Wednesday, January 23, 2013

Ibubapa @ penjaga...prihatinlah..

Ni aku dapat surat dari pihak sekolah akiss beberapa hari yg lepas..
Sila baca....
Tu lah ye....diharapkan ibu bapa mahupun penjaga pelajar2 sekolah prihatin lah ngan anak2. Kalo aktiviti anak2 abes petang...janganlah lambat2 amek. Bahaya.
Cikgu pun takkan nk tunggu sampai ke senja....cikgu pun ada tanggungjawab lain kat umah selepas sesi waktu persekolahan dan sesi kokurikulum. Sebagai ibubapa/penjaga...jgn lah lepas tangan mcm tu aje. Cikgu dh tunggu 1 jam (dari 4.30-5.30ptg) tu pun dh cukup baik dh.

Pihak sekolah amek keputusan utk hantar pelajar2 yg tidak lagi diambil ibubapa selepas tempoh tertentu ke balai polis tu bkn lah bermaksud pelajar tu ada wat salah.............tidak....tetapi diletakkan di bawah penjagaan pihak polis di balai polis adalah lebih selamat. Dorang tunggu elok2 kat situ...siap dok dalam ekon lagi, kan. Jgn lah pulak mak pak salah anggap pada pihak pengurusan sekolah bila dorang amek cara itu sebagai langkah keselamatan. Sebagai ibubapa mahupun penjaga....adalah tanggungjawab kita pada keselamatan anak2 terutama selepas waktu persekolahan dan aktiviti yg dilaksanakannya.

Mmg lah setiap sekolah tu ada pak guard....Walaupun kita nampak pak guard tu baik tapi risau jgk...air yg tenang jgn disangka takde buaya. Bagi aku, langkah yg diambil oleh sekolah akiss ni amat baik sekiranya tetiba kenderaan kita nk amek anak terkandas kat tengah jalan, tayar terpancit lah....apa2 lagi lah......sekurang2nya kita tau anak2 jagaan kita selamat di balai polis yg dimaksudkan tu kerana sudah melepasi jam 5.30 petang. Lebih baik...minta nombor henpon PK Kokurikulum utk mudah dihubungi sekiranya tetiba kita ada hal kecemasan ketika itu.

Nota ALONA:-
~Mentang2 lah sekolah akiss ni dekat bebenor ngan IPD Taiping...hehe..
~Mgkn agenda ni ada dimasukkan dan dipersetujui dalam miting agung PIBG tahun lepas. Aku tak pi laa sbb masa tu akiss lom masuk sekolah tu lagi, hehe..
~Tadi dh selesai amek RM100 bantuan persekolahan utk Akiss di sekolahnya...Alhamdulillah..

7 comments:

Rozita Ceritaita said...

wah bagus tu hantar ke IPD... layanan VIP dah kiranya...

Gieyana said...

kalau sy cfm nureen dh kena hntaq p IPD..ekekeke

che mid said...

balai pun balai lah.. janji selamat..emm kalau sekoalh tu dekat sangat dengan penjara macam pulak ya..ish takkan nak antar anak ke sana kutttt..

ALoNa CintamaniszLite said...

che mid:- sekolah ni pun dekat jgk ngan penjara taiping, hehe..

nad said...

Bagus la...
Makpak kene take note menda ni
Jgn smbil lewa je bace surat sekolah ni

wantie said...

tu la. nak kata mcm mana pun tak tau la kan. kekadang parent habis kerja kul 5.30. nak sampai sekolah tuk fetch anak anak tentu dah lewat. tak pe la. lepak je lah balai tu.

parent ambik kat balai je lah.

Hmm.. kalau Amirul form 1 nanti tak ke asrama. kayuh beskal je la senang.

Anonymous said...

mmg macam2 kes skang ni kan