Saturday, March 23, 2013

Urusan bersama along

22hb Mac 2013
JUMAAT

Jam 7.45 pagi aku dh keluar umah. Sampai sana dh ramaiiii ibubapa yg hadir. Tak cukup parkir kat dalam....kat luar pun berderet2 dh kat tepi jalan. Tp aku tetap gi menghala ke pintu pagar...nak cari parking dekat2 luar tu aje, hehe. Mujur ada...sbb bawak kancil kan..hehe..

Dari simpang...sampai laa berhampiran pintu dewan...mesti ada pelajar2 yg menunggu (pelajar f4 kot...sbb yg form 5 semua terlibat ngan hari rundingcara ni).....mengucapkan selamat datang dan mengalu2kan kedatangan ibu bapa dan waris...
Daftar kat luar dewan......utk dapatkan fail pelajar dan buku agenda majlis hari itu..
Ni dia majlisnya........
Dalam dewan....majlis belum dimulakan lagi. Tunggu pengetua utk memberi ucapan & amanat..
Mcm2 ler yg pengetua bagitau...termasuk laa analisa keputusan SPM 2012 dorang yg baru diumumkan sehari sebelum majlis ni. Alhamdulillah laa...keputusan memberangsangkan tetapi pengetua ckp ada lompang2 yg masih perlu ditutup utk mencapai keputusan yg lebih baik....sbb beliau sgt percaya ngan kemampuan pelajar2nya...Dan diharapkan...lompang2 tu mampu ditutup oleh pelajar2 yg bakal menduduki SPM ujung tahun ni, InsyaAllah.

Dh selesai mendengar ucapan & amanat yg disampaikan....kitorang pun beransur ke tempat2 yg dimaksudkan utk sesi rundingcara akademik bersama guru2 yg mengajar setiap subjek SPM pelajar. Mcm along...along cuma amek 9 subjek....jadi kena jumpa 9 cikgu yg mengajar dia utk mengetahui kelemahan yg perlu diperbaiki utk mencapai keputusan yg disasarkan..

Mula2 aku terus ajak along gi psp terlebih dulu...sbb kat situ ada 4 guru subjek along yg menunggu utk ditemui oleh ibubapa/waris. Ramai jgk yg menuju ke sini dulu...maka kena tunggu giliran laa sapa yg sampai dulu, hehe. Tambah2 pulak...sorang guru bkn ngajar satu kelas aje. Ada yg 2-3 kelas. Jadi kena laa sabar menunggu bersama ibubapa dan pelajar lain..
Dalam psp...
Dalam psp ni...mula2 kitorang gi jumpa guru bio. Muda lagi gurunya. Guru yg sgt kemas kejenya. Setiap rekod pelajar dilekat kemas di dalam buku log.
Ni guru chemistry along...(bertudung hitam)...along kata...cikgu ni adalah guru cemerlang...
Ni cikgu fizik along...kitorang tengah tunggu giliran ler ni, hehe...
Disebabkan guru sejarah tak masuk sini lagi...kitorang gi jumpa guru maths modern yg juga mengajar add maths along. Kena daki tangga gi kelas yg dimaksudkan...
Ni gurunya. Lembut jer bila bercakap. Ramai jgk yg nk berjumpa dgn beliau....Mujur kitorang sampai lebih awal. Takde ler lama nk kena tunggu giliran, hehe..
Dah abes di situ...terus turun dan gi jumpa ustaz utk pendidikan agama islam yg sedang menunggu di kelas yg disediakan.
Ustaznya sgt peramah....

Dh abes...gi pulak jumpa guru BI....punnnnn guru cemerlang gak ni..
Guru BI along ni jgk rupa2nya yg interview akiss masa UKKM utk permohonan ke MRSM awal Disember dulu, hehe..
Cikgu ni mmg bagus. Dan sebenarnya semua cikgu2 yg aku temui tu bagus2 belaka..
Alhamdulillah...sempat pada semua cikgu aku ucapkan terima kasih sbb ngajar anak sulung aku ni..

Dh jumpa guru BI...gi pulak masuk kelas along. Kat situ...cikgu BM sedang menunggu pelajar2 utk dirundingcara tentang subjek berkaitan yg diajarnya.
Dan....kemudian aku soh along jengok dlm psp..kot2 ada cikgu sejarah kat dlm tu. Sbb, lagi satu subjek jer ni nk kena tandatangan menandakan pelajar dan waris dh berjumpa mereka utk membincangkan kelemahan yg perlu diatasi utk mendapatkan markah yg disasarkan..
Rupa2nya ramai yg tunggu giliran nk jumpa cikgu ni. Mujur laa...pelajar2 yg waris tidak dapat hadir leh jumpa ramai2 mcm ni sbb dorang adalah dari satu kelas yg sama. Kalo idak, jenoh jgk ler kitorang yg menunggu ni, kan...hehe..
Cikgu ni pun sedang sarat mengandung. Tp nampaknya sangat bersemangat utk menerangkan pandangannya apa yg dirasakan perlu pada pelajar2 yg berjumpa ngan beliau.

Pada pandangan aku..................mmg perlu ada sesi mcm ni utk pelajar2 yg bakal menghadapi SPM. Jumpa personal ngan pelajar utk dibedah siasat apa kelemahan mereka pada subjek2 terbabit. Lebih baik bila ada ibubapa atau para waris yg mendengar sendiri apa yg diperkatakan oleh guru berkaitan pada pelajar tersebut agar tidak ada yg mencerca guru2 bila keputusan anak mereka tidak seperti yg diharapkan.

Bagi aku, apa yg diberitahu oleh guru tentang personaliti along....tentang pelajaran along.....sesi soal jawab antara along dan guru yg berlangsung di depan mata aku....tindak balas yg diberi oleh guru.....mmg sangat berpuashati. Sebagai ibu.....aku menyokong apa yg terbaik utk anak2. Aku nk tolong ajar2 subjek2 berkaitan tu.....huhu....mmg tak pandai langsung lah. Maka, apa yg sorang ibu seperti aku boleh berikan??? Aku cuma mampu memberi sokongan moral, nasihat, pendapat dan doa saja. Semoga mereka memperoleh apa yg terbaik utk masa depan mereka dunia & akhirat. Amin...

Dah selesai (11.45pagi cenggitu)....aku ngan along pun keluar dan menyerahkan fail di student centre. Maka, along pun leh ler gi balik hostel utk amek barang2 dan balik ke rumah bercuti!!!!!!

Nota ALONA:-
~Byk keje2 sekolah yg perlu along buat dlm cuti sekolah ni....termasuk persediaan utk presentation. Mujur rakan team dia adalah pelajar yg duduk dekat2ngan umah kitorang jgk, hehe. Team yg sama dorang menang utk tesis tahun lepas.

3 comments:

wantie said...

baguskan kak. kalau la semua sekolah wat cam ni. mesti ramai yang boleh berjaya.

nad said...

Bagus mrsm buat camni
Masa saya dulu xde pun
Xtau la skrg

ibuayu said...

muda2 cikgu along ya..anak buah akak br ambil result kat sini. .alhamdulilah 9A..sek ni kan antara sek tebaik....