Wednesday, January 9, 2013

Sampai termimpi-mimpi....

Wanita mana yg sudi menadah telinga mendengar luahan hati aku kini??
Wanita mana yg boleh natural dalam mendengar luahan hati aku dengan memberi pendapat yg seimbang??

sangat merindui suasana begini bersama mak...berkongsi cerita...meluahkan rasa... (gambar ulangtayang dari picasaweb)
Walaupun mak dh 7 bulan lebih meninggalkan kami tetapi kasih sayang mak masih terasa sampai kini.
Aku mmg redha...redha yg mak yg dikasihi sudah tiada lagi di bumi yg fana ini NAMUN....kerinduan tetap datang menyapa, membelai hati....Airmata mengalir tanpa dipinta.
***Semoga emak di 'sana' tenang dan berbahagia. Al-fatihah.....

Bila mak tiada........
kini, pada siapa aku rasa puas utk meluahkan apa yg tersimpan?........
Aku sampai termimpi2 berbual ngan mak tp tempat tu tak tau kat mana sebab aku kena berjalan jauh melalui bukit yg baru jer diteroka bagaikan nk dibuat sebuah jalanraya, sungai, pasir2 di tepian pantai.....dan mak duduk di atas sebuah sofa melayan aku bercerita. Masa tu aku lega sbb rupa2nya aku bermimpi jer yg mak aku dh meninggal dunia (hurm...mimpi dalam mimpi). Kat situ ada ayah dan ada jugak keluarga aku yg lain...mcm keadaan biasa..

Sebenarnya, mmg selalu aku mimpikan mak tp kali ni lebih terkesan sbb aku mimpi ketika aku tertido lepas babai abg gi keje pagi tadi, hurm...

Adik aku pun kerap mimpi berjumpa arwah mak...
Meh aku taipkan semula apa yg Fadel msj kan kat aku tu antaranya:-
"Nak tau x? mlm td padil mmpi jmpa mk lg. sm2 nk gi surau jnda baik naik kete..dan padil tnya keadaan mak..mak kata mak sihat. mak rasa tenang je kat sana..mak kata sana pmandangn indah sgt..muka mak biasa je..muka mcm mak tgh serius bcerita..."
Sekadar gambar hiasan....gambar bersama kak imah ketika ke Kulim bulan Disember 2012 hari tu. Masa ni bukan sesi luahan...sekadar perkongsian cerita2 sedih.
Nota ALONA:-
~Sesekali mmg terasa mcm nk tekan jer BONDA dalam senarai nama2 dlm henpon aku tu, mmm. Mmg aku tak delete lagi BONDA kat dlm list kontek no. dlm hp aku....

5 comments:

nad said...

Lama xnmpk akak kak....
Sabar byk2 ye kak....
Sebak plak saya...

el said...

sape2 akan merindui org yg kita syg..alfatihah tuk arwah

Anonymous said...

alfatihah..

Suziey Ahmad said...

tetiba rasa sebak..dpt rasa cmne akk rasa..merindui org yg dh tiada..hnya doa dpt dikirmkan..insyaAllah smga dia tenang di sana..

wantie said...

sabar ye kak. panjatkan al fatihah tuk arwah..

sebak pulak rasanya.
tambah tambah bila fadel pun mimpikan mak akak tu..