Wednesday, December 26, 2012

Aktiviti cuti 25/12 pagi - tengahari...

25.12.2012
SELASA

Semalam...semua kena kerah keluar umah utk operasi terangkan tanah sekangkang kera kat tepi umah kitorang ni. Takde yg terkecuali...hehe. Dh lama tak berusik..pokok serai, pandan bkn main mengembang rumpunnya, pokok bunga kantan galak naik pokoknya aje laa...bunganya tak penahnya nk keluar walaupun sekuntum. Katanya, lambat jgk proses dia nk berbunga. Pokok daun kari sampai dh tumbuh anak2 pokok kat sekitarnya...padahal pokok asal dok kat dalam pasu, huhu..
Pokok ulam serai kayu pun sama...subur bkn main. Pokok bunga raya, pokok limau purut jgk..sampai termasuk2 kat dlm pagar umah jiran. Semua tu kena cantas bagi rapi sket. Jiran aku ni mcm anti sket ngan pokok2 ni...apatah lagi yg dok masuk kat kawasan umah dia. Sebelum dia tegur..baik ler kita paham dulu, ye dak?? hehe..
Umah dia (sebelum ni sewa...skang dia nk duduk pulak)....skang ni bila dh renovate....abes disimennya sekeliling tu sampai penghabes tanah sempadan pagar kitorang, huhu. Punya laa tak suka pokok. Tak tau agaknya, pokok ni ler memberi kita oksigen dan menyedut karbon dioksida???
Adoii lah, nk kutuk lebih2...jiran sendiri, kan..huhu. Dh tanah lot dia...suka hati dia lah.

Pasu2 bunga aku ni...pokoknya idop segan mati tak mau.
Angah tarikh dahan pokok ni....liat!!!
Along tolong sekali. Kerjasama amat penting, huhu...
Nampak sape kat dalam gambar ni?? Ye, si Vivi yg sebok jugak...
Sebok nk tolong tuan dia cabut pokok ni, hehe...comelnya!!! Tgk tuan dia mencabut pokok...dia pun tingin nk buat, hehe..
Pokok2 aku ni mmg dh tak terjaga. Dulu angah yg rajin...skang ni sejak dia ada Samsung Ace Plus...dh kurang masa dia ngadap pokok...
Akiss tolong sapu daun pokok senangin yg gugur....
Suasana....
Tgk...melonggok dh. Boleh bayangkan tak punya laa sesak ngan pokok kat tanah sekangkang kera umah kitorang tu...huhu..
Abg ni pantang ler nk amek gambar...mesti nk flexing cenggini, huh!!!
Sambil wat keje...leh exercise cenggini....Vivi pun sebok kat atas dahan tu, ish..ish..
Angah pun exercise..nk bagi keluar six pack katanya, huhu. Vivi masih menyebok kat situ, mm..
Ok...vivi pun nk exercise tangan, cengkaman dan menajamkan kukunya....
Operasi hampir tamat......terang sket umah. Takde lah risau kot2 ada si 'panjang' dok menyorok kat situ....
Vivi sempat posing lagi............perut diaaaa......
Semalam mmg aktiviti yg padat....sampai petang. Malam ada miting meja bulat pulak, hoho...

**Gambar ehsan kamera hp angah dan kamera hp abg, hehe...

Nota ALONA:-
~Jalan yg perlu dilalui, walaupun berliku...harus ditempuh jua. Doakan lah agar dipermudahkan.    

7 comments:

Nad @ MamaZN said...

Apa yang penting....kerjasama! =)
Moga dipemudahkab segala urusan akak n famili...

el said...

semak sgt umah akk...hahahaha bzlah katakan haha

ieda said...

cuti2 nielah masanya nak kemas kan semua di laman rumah kak kan ..
tapi saya cuti2 nielahhh malas ya allahhh ekeke ;)

Rinna said...

Bagus2 sambil2 tuh boleh exercise.. kawasan rumah pun dah bersih.. dan cantik.. sedap mata memandangkan.. :)

ayu Ismail said...

Rumah akak takde tanah ..tak dpt bercucuk tanam....
Moga apa permasalahnnya akan dipermudahkan

❤Kamsiah❤ said...

comeiiii sungguh aksi vivi tu...mcm paham2 ja dia kan..

Zura@Iwan said...

bestnya gotong royong gini kan...

haihh umah sy kt sp tu kak..mmg semak la tgk..huhu..