Friday, December 7, 2012

Salam Jumaat 23 Muharram 1434H

Saja nk share mende ni....utk peringatan diri sendiri jugak.
Kalau sayang suami...nak suami masuk syurga.... jangan lah konker suami mcm kita sorang yg punya. Ingatlah...suami kita milik Allah, punya bapa dan punya ibu yg melahirkan dia.
Aku jugak seorang ibu. Ada anak lelaki dan ada anak perempuan. Aku tak mau suatu hari nanti anak2 aku pun melupakan tanggungjawab ini.
Kredit utk tuan empunya IMEJ...
-Suami yg lupa bahawa ibu adalah lebih utama dari isterinya...namun ibunya pula janganlah keterlaluan sehingga suami tersekat dari memberi nafkah zahir & batin serta tanggungjawab yg sepatutnya diberikan oleh seorang suami kepada isteri dan anak2 kepada anak lelakinya. Nanti anak lelaki dia akan berdosa kerana meninggalkan tanggungjawab yg telah diamanahkan itu.

-Ada isteri yg lupa bahawa suami adalah lebih utama dari ibu...namun sang suami pula janganlah menggunakan kuasa veto sangat. Bila dh kawen..ibu bapa isteri pun adalah ibubapa si suami jugak. Kena ada tanggungjawab jugaklah di situ.

Begitu jugalah ngan yg lain2 tu....pandai2lah toleransi, mengimbangi setiap tanggungjawab....kerana sebuah perkahwinan bukanlah penyatuan dua jiwa saja. Ia juga membesarkan lagi keluarga kita. Janganlah melebihkan keluarga kita saja....kerana keluarga suami @ keluarga isteri juga adalah sebahagian dari kita. Namun sebagai anak lelaki tanggungjawab dia lebih ke arah keluarganya sendiri. Isteri kenalah memberi sokongan moral utk suami melakukan tanggungjawab serta kebaikan kepada ibubapanya....

Selalulah cuba membahagiakan ibubapa, menggembirakan hati mereka. Bukan nilai wang ringgit yg mereka inginkan tetapi perhatian serta kasih sayang yg membuatkan jiwa mereka bahagia dan jantung akan berdegup dengan sihat dan semangat.
Berilah sentuhan listrik pada ibubapa selagi kita boleh memberikan sentuhan listrik, memeluk mereka, mencium pipi mereka, menyalami mereka, berbual mesra dgn mereka.. Selagi hayat kita ada...berbaktilah pada ibubapa walaupun pada mereka yg sudah tiada di dunia yg fana ni. Doakan mereka dan sedekahkan al-fatihah utk mereka....tak kira mereka masih hidup atau pun telah tiada.

Kekadang anak ni....ingat dia punya kecik hati aje....Yang mak dan ayah dorang punya kecik hati tu dorang tak amek kesah. Kita kecik hati kat ibubapa.....ibubapa kita tak dapat dosa. Tp mereka yg kecik hati ngan kita????....
 
Al-fatihah utk arwah mak. Dulu pun aku penah jugak sesekali kecik hati ngan mak....tapi selalunya tak lama. Aku telefon cerita bagi settle dan mintak maaf kat mak. Kitorang nangis2.
Tapi lepas2 aku dh rasa matang jadi seorang ibu.....baru aku tau PERASAAN SEBENAR seorang ibu..... sukar perasaan kecik hati ngan mak hadir dalam diri ni lg....sebab aku tau apa yg mak tegur semuanya kerana mak sayangkan anak dia...
 
Semoga ayah, mak dan abah diberi kesihatan yg baik selalu.
Semoga arwah mak tenang di 'sana'....Amin...

**Entry ni aku tetiba tingat nk buat bila kebetulan aku pi lawat page sebuah Rumah Kenangan di fesbuk. Tak tau laa bila nk pi hantar baju kurung mak ni. Asek tak berkesempatan aje. Minggu ni sebok ngan praktikal moto along....

Nota ALONA:-
~Kita ni bukan tak tau.....tetapi kekadang saja buat2 tak tau...

3 comments:

nad said...

Saya slalu pk mende ni tau kak. Tp kan...emm, susah la nk cite kt sini...

Apa2pun, tq kak sbb igtkan saya dn kawan2 lain...

Kamsiah yusoff said...

ya...jgn jadi isteri yg 'menghalang' suami dari berbuat baik pada ibu dan keluarganya

attyfir said...

suka entry ni,mcm aty dan along kami sama2 ank sulong,jdk byk hal psl family nk kena settle,aty ngn mak yg dah balu, jdk byk nk aty yg tlg..along ngn mak dan ayh dia..jdk ktaorg dah fhm..kalo family perlukn ktaorg,uruskan hal mak2 dan ayh along..hal kami nanti2, tu kdg pkl 2-3 pg baru kuar dating..time tu lah byk benda ktaorg cerita hal memasing. Kalo kt umah,tgk tv je..