Tuesday, December 18, 2012

Akiss tidak berjaya....

Keputusan tawaran untuk permohonan form 1, SBP 2013 dh dikeluarkan pada 16.12.2012 hari tu. Aku baru jer check malam tadi. Saja aje. Dh tau akiss tak dapat sebab tak dipanggil temuduga pun...
SBP ni bukan harapkan akademik aje skang ni...cikgu dorang dh ckp dh....SBP ni pentingkan kokurikulum jugak terutama sukan hoki, bolajaring, bola baling (utk perempuan) yg mewakili paling tidak di peringkat zon.
Mcm akiss ni...mmg dari darjah 5 dulu tak dpt nk aktif. Masa darjah 5....awal tahun pemilihan utk mewakili sekolah di pertandingan peringkat zon...akiss tak dapat nk join sebab dia berjangkit demam chicken pox dari along. Akiss kena MC 12 hari.....jadi dia ketinggalan di situ. Cikgu dia kata takpe....cuba pada darjah 6 nanti.
Tapi bila darjah 6 pulak.....baru jer training netbol.......aduhaii...jari kelingking dia terki'ok sket pulakkkkk.....Dah ler tak leh nak main apa pun. Nak masuk pemilihan netbol tak boleh, pemilihan hoki pun tak boleh....nak wat mcm mana?? tangan berbungkus ngan keadaan membengkak akibat jari kelingking terlari sedikit. Leh lihat kat entry INI.

Maka musnah laa harapan utk mengumpulkan rekod2 cemerlang dalam sukan. Jadi, masa dh keluar result percubaan UPSR ari tu...cikgu akiss soh isi jgk permohonan online...aku pun isi kan aje laa. Tapi mmg tak mengharap pun. Tambah2 pulak....hari result UPSR sebenar diumumkan bulan lepas....ada kengkawan akiss dh dpt surat interview utk SBP. Dorang semuanya aktif mewakili zon utk sukan termasuk ten pin boling.
Leh buat E-rayuan mula 24/12 nanti....nk klik ke tak nanti ntah laa.
Akiss tgk result ni pun dia tak kisah, ish..ish..
Dia kata kalo tak dapat kelas RK kat SMK Taman Tasik....ibu kena buat rayuan. Owh, pulak??
Tapi dia kata...dia lebih harapkan dapat mcm along.
InsyaAllah nak...jika ada rezeki....tak ke mana. Kalo dh bukan rezeki kita....dh ada dalam genggaman pun leh terlepas semula.

**Hari ni baru hari ke-2 Akiss tunaikan puasa nazar dia..

Nota ALONA:-
~Tak mengapa (Nirwana) vs Nevermind (Nirvana)....Lebih kurang sama kan?? Sape yg dulu?? Mestilah Tak Mengapa dari Dato' A.Rahman Hassan & Nirwana dulu sebab dorang ni lagu 60an. Nevermind dari Nirvana ni tahun 1991....hehe.. 

6 comments:

el said...

rezeki Allah luas..insyallah ada untuk Akiss t :)

Nad @ MamaZN said...

Sbp skrg ada inteview ek? Yela, makin ramai budak2 pandai dh skrg..
InsyaAllah ada rezki akiss kt tmpt lain plak..
Ye la, nirwana...nirvana..hehe..pandai akak ek ;)

Rinna said...

Tak pe laa.. mungkin ada rzeki kat tempat lain plak.. :)

wantie said...

tak pe la. mungkin ada rezeki kat tempat lain kot. Tu la kan kita ni sebagai ibu bila anak sedih tu, tersedih jugakkan..

Nota Alona tu: ish.. pening la. belit belit. bapa banyak nirvana da...

Ena's Palace said...

lom rejeki dia lagi tu....

Kesuma Angsana said...

belajar mana2 pun sama je