Thursday, December 13, 2012

Dh ujian percubaan....

13.12.2012
Khamis..

Pagi tadi...kitorang sampai kul 7.15 kat SEPAKAT. Hari ni latihan motor mula lambat sejam. Selalunya kul 7pg dh leh mula tp hari ni tak tau mgkn dorang ada hal ke...ada meeting ke...latihan mula kul 8pg. Mmg ramaiiii sangat yg datang nk buat praktikal jam cenggini. Aku risau jer along tak dapat sesi pertama ni. Kalo dapat sesi kedua alamatnya aku balik umah dulu lah. Tak larat nk tunggu lama2 padahal kat umah keje melambak dh menunggu!!

Dalam jam 7.45 cenggitu...aku soh along tunggu depan kaunter pendaftaran. Elok ler pun...5 minit kemudian, salah sorang tenaga pengajar pun sampai dan bukak kan kaunter pendaftaran tu. Maka, berpusu2 lah dorang yg dok bawah bumbung tu ke kaunter tersebut. Mujur ler along mmg dh kat depan kaunter. Jadinya, along antara terawal yg daftar utk sesi latihan pagi tadi, fuh....lega along dpt sesi pertama!!!

Dh dpt motor & dh siap pi tulis nombor motor yg diambil utk latihan....along pun mulakan latihan. 
Mmg ramai sgt sesi pertama ni. Tapi sesi ke-2 rupa2nya lagi ramai....
Dh hampir jam 9pg...sesi pertama pun tamat. Dh simpan motor utk kegunaan peserta sesi ke-2...tetiba along datang kat aku bagitau kerani kat kaunter pendaftaran tu kata....jam 9.40pg nanti along kena ada kat situ sbb jam 10pg along kena hadap ujian percubaan.
Alamak, anak2 aku ni bukannya sarapan pagi pun lagi. Maka, aku pun bawak dorang gi sarapan pagi kat cafe SEPAKAT tu. Dorang bertiga jer makan. Aku dok kat dalam kereta pasal aku puasa. Baru hari ni berkesempatan nk mula tunaikan puasa nazar.
**kat sini...makcik (dorang panggil makcik ler, kan..hehe) siap panggil dorang semata2 nk tanya along ngan angah ni kembar ke??? huhu....

Kemudian, aku hantar along ke trek latihan....dan aku amek keputusan utk balik umah. Kain baju semua tak basuh lagi tu......
Mujur ler aku balik umah, siap jugak ler membasuh baju (guna mesin semi auto jer) dan menyidainya (akiss pun tolong sama). Kul 11 lebih aku dh sampai kat SEPAKAT. Angah tak ikut sebab dia nk tolong sapu umah, ngee.
Masa aku sampai tu.....peserta2 yg nk menjalani ujian percubaan (dengan penguji SEPAKAT sendiri) tu sedang mendengar taklimat dari tenaga pengajar. Along peserta ke-5 yg akan diuji. Mcm gabra jugak ler along...maklumlah...dh namanya ujian...tak kisah lah percubaan ke betul2 ke, kan...mesti serba-sedikit akan rasa gementar, huhu..

Alhamdulillah, pusingan 8, titi, laluan berhalangan takde masalah....
Along dh kat bahagian 3...memberhentikan dan mematikan enjin motor sambil menunggu isyarat dari penguji utk jalan. Bermaksud...bukan terus start enjin jalan.....tetapi kena check tali helmet, check lampu, lampu signal, cermin dan pelbagai isyarat tangan, hehe..
Walaupun isyarat tangan, lambai2 semua tu kita tak guna pun bila membonceng motor kat jalanraya....tapi mgkn diajar dan diadakan cara2 sedemikian ketika mengambil lesen motor adalah disebabkan ia manual. Kita tak boleh harapkan lampu signal saja yg berfungsi utk masuk dan keluar simpang atau utk berhenti ke tepi. Kalo lampu signal rosak...sekurang2nya kita ada cara manual sebagai ciri2 dan langkah keselamatan.

Sebenarnya...masa latihan ni....kelakar jugak tgk mat2 rock yg datang buat latihan, pakai kasut kulit bagai...tapi bila di atas trek ni diorang kena buat lambai2, angkat tangan semua tu, hehe. Takpe, buat mcm tu pun dorang tetap ROCK!! hehe..
Yg pasti, ada jugak awek2 yg malu2 nk buat semua tu sebab orang tgk, ngee. Paling ketara bila dorang nk buat emergency brek...malu2 jer. Buat laa betoi2 kan. Utk diri sendiri nk lulus nanti. Kalo brek kecemasan tayar belakang masih bergerak tak terseret...ia adalah gagal!!!
**Masa dorang wat latihan aku mmg dok tgk dari dlm kancil aje...tak dok depan2 trek pun, tau!!
***Cuma masa along buat ujian percubaan tu...aku dok depan sebab nk bagi nampak jelas. 
Kat sini...setelah along dh lambai 3 x, pandang kanan dan depangkan tangan kiri menandakan ingin membelok ke kiri...maka along leh meneruskan perjalanan terus ke penamat trek & buat pulak ler apa yg dh diajarkan tu.
Ok.....along lega, aku pun lega bila along dh lulus ujian percubaan ni. Maka, leh ler fotostat ic dan lesen L utk booking test JPJ nanti. Tapi sehari sebelum ujian yg sebenarnya nanti....along kena datang utk buat latihan sejam lagi utk bagi ingat skill, hehe...

Abes citer...

Nota ALONA:-
~Betul ke result PMR 2012 akan diumumkan 19hb Disember minggu depan, ni???...kalo ianya sahih....awal pulak ye tahun ni?

1 comment:

wantie said...

hehehe.. terimbas zaman t cintan cintan dulu kak oi... nostalgia nostalgia.

part lambai lambai tu kan, cer suh along tanya. nape tak nampak pun penunggang motosikal dok lambai lambai..

kikik.. kang silap lambai, terlambai bini org or GF orang, mau lebam biji mata le.