Sunday, April 14, 2013

Minggu lepas along...minggu ni akiss..

Aku mmg tak tau laa apa spesel tempat ni sampaikan menjadi tempat pilihan oleh mara utk bawak pelajar2 MRSM utk kem motivasi kat sini. Tapi mesti ada yg spesel kan??....

Leh klik link di bawah utk lihat persekitaran tempat yg dinamakan D'Chalet di Sitiawan ni.
D'Chalet
D'Chalet

***Kredit utk empunya milik link di atas. Gambar2 di dalam entry ni adalah milik mereka.

Minggu lepas...
........along dan rakan2nya dari MRSM Taiping ke sini utk KEM SAINS. Memperbaiki subjek2 sains tulen sebagai persediaan SPM ujung tahun ni dgn menghadiri kuliah yg disediakan oleh guru mereka yg pakar..
Minggu lepas...along dok kat sini. Dorm. Along kata semua budak lelaki dok kat dorm. Budak pempuan dpt dok kat chalet kerana cikgu bagitau sebagai langkah keselamatan.
Dekat ngan pepohon bakau...
Along bgtau...kat sini cantek laa kawasannya...dekat ngan kuala sungai.
Makan yg disediakan sepanjang 3h2m berada kat situ pun baik.

Minggu ni Akiss pulak gi sini. 
Masa akiss bagitau semua pelajar form 1 MRSM Transkrian kena gi utk kem jati diri kat manjung...aku dh agak dorang akan gi kat tempat yg sama ngan along jgk, huhu. Rupa2nya betul laa pun!!!
Tapi akiss tak menginap di dorm yg panjang tu. Dorang dapat dok kat chalet. Tp satu bilik dia kongsi ngan 8 orang rakan perempuan yg lain. (akiss soh bgtau along...dia dok kat chalet kaler kelabu)...
Akiss kol bgtau best laa tempat ni. Bersih, kawasan cantik..Takde laa mcm **tutttt resort kat padang rengas yg dia pi darjah 6 tahun lepas tu, huhu...

Seronok ler anak2 aku. Bila belajar sini...selalu ada aktiviti luar mcm ni.

Nota ALONA:-
~Tapi esok ketiga-tiga bakal melalui ujian. Yg paling getir...along laa. Tambah2 demam pulak ler along dari semalam lagi.  Dh bagi ubat...dh bagi air ice cream soda....Semoga cepat laa sihat budak Along ni.
~Angah ngan akiss ni pertama kali dorang nk hadapi ujian selaras sejak belajar di tempat baru ni. Tp jenoh jgk ler tu, hehe. Akiss pulak masih penat balik dari kem jati diri. Kul 6 petang baru sampai hostel. 
~Semoga dorang leh jawab soalan2 ujian selaras tu ngan sebaik-baiknya. Amin.

4 comments:

nad said...

Gud luck pd triple A!

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

kalau duk hostel ..mmg byk xtvt luar gak kan..pgalaman gk tu..

wantie said...

semoga Along di beri kekuatan dan kesihatan yang baik tuk hadapi ujian ni. memang rimas tau nak jwab soklan time demam.

moga dorang berjaya

Anonymous said...

doakan saja untuk anak2 kita tu yer !