Saturday, December 15, 2012

Sudah cukup sudah...

Mula2 aku dapat kalendar 'KUDA' 2013 ni masa renew roadtax sang kancil kat kiosk MYEG Bertam Padu ujung November ari tu.
Lepas tu dapat lagi satu masa bingkaikan gambar pengantin kat kedai bingkai Say Or...

Semalam abang bawak lagi 2 kalender kuda. Kawan sekerja abg bagi...bapak dia ada restoran nasi kandar kat Ipoh tu. Byk Fairul bawak kat ofis, abg kata. Jadi abg amek 2 jer.

Dah taruk kat ruang tv, kat ruang makan, kat dalam bilik aku, dan kat dapur.....

Tadi....abg bawak balik lagi 3 kalendar yang sama. Stok kalendar tu ada lagi kat ofis, hehe. Abg pun soh along taruk kat dalam bilik dorang. Cukup lah tu dh..
Ada belen lagi 2 ni...nk bagi kat ayah ler. Ayah takde lagi kalendar kuda. Maklum ler, dulu mak yg selalu membeli dan dapatkan kalendar. Skang ni...takde laa.

Semua dh sangkut kat dinding...belakang helaian terakhir utk tahun 2012 ni....(dh tengah bulan doblas dh?? ish..ish)
Dah dapat kalendar kuda ni..ok dh la...sebab mmg kalendar jenis ni aje yg dok rujuk, tengok, belek2 bila nk cuti umum, bila nk cuti sekolah, bila nk puasa, bila nk raya.............kan?? hehe..

Nota ALONA:-
~Ayah dh sampai bawak banyakkkkkkkk buah pulasan dan buah rambutan, huhu...

2 comments:

wantie said...

ha.. betul tu kak. kat office ni pun banyak patern kalendernya. tapi T still nak guna kalender kuda gak.

yang table kalender tu, t pelekat kalender kuda jugak. senang dan puas nak tengok.

el said...

kalender kuda yg terbaikkk lol