Monday, December 3, 2012

Pengguna bijak!!!

Dh 2-3 hari Kedai Rakyat 1 Malaysia ni telah mula beroperasi di Kamunting. Baru semalam aku berpeluang menyinggah. Lokasinya berhampiran dgn kem askar dan hotel SSL Traders.

Aku dh penah lalu KR1M ni kat Parit Buntar, kat Bagan Serai....tp tak penah singgah pun. Bila dh ada kat Kamunting ni...nk gak tgk apa yg best ngan kedai ni, kan..hehe..

Ok...komen yg ikhlas ye. Harga dia byk jgk ler yg murah2 terutama barangan yg dijenamakan atas nama 1 Malaysia tu. Sesuai sgt laa utk mereka2 yg berniaga kedai makan atau pun mempunyai ahli keluarga yg ramai. Byk jugak leh kurangkan perbelanjaan.

Utk harga minyak masak....sama harga ngan SAJI, SERI MURNI, jenama TESCO, GIANT & ECONSAVE jugak...RM13.35. Begitu jgk laa ngan harga gula, tepung....sebab itulah harga yg paling maksima telah disubsidi oleh kerajaan.
Bkn jenama 1 Malaysia sahaja terjual kat situ....ada jgk laa jenama2 terkenal yg lain tp dijual ngan harga yg berpatutan.
Namun, mintak maaf laa...bkn tak bagi sokongan tp kat area Kamunting ni...byk jugak kedai runcit yg menjual harga patut. Contoh:- kuaci Cheers tu...kalo kat Pasar Mini MKJ & kedai runcit Saburgani (orang Kamunting tau laa kedai ni, hehe) cuma RM2 aje utk kuaci saiz yg sama, jenama yg sama. Tp kat sini harganya RM2.75......saing harga TESCO ni, huhu.
Kopi Tongkat ALI Power Root....kalo kat MKJ  dijual ngan harga RM14.30 saje. Kat KR1M....harganya RM14.39 (digenapkan jadi RM14.40). Walaupun mahai seposen dari MKJ tp masih dikira murah laa sebab kalo kat Econsave, Giant & TESCO harga kopi jenama ni RM16 lebih. Cuma kekadang jer murah harganya. Kalo idak....RM16 lebih tu lah harganya!!!
Mata bengkak sebab asek bersin kuat2 aje dh 3-4 hari camtu. Bkn sebab tak cukup tido dan bukan sebab baru lepas nanges, huhu..
Walaupun begitu...kedai ni bagus jugak laa sebab selain harga yg ditawarkan.....susunan barang2nya mmg kemas. Tak macam kedai runcit dan pasar mini biasa tu. Taraf pasaraya laa. Skang ni pilihan di tangan masing2.
Akiss tangkap gambar guna kamera hp dia....tgk ler tu...siap ada jari dia sekali, hehe..
Masuk sana semalam....aku ada jgk ler membeli barang2 dia, hehe. Membeli barang2 yg perlu aje.
Malam tadi dok lalu situ (lepas dating ngan Gieyana, hehe)...dorang ada dirikan khemah kat situ. Mgkn ada majlis perasmian ler kot hari esok atau lusa nanti.

Semoga KR1M terus memberi harga terbaik utk pengguna. Kalo boleh dgn kualiti yg terbaik jugak.

Nota ALONA:-
~Alhamdulillah....semakin sihat..

5 comments:

Gieyana Muhamad said...

ms lalu td ada nmpak n teringin gk nk singgah..kt penang nie x nmpak kg kedai cmni..cuma ada nmpak kedai yg ala2 stu mesia nie..tabik sprink la kt akak psl tahu rega most of the item..kalau sy main pkai beli jer nih..:-)

ps :best dating td..:-)

Nad @ MamaZN said...

Alhamdulillah, beransur sihat...

Elok le tau harga barang tu kan?
Bleh buat perbandingan
Kak, milo murah x?
Harap2 nya tersusun rapi smpi bila2 la...

Bestnye dating dgn kak G!

siti fatimah said...

bila la nak dibukanya kat penang ni. mungkin kat penang ni banyak sangat pasaraya kot. ngeee

el said...

rege dia murah skit je kan kak..tp rs lagi murah kt giant n tesco haha

DeLLas said...

sabun mandi dia murah hehehe..