Wednesday, January 2, 2013

Jungle trekking ke Monkey Beach, Taman Negara P.Pinang (1)

29.12.2012
SABTU

Amboih...panjang tajuk entry aku kali ni, hehe..
Pagi Sabtu tu...(tapi takde laa pagi2 sangat, hehe)...kitorang menghala ke Penang iaitu menghala ke Teluk Bahang utk ke Monkey Beach atau nama Melayu nya, Teluk Duyung yg terletak di dalam Taman Negara Pulau Pinang..
Sebenarnya, dh lama nk gi sini tp tak berpeluang. Bila tgk takde program apa pun 29hb tu selain dari mengedit gambar....maka kitorang pun amek peluang tersebut utk ke sana. Tambahan pulak cuti sekolah pun dh nak abes. Lambat pulak ler ada peluang nk gi sana ngan along sekali.

Sebelum masuk hiway ikut tol Bukit Merah...sempat singgah makan kat simpang tiga tol tu, hehe..

Perjalanan ni terus jer ke Teluk Bahang.....parking RM3 kat kawasan persatuan nelayan kat situ. Dh parking, dh pakai kasut sukan...terus jer gi kat kaunter utk pendaftaran masuk ke Taman Negara. Setiap yg masuk mesti kena tulis nama. Bukan kena bayaran pun...utk tujuan keselamatan kita jugak ler. Sekurang2nya ada rekod nama kita masuk ke situ walaupun cuma utk berkelah kat pantai berdekatan, mahupun jungle trekking ke lokasi2 menarik yg terdapat kat Taman Negara atau pun terus menaiki bot ke lokasi2 tu.
Abg dh tulis nama2 kitorang sekali....tak dikenakan bayaran pun, ye!!!
Kat situ skang ni dh banyak disediakan perkhidmatan bot utk ke lokasi2 menarik tersebut. Yg selalu menjadi pilihan adalah bot utk ke Monkey Beach, ke Pantai Kerachut mahupun sewa bot utk memancing.

Terdapat satu kiosk perkhidmatan bot kat situ. Mereka ada menawarkan RM80 utk sebuah bot pegi Monkey Beach dan balik ke Teluk Bahang semula. Utk mereka2 yg bawak bekalan makanan byk, anak2 kecik, atau bawak peralatan memasak, berkhemah............leh ler sewa bot ni. Mmg berbaloi.

Tapi disebabkan kitorang nak tengok keindahan & kehijauan alam semulajadi....kitorang pun jungle trekking aje. Tu sebab pakai kasut sukan siap2 tu...(walaupun orang putih cuma pakai selipar jepun aje dok lalu lalang situ, kuikui)....Tapi kasut sukan ni adalah lebih betul dari pakai selipar ye...bahaya sebab kita akan melalui tanah2 licin, akar2 yg berlilit dan licin....turun naik mendaki bukit, mendaki dan menurun anak2 tangga....fuhh...mmg lebih selesa pakai kasut sukan.
Bergambar dalam semak belukar...
Akiss dan abg...dh teruja ni nak jungle trekking...
Dah lama tak jungle trekking kat Taman Negara ni setelah 2x kitorang buat aktiviti ni ke Pantai Kerachut (+ sekali naik bot terus sampai ke Pantai Kerachut).....
Bukan tak jungle trekking kat Taman Negara Pulau Pinang ni aje.....kat Bukit Larut pun dh lama tak buat aktiviti cenggini, hehe..
Nasib hari tu takde sape pun yang pancit, tu yg syok tu!!! hehe..Alhamdulillah.
Akiss dan along...
Pantai ni dekat jer ngan pintu masuk. Tak perlu berjalan jauh sgt. Ramai jgk yg suka dtg berkelah kat sini aje walaupun kawasan ni tak berapa sesuai utk mandi laut sbb dekat ngan jeti nelayan dan kelong ikan....Bau hanyiaq!!! hehe..
Pihak berwajib telah menyediakan pelantar2 menarik siap ngan meja kerusi bagai utk kemudahan berkelah dan beriadah ni sambil amek angin laut sepoi2 bahasa...
Bergambar ngan anak2 kesayangan....
Kat pantai area sini atau kat pantai Monkey Beach nanti..........kalo bawak jaring atau serkap leh cari siput fresh...(Pakcik jaga parking tu yg bgtau, hehe)
Tuan rumah enterprem jap ye, hehe..
Sampai kat simpang tiga ni.....kitorang dh 2x ke kiri...maka kali ni kitorang ke kanan pulak!!!
Mula2 nk jungle trekking menghala ke Monkey Beach...
Masa lalu berdekatan ngan pantai Sg. Tukun ni...ada tali yg kat pokok sesuai utk bergayut. Abg dh test dh....Akiss pun tingin nk buat..
Abg menghayunnnnn..
Bagi keluar otot2 lengan kengkonon, hahaha..
Akiss nk buat lagi....yeay!!!!
Akiss suka beno buat aksi ni, hmm...
Angah pulak.......
Sebenarnya along pun ada buat aksi ni tapi tak sempat nk snap gambar dia, hehe...Soh along buat lagi tak larat dh sebab dia beriya2 sangat berhayun sampai sakit lengan, kehkeh...
Mmg dasat jungle trekking ni.....
Sepanjang perjalanan tu mmg ramai yg kitorang jumpa dh nak balik ke Teluk Bahang termasuk lah pelancong asing, org pegang joran, orang baru balik jogging.....

Perjalanannya mmg mencabar dari laluan jungle trekking nk ke Pantai Kerachut tu. Turun naik mendaki bukit, mendaki anak2 tangga, melalui akar2 yg berbelit2 di tanah, yg berjuntai2 dari atas pokok, melalui celahan2 batang2 pokok......tapi perjalanan menghala ke light house kat sini lebih menarik. Pasai apa??? Pasaii.....laluannya adalah di tepi laut...sentiasa mendengar deruan air laut menghempas batu2 di tepian. 

Ok lah...sambung lagi nanti. Dh ngantuk dh ni. Esok aku dh mula menghantar dan mengambil angah dan akiss di sekolah. Along pulak dh balik hostel petang semalam (01/01/2013).

Nota ALONA:-
~Tahun 2013M....................telah meninggalkan tahun 2012 di mana pada 7/6 aku dan fadel telah kehilangan bonda tersayangggggg. Emak tetap di hati. Semoga emak tenang di sana...

5 comments:

wantie said...

Hahaha... teringat masa t jungle tracking. Kekonon nak panjat rumah api. Halfway dah semput. Patah balik jumpa ular plak. Kelam kabut lari...

Ular tu pun lari maduk semak terkejut kat kami... sib baik ular tu tak kejar...

nad said...

huhuhu!
saya org yg tak suka kan jungle trekking, hiking, camping...ksian...

sonok tgk akak 1 famili punya minat yg sama..

kak, rasmikan kasut baru ke tu..?
hhihihihi

Gieyana said...

bestnyer kak...i love the nature too..next time kenal repeat ag noh...kita g sesama...:-)

Kamsiah yusoff said...

waaa ada yg jadi tarzan hehe...seronoknya..
tp kalau ada anak kecil..tak berapa sesuai la kan...masuk hutan keluar hutan...

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

kak sy suka jungle trekking ni...tp tu la x berkesempatan nk g masa time ada bb ni ha...kena tggu dia bsr leh bw berjungle trekking..hikss..