Sunday, April 28, 2013

Aktiviti Sabtu bersama keluarga..

27.04.2013
SABTU

Pagi ni abg jer jogging sengsorang.
Aku tak jogging sbb teman akiss yg tak bawak balik kasut sukan dia, hehe..(alasan, ngee)..

Kitorang cuma jenjalan bersiar2 aje kat taman tasik tu. Dan rehat jap kat sini...mendengar air mengalir deras nk ke tasik belakang akiss tu.
Tunggu kelibat abg sampai kat jalan luar tu. Jogging pusing taman tasik. Bila dh nampak kelibat abg jogging kat situ...aku ngan akiss pun sambung bersiar2 kat trek dalam taman tasik yg cantik tu. Kengkonon, leh nampak ler kelibat abg lari2 tonggek2 kat jalan tu sambil kitorang pun jalan laju kat trek sebelah dalam.
Abg melintas jalan nk ke parkir kereta selepas dh puas hati dpt keluarkan peluh pagi2..
Dari taman tasik...terus gi kedai motor Soon Soon. Abg nk gi renew insurans utk motornya.
Gi pulak pejabat pos utk renew roadtax....
Kemudian, gi kedai Ella Popiah. Lepak2 sambil makan nasik kat situ, hehe. Makan popiah jgk. Bungkus nasik utk along dan Anas bekalkan sebungkus popiah utk along. Tima kasih pakcik dan makndek, kata along...ngee..

Bila along dh mesej...baru gi amek along kat hostel dia. Pelajar lelaki leh outing hari ni.
Dh amek...singgah pulak kat kedai ECO RM2. Beli biskut..
Aku pun sempat gi kedai 1Malaysia nk beli air mineral utk akiss. 50sen jer sebotol utk air mineral cap SeaMaster 500gm. Beli 10 botol utk bekalan akiss kat asrama nanti.

Dari situ terus gi singgah umah mak. Eh, ada Matun balik laa, hehe.
Dh lepak2 kat umah mak kejap..ajak matun lepak lak kat umah kitorang.

Ada sesi karaoke, sesi bermain gitar...
Akem tgk abg piluih main gitar...Dia nk amek skill.
Ada gak sesi basuh kereta...Matun basuh kete dia ngan dibantu oleh apis, anak bujang dia.
Dh nak abes...akem pulak dtg meringan tulang tolong mama dia.
Ni laa piluih. Anak sedara yg dok sebelah umah kitorang ni. Dia sedang mengepak TWISTER EXERCISE SPRING BAR. Dulu cuma kagum jer tgk paklong dia (somi aku ler tu, hehe). Skang dia dh terer dh buat. ....Aku?? sampai skang tak leh nk kepak mende ni walaupun dibantu ngan lutut, kahhhhh....Nampak mcm senang jer bila tgk abg buat, mmm. Tp mau nk terkeluar gigi kalo cuba jugak mengepak mende ni kalo tak pandai teknik dan takde kederat, hihi..
Akem lak petik gitar...sambil diperhatikan oleh abg piluih.
Kat dlm umah pulak??
Akiss siapkan keje sekolah dia.
Kakak yui tolong teman..
**Takde gambar...hehe..
Along main PSP. Sambil diperhatikan oleh Khaira...(adik kepada Akem dan Apis)..
Selepas dh Asar...kitorang pun keluar hantar along balik hostel semula.
Maton dan anak2 dah balik ke umah mak.

Sempat meronda gi Taman Semarak...tgk kat mana umah pengantin kitorang nk shoot nanti.
Dh tau kat mana....terus pulak menghala ke Kg. Pinang Seberang. Nak gi umah kak Hawa...amek 3 pasang baju kurung akiss yg dh siap ditempah.
Yg istimewa...kain2 tu adalah kain2 pasang yg arwah mak beli tapi tak sempat nk dibuat bajunya. Jadi, aku amek utk wat baju kurung akiss sbb kain tu cuma 3 meter...leh buat baju akiss jer, hehe. Alhamdulillah, dpt akiss gunakan kat asrama dia. Kat sana mmg banyak guna baju kurung.

Nota ALONA:-
~Itu lah antara aktiviti kitorang ari Sabtu ni.
~Bila ramai2 ni...tingat pulak yang angah takde, mm...

8 comments:

che mid said...

Alhamdulillah, hari yang padat dengan aktiviti keluarga.. tentu tak terasa sehari berlalu..

❤Kamsiah❤ said...

seronoknya..masa diisi dgn aktiviti keluarga mcm tu..bkn senang,kan..

Nad MamaZN said...

Muke akem mcm muke along
Igtkan along td
Best la bace aktiviti akak hari2
Seronok jek mcm saya pun ikut p sume sume tmpt tu jgk :)

wantie said...

jeles tau tengok abang dok jogging tu. kalau suami T , time nak mian bola ad l dia jogging sket sket. tu yang berlemak lemak je dia tu. laki bini sama . hahahaha...

tengok Along main PSP tu, teringat la dok janji nak belikan Amirul PSP sebiji. tapi dok bertagak je.

nanti dia berkhatan kena gak beli sebiji.

ANNA MARIANA said...

bestnya dapat luangkan masa cmni :)

Delimasari said...

memasing ada xtvt yer ---- mmg best

Zura@Iwan said...

kak...hari sbtu kt pejabat pos bleh renew roadtax ke?

Kesuma Angsana said...

mcm2 aktiviti yer bila cuti2