Monday, December 3, 2012

Rumah jiran telah dipecah!!!

Huhu, gitu lah. Bukan umah dipecah masuk pencuri...tapi dipecah utk lebih perbesarkan lagi.

Rumah jiran aku ni....dulunya telah disewa. Akhirnya bakal diduduki sendiri oleh tuannya setelah penyewa terakhir keluar berpindah ke Perlis.
Aku ingatkan...tuan umah ni cuma nk cat baru dan repair kabinet dapur umah dia aje...rupa2nya tidak. Dia tambah lagi besar umah dia walaupun anak dia cuma 2 orang pempuan aje pun. Mgkn disebabkan anak dia tak ramai tu ler...duit simpanan dia byk & boleh digunakan utk membesarkan rumah yg dh sedia besar tu...Tambah pulak dorang suami isteri 2-2 bekerja.
Pembinaan tambahan rumah ni sedikit sebanyak telah mempengaruhi suasana kat umah aku jugak. Ia telah menyebabkan keadaan umah jadi gelap kerana tak cukup cahaya matahari masuk.
Tak tau laa apa yg tak puas hati ngan umah dia atau dia geram jer tgk ruang lot tanah lebih2 kat tepi tu masih luas kot, huhu. Tapi dh itu tanah lot milik dia....dan nk tambah umah tu pun guna duit dia.....suka hati dia laa nk buat apa, kan..heheh. Tambah pulak, pemikiran manusia ni mmg tak penah sama. Pemikiran dia, perancangan hidup dia tak sama ngan apa yg aku pikir & apa yg aku rancang, kan?? hehe...
Hari ni kontraktor dh memecahkan dinding lama umah tu.
Aku bukan lah tak puas hati pun ngan jiran ni....tak baik ye!!!. Lagipun tu dh mmg umah dia, tanah dia kan!! Sukahati dia laa nk buat apa pun ngan duit dia.
Akan datang jadi jiran kitorang jugak. Tak elok kalo tidak berbaik sesama jiran....tapi tu laa...aku sendiri pun tak paham kenapa dorang perlu besarkan lagi umah dorang. Anak dorang tak ramai. Ada yg dh belajar kolej. Nanti bila 2-2nya dh kawen ikut suami masing2....umah besar ni akan sunyi. Panjang umur dh tua2 nanti tak larat nk berkemas, hehe.
Kalau aku.....tanah yg berbaki tu biarlah dikosongkan..senang nanti nk buat kenduri ke apa. Nk tanam pokok rambutan dan pelam pun boleh kat tepi tu sebab masih luas. Takde laa mcm tanah umah kitorang ni...mmg dh sekangkang kera pun sebab dalam 1 lot tanah ada sebuah rumah berkembar.

Tapi manusia mmg tak penah puas. Jiran baru aku yg dok kat depan umah ni lagi lah...aku tgk umah dia dh besar cantek dh. **Leh klik sini nk tgk umah jiran yg aku maksudkan tu..
Kawan2 aku kalo nyinggah sini pun kata umah ni besar. Adek aku pun ckp mcm tu......tapi rupa2nya tuan umah ni dh deal ngan kontraktor melayu....nak pecah umah ni kat dua bahagian. Salah satunya dapur. Katanya dia tak puashati pulak dh. Dapur sempit.....ait?? kan senang kalo masa tengah pembinaan dulu dia dh sound kat kontraktor lama tu. Naper dh dok baru tak puas hati?? Jiran ni pun anaknya 2 orang jugak. Sorang lelaki sorang pempuan. Masih bersekolah rendah lagi ke2-2nya.....apa yg sempit??
Naper masa tgk plan umah tak olah elok2?? Bukan apa, bila dh dok umah tu tetiba ada buat pengubahsuaian yg melibatkan simen, tukangan dan sebagainya...ia akan merumitkan hari-hari kita sehingga keje2 tu siap. Aku dh merasa sekali....cukuplah. Tu pun mmg terpaksa jugak buat disebabkan rumah ni asalnya cuma ada 2 bilik tido. Disebabkan anak2 lelaki aku dh besar...maka perlulah ada bilik asing ngan bilik adik perempuan dia. Maka, cara yg kitorang cuma ada ialah perlu jadikan dapur asal sebagai bilik ke-3. Dapur baru pulak perlu dibina di tanah sekangkang kera kat belakang umah tu apabila dapur lama dh dijadikan bilik, huhu...paham?? ngee.

Nota ALONA:-
~Syukurlah dh ada rumah sendiri. Utang aje tak abes bayar lagi, hehe...

4 comments:

ibuayu said...

besar periuk besarlah keraknya hehe

kawasan ina tanah satu lot ke..luas kawasannya post sikit rumah ina nak akak tgk...akak ni duk rumah teres 3 bilik je..ini pun dah rasa besar sebab penakut hehe

si cantik matahari said...

baca tajuk je dah buat ema terkejut heeh.. sonok la kalo org ada duit lebih ni bolehlah besar2 kn lagi rumah yg sedia besar kan..?

Unknown said...

sama la kita kak. dah ada umah sendiri , utang je belum habis bayar. kahhhhhhhhhh....

dorang ada duit le tu. kalau T ni mana nak korek nak besarkan rumah . huhuhuhu...

Delimasari said...

ongkos nya udah terlebih dlm bank tu