Wednesday, April 10, 2013

Kak Nor; umrah...

06.04.2013
SABTU

Majlis ni dibuat oleh mentua sempena anak sulungnya nk gi umrah.
Majlis ni dirancang cuma beberapa hari sebelum kak nor nk berangkat.
Majlis ni diadakan dirumah mentua aje....beberapa jam sebelum kak nor menaiki bas khas ke KLIA bersama suaminya 06/04 tempohari.

Tu yg nk kitorang nk kena balik cepat dari kenduri kawen sampai tak sempat dh nk tunggu pengantin sampai. Sebab ada keje menunggu kat umah mak mentua ku ini. Semuanya kerana persiapan utk majlis malam tu laa, hehe.

Chef utama petang tu adalah Sela...adik iparku.
Tak panggil ramai pun jemputan. Anak-beranak dan saudara terdekat aje.
Majlis doa selamat bermula..
Bacaan doa oleh abah.....Nam (antara kucing kesayangan mak) sebok jgk dok depan tu, huhu...
Dorang sedang menikmati makanan...
Abah dh rileks tengok tv lepas menikmati hidangan.
Majlis dh tamat...dh berkemas2..
Kul 11 malam....kitorang ikut gi hantar kak nor dan yeop ke stesen bas Kamunting.
Kak nor ngan yeop dihantar oleh anak sulung Yeop...
Sementara kitorang ikut ngan 2 kereta sendiri ler, kan...hehe..

Jemaah umrah dari Taiping melalui agensi DAKNA malam tu ada 17 orang termasuk kak nor dan yeop..
Masing2 dihantar oleh ahli keluarga masing2 jgk.

Kitorang tak dpt laa hantar sampai ke KLIA...
Tp kat KLIA ada anak2 yeop dan ET menunggu gak kat sana. 
Bergambar beramai2 sebelum kak nor naik bas..
Kali ni ada anas ngan ain jgk.. Owh, ye...2 buah beg besar tu adalah hadiah dari agensi DAKNA sbb kak nor dan yeop adalah antara pendaftar awal utk umrah trip ni, hehe. Kalo lambat...cuma dpt beg pakaian yg kecik tu aje.
Yui....anak dara kaknor nk bergambar ngan mama dia jgk. Sebelah tu makcik Teh.
Bas dah ada....beg pun kemudian dh dimasukkan....tp sebab bas tak jalan lagi...kitorang masih bersembang2 kat situ, hehe..
Yeop, mak, abg dan pakcik Zali.....
Dah peluk cium, salam2 kak nor...akhirnya kaknor pun melangkah naik masuk ke perut bas. Menuju ke KLIA dan bakal terbang menjadi tetamu Allah di Mekah menunaikan haji kecil.
Bas dh nak jalan....kak nor dh melambai2...sedih dalam gembira...
Semoga kak nor dan yeop mendapat pengalaman yg indah di sana.
Semoga aku, abg, anak2 dan adik dpt jgk ke sana suatu hari nanti, InsyaAllah.

Nota ALONA:-
~Gambar ngan kamera hp di waktu malam...gini ler...huhu..

5 comments:

Kamsiah yusoff said...

kucing pun join majlis jugak...agaknya dia faham kut hehe

Rinna said...

Moga Kak Nor selamat pergi menunaikan umrah dan selamat kembali..

attyfir said...

inshallah ada rezeki..alona and family pasti menjadi tetamunya satu hari nanti.ameen

wantie said...

moga lepas ni kak nor di jemput utk mengerjakan haji pulak.

Anonymous said...

alhamdullilah dpt jejak kaki kesana dah mereka yer