Wednesday, March 6, 2013

Mereka dh maju...

Masa jadi OP di sebuah majlis perkahwinan di Kuala Kangsar ari tu...terkejut jgk aku tgk tisu2 di meja hidangan adalah jenama ini...
TF choice...tisu yg dijenamakan ngan nama sebuah pasaraya.
Aku ingatkan kat Pahang aje dorang mendominasi dengan membuka cawangan pasaraya di kebanyakan daerah. Sebabnya...TF ni dari aku kecik2 dulu lagi dh wujud kat Bentong dan Jerantut. Lepas2 tu dh wujud kat Raub dan beberapa daerah yg lain.
Skang ni dorang pun dh buat bangunan ala2 gudang, ala2 econsave, giant....besarrrr dan menjadi saingan kepada pasaraya2 yg aku sebutkan tadi.
Kat Bentong ni...selain pasarayanya yg dh berada di tengah2 bandar Bentong tu......dorang buat pulak bangunan baru...ala2 gudang ni ler..kat Batu 1 Jalan Tras tu. Ngan keluasan parking mmg menyenangkan pelanggan lah. Tp aku tak tau laa dh siap ke lom sbb aku pun dh 4 bulan tak balik Bentong ni, ngee..

Tak sangka...rupa2nya TF ni dh wujud jgk kat beberapa daerah di negeri Perak. Dh ada kat Sg. Siput, Tg. Malim...Teluk Intan pun ada jgk kot kalo tak silap. Taiping jer takde lagi, hehe..

Lihatlah...bagaimana mereka leh maju sampai mcm ni. Padahal dulu...dia lebih kerdil dari Jaya Supermarket yg ada kat Bentong masa zaman aku sekolah rendah dulu. Tp lepas2 Jaya Supermarket dh lingkup...dorang mendapat tempat bg masyarakat di Bentong. Sehinggakan The Store yg wujud tu pun dipandang sepi....kecuali nk membeli pakaian yg ada jenama sket...baru dorang gi The Store tu.
Kat sini barangan dapur khususnya mmg murah. Segar pun segar. Orang Bentong tu mmg tak kisah pun kalo pasar biasa (pasar basah) tu tutup....dorang leh gi shopping barang2 mentah kat TF aje.

Nota ALONA:-
~Skang bila dh maju dorang dh tukar nama Pasaraya TF Value Mart....
~TF tu maksudnya Thong Fatt...nama tokey pengasasnya laa kalo tak silap, huhu.. 

7 comments:

nea lopah said...

Tahniah TF !hehehe...baru tau jugak.

mama leen said...

taiping ada tesco.. hehe

Rinna said...

Biasa laa org cina kuat berniaga... tak mustahil dia org boleh bukak branch kat tmpt lain..

Gieyana said...

xpernah tau...tau dr blog akaknih..:-)

Nad MamaZN said...

Yeayyy kat teluk intan ada!! Dekat jek ngan umah
Malas dah nak p giant kt pekan sana
P tf jek dekat sket :)

Ena's Palace said...

semakin kaya la si TF ni kan kak...

wantie said...

tu dia. dah maju noh. tak pa. T nak tunggu la Yok Seng kat pekan kg T tu maju.

balik ritu tengok mcm nak kioq je. hahaha