum milo nuff sini yer hehehe

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

kita tggu tgk bil air mai nnti ye kak..hrp2 tk laju arr...

tp tu la..bil air kdg2 bleh cecah tiggi kan..