Monday, March 11, 2013

Antara cenderahati bermakna...

Setiap kali gi kenduri kawen...InsyaAllah, tuan rumah tak lupa berikan kita barangan cenderahati sebagai tanda terima kasih kerana sudi memenuhi undangan dan jemputan serta memeriahkan suasana.

Selain dpt aneka kuih muih, jajan dalam paper bag tu....mesti ada satu barangan biasa seperti cawan comel, sudu & garfu comel, kipas kertas, dompet comel, key-chain, pen, bekas kristal.......dan macam2 lagi lah.
Tapi kali ni...pertama kali kitorang dapat tasbih yg mengandungi 33 bijik buah tasbih. Mula2 bukak aku ingatkan gelang tangan, hehe. Tgk2 kat plastik tu ada tercatat tasbih 2 in 1.
Selain menggunakan garis2 jari utk zikir harian dan berwirid selepas solat....tasbih 33 ni pun sangat sempoi utk digunakan. Ye lah...ada orang kata dia tak nak dtg perasaan riak bila memegang tasbih yg panjang. Sesuai laa guna yg kecik mcm ni aje.....Orang tak perasan sangat...
Sesuai utk cenderahati di majlis perkahwinan...
Boleh laa nk tgk antara design2 dan harga borong sekiranya berminat nk tempah utk cenderahati kat LABONDA ni.. Ini homemade.....bkn dari kilang katanya.

Ada jgk yg kata guna tasbih ni haram sbb agama lain pun ada guna tasbih....tapi jangan buat anggapan melulu. Jom kita tgk antara jawapannya di sini..........KLIK!!

Nota ALONA:-
~Apa yg kita lakukan....kita sebutkan....semuanya bergantung dgn niat itu...............

Nota ALONA lagi:-
~Tapi sebenarnya zikir ni takyah dikira pun. Sentiasa jer berzikir kerana........

Zikir meliputi perasaan, perbuatan dan perasaan. 
Zikir adalah mengingati Allah s.w.t sebaik dan seikhlas mungkin. Mengingati nama2 dan sifat2Nya adalah zikir. Melihat matahari, bulan dan bintang di langit sambil mengenangkan kebijaksanaan dan kebesaran Allah s.w.t merupakan zikir. Melihat kilat memancar dan mendengar guruh berdentum sambil mengenangkan keperkasaan Allah s.w.t adalah zikir. Melihat fajar subuh, melihat dan mencium bunga yg indah lagi harum sambil mengenang keelokan Allah s.w.t adalah zikir juga namanya. Jadi, zikir adalah pekerjaan sepanjang masa, setiap ketika, semua suasana, pada setiap sedutan dan hembusan nafas dan pada setiap denyutan nadi.
***Copy & paste dari SINI....kredit utk blog tersebut. Nak baca lanjut leh pi blog ini.

6 comments:

nad said...

Hadiah yg menarik utk diberi

Kamsiah yusoff said...

comel..bagaikan mutiara

wantie said...

tasbih asyik jatuh bawah katil. pas zikir terlena...hehehe... hadiah yg sangat berguna

el said...

canteknyeee kaler fink uuu hehe

attyfir said...

aty skrg suka guna tasbih digital :)

Anonymous said...

menarik ni !