Monday, December 17, 2012

Menyusuri sungai Melaka...

Dulu....masa kecik2 kalo aku ikut mak dan busu timah ke bandar hilir...sungai ni mmg nampaknya kotor sgt. Ada sampah sarap tersangkut di mana2. Pernah aku ikut mak dan busu timah menempah batu nisan utk sape aku tak ingat.....kat kedai yg berhampiran sungai ni lah. Aku pun tak tau dh lokasi kedai tu kat mana dan wujud ke idak lagi kedai tu. Tapi mmg kat tepi sungai Melaka ni...naik bas aje dari Kg. Paya Rumput, Sungai Udang tu ke Bandar Hilir ni...

Kini, ketika sungai ni sudah boleh disusuri dgn menaiki cruise, sungai melaka sudah dibersihkan dgn modal yg sangat besar.....akhirnya aku berpeluang mengambil kesempatan utk menyusurinya walaupun tidaklah sejauh mana.
*Owh ye....naik cruise ni mmg nampak kitorang tak pakai jaket keselamatan tapi dorang ada sediakan jaket tersebut kat atas kepala kita tu sebagai langkah keselamatan..hehe. Serupa naik feri kat Pulau Pinang tu jugak laa.

Terpulanglah pada keinginan masing2 utk menyusurinya di waktu siang atau pun malam. Masing2 mempunyai pendapat tersendiri.

Jom tgk gambar2 sepanjang laluan cruise ni.  
**Maaf, gambar ni tak mengikut susunan...hehe..

Pahlawan Sabah / Sarawak turut diabadikan di lukisan mural ni...
Kitorang ada lalu sini kat darat masa balik dari Kg. Morten...
Masa kitorang lalu tu masih belom beroperasi...waktu mula beroperasi mungkin di waktu petang...
Mat Salih atau Mat Arab pun aku tak pasti....budak2 pempuan (mgkn budak U) yg sama naik cruise tu cakap yg kayuh beskal kat depan tu macam Maher Zain, hehe..
Melaka River Cruise...
Mmg seronok laa naik cruise mcm ni....
Mini monorel....
Selisih ngan cruise lain...kitorang dh trip nk balik...
Ada cerita di mural ni....
Lalu bawah jambatan.......
Tak nampak dh kotoran sampah sarap kat sungai ni...
Hang Tuah ni...mmg ada iras mcm yg aku penah tengok walaupun aku tak penah tgk lukisan ni....
Cruise lain pulak...byk cruise dh mula beroperasi masa ujan dh tak selebat tadi...
Jambatan Kg. Jawa....Kg. Jawa ni adalah perkampungan asal penduduk kat Kg. Morten tu. Kalo nk tau sejarah penuh..leh gi Kg. Morten...menziarahi sebuah rumah yg dibuka utk orang ramai.
Keturunan anjing milik Puteri Hang Li Po ni, kot....hehe..
Gambar anjing jer sempat snap...tu pun gegar, hehe..Gambar kucing tak sempat...kucing bunting!!
Deretan pokok Melaka yg masih kecik. Tukang bawak bot tu lah yg bagitau. Pokok Melaka ni daunnya seakan2 daun pokok asam jawa.
Kincir air.....tapi motornya rosak...maka dh lama jgk ler tak beroperasi.
Menyusuri sungai Melaka ni mgkn akan memberi gambaran sebahagian dari sejarahnya (hanya utk mereka yg suka pd kenangan dan sejarah). Kalo idak, dorang cuma dapat PEMANDANGAN nya sahaja!!!!

Itu ajelah yg sempat nk amek gambo pun sebab dalam masa yg sama turut menghayati setiap pemandangan yg ada di sepanjang laluan.
Itulah sungai Melaka....antara kenangan yg aku boleh ingat ketika bersama mak. Sewaktu aku masih berusia 6 tahun....mempunyai seorang adik umur setahun....mak boleh bawak kitorang balik ke Melaka dgn bas dari Bentong ke Jalan Pekeliling. Naik bas pulak ke Puduraya. Jumpa Busu Timah (adik kesayangan mak) kat situ. Dari Puduraya naik bas ekspress ke Melaka dgn ditemani Busu. Ayah tak dapat balik sebab keje. Dulu tahun 1981 mana mampu nk beli kete lagi.

Selain sungai Melaka....pantai Klebang pun antara tempat kenangan bersama mak sewaktu masih kecik. Mak bawak kitorang ke pantai tu naik bas....mak biarkan kitorang mengutip kulit2 kerang beraneka bentuk dan taruk dlm plastik dengan riang ria nya...
Kitorang bawak balik sampai ke Bentong kulit2 kerang tu. Bila aku citer kat adik aku...dia tak ingat. Mgkn sebab masa tu dia kecik lagi..mgkn umur 3-4 tahun gitu...
Tapi skang ni Pantai Klebang dh tak berpantaiiii...semuanya telah ditambak. Tapi kerajaan dh perindahkan Pantai Puteri kat area Pantai Kundur tu. Leh laa...nak amek angin laut sambil bersantai.


Nota ALONA:-
~Mak..............

7 comments:

nad said...

Thn 1981 saya pun x lahir lagi..hihi..
Saya suka sejarah tu yg berkobar2 nak p melaka huhu

Kamsiah yusoff said...

akak tak sampai kesana lagi...
tp teringin sgt nak kesana...nak cari kebaya nyonya,terompah kayu hehe...

::NureeN:: said...

g melaka x pernah smpi cini... tp mmg dh berthn x pegi melaka pon hehhee

Anonymous said...

wah best & menariklah

wantie said...

ni nak tanya sket... mcm mana la leh tau anjing tu keturunan puteri hang li po.

masa dia mai melaka dia ada wak anjing seklai ka. kahhhhh... lawak je noh.

cantik depa dok lukis kat dinding tu.

kurus said...

puas hati tgk pic2 akak nie
x dpt ke melaka dlm masa terdekat nie pun x per ... dah jamu mata dah ! ;)

Ena's Stories said...

wahhh..akk da sampai kat negeri sy yer..
selamat datang ke melaka...