Oh ye...kat sini aku nk simpan apa yg angah citer kat kitorang dari mula2 dia di situ sehingga terkini:-
~ Setelah aku tinggalkan dia kat dalam dewan pada 14/02 dulu. Angah disambut oleh kawan2 homeroom dia ngan tepukan. Terutama budak2 perempuan (pelajar lama)...sebab cakap rupa angah ni ada iras2 rupa Daniel iaitu kawan diorang dari f1-f3 kat situ dan skang f4 Daniel tu dh berpindah ke MRSM PKP di Taiping.
~ Cikgu penasihat homeroom pun bagus.
~ Utk dorm...semua rakan sebiliknya terdiri dari pelajar lelaki dari homeroom yg sama (lain konsep ngan tempat along & akiss. Ikut pengurusan maktab masing2)
~ Utk kelas angah pulak....pelajar2nya digabungkan dari 2 homeroom. Dalam satu2 kelas...pelajarnya mmg tak ramai. 20 lebih aje.
~ Angah citer dia yg kejutkan kawan2 dorm dia bangun pagi2...
~ Ada satu malam tu...dia cuma tido sorang jer kat dorm dia sbb 2 orang rakan sebiliknya telah terpilih utk gi Pameran Robotik di luar dan sorang lagi roomate dia mmg
jenis tak tido kat dorm tu sbb tumpang tido kat dorm kawan baik dia.
~ Baju mmg semua dia hantar dobi aje lah. Dulu mula2 masuk...dia basuh
sendiri pakaian dalam dia. Tp skang ntah mana dia dpt idea.....dia taruk
seluar dalam dia kat dlm poket seluar tu dan hantar ke dobi. Makcik
dobi tu pun masukkan kesemua pakaian tu dlm mesin utk dibasuh2 tanpa keluarkan seluar dalam tu dari poket seluar tersebut, kemudian dikeringkan guna mesin pengering....dan taruk dlm bakul dobi utk bilik dorang (campur sekali pakaian angah dan 3
orang lagi kawan2 sebiliknya), (pakaian tersebut mmg tidak dilipat)....siap ler seluar dalam angah pun dibasuh dan dikeringkan sekaligus, hahahaha...Itu lah budak lelaki ye. Setahu aku....along pun tak buat mcm tu!!!..........angah2!!!!
~ Angah dh boleh bersembang2 dan berkawan2 ngan pelajar perempuan. Maklum
ler...anak ke-2 aku ni sangat pemalu orangnya. Tambah2 dia ni dari
sekolah rendah darjah 1 sampai ler ke tingkatan 4 sebelum dpt tawaran belajar di
mrsm.....dia bersekolah di sekolah budak lelaki. Sebelum ni
jika berbual dan bersembang....dia cuma pandang tepat muka aku,
akiss adik dia, arwah mak aku & opah dia aje ketika bercakap.
~ Dalam bilik air berhampiran dorm dia...semua takde pintu kecuali 2 yg
masih elok berpintu. Tapi angah kata dia tetap mandi di bilik air yg berpintu. Kalo penoh 2-2 tu...dia tetap tunggu jgk.
Kawan2 lain ada yg selamba jer mandi berseluar dalam...dan ada pakai seluar boxer
sekurang2nya, huhu..(hehe...ari tu masa aku dok tunggu angah kat tepi
aspura tu...ternampak ler sorang budak mgkn baru f1 sebab dia di tingkat
paling atas sedang hanya berseluar dalam, kuikui...Bila terperasan aku
ternampak...cepat2 jer lari menyembunyikan diri, huhu..)
~ Surau dorang kat atas dewan selera....sama mcm kat tempat akiss. Pelajar lelaki dan perempuan menggunakan tangga yg berlainan utk ke surau tersebut.
~ Minggu pertama angah dok situ pun angah dh rasa dia tak salah memilih utk keluar dari KE. Dia dan kawan2 homeroom dh serasi sampai leh menang buat spider web dan jadi homeroom terbaik utk keseluruhan f4.
~ Apa yg memeranjatkan...angah leh menari utk persembahan suaikenal di depan khalayak warga maktab tersebut. Homeroom dorang pelajar pempuan yg plan wat tarian. Budak pempuan ler yg susah payah cari step...budak lelaki ngikut aje. Semua perlu terlibat...tidak ada pengecualian.
~ Angah citer...pelajar2 kat situ mmg spoting. Kena soh buat itu ini...senang aje dorang nk buat ngan sukarela. Tak mcm sekolah lama dia....ramai sangat yg merungut bila disuruh buat sesuatu..
~ Kat dalam kelas...kawan2 mmg menumpukan perhatian ketika belajar. Berbeza ngan situasi di sekolah lama dia wlpn dulu dia berada di kelas yg pertama.
~ Setiap semester...dorang akan ada satu minggu aktiviti. Minggu tu dorang tak perlu belajar tetapi masa dorang diisi ngan pelbagai aktiviti. Setiap tingkatan...dorang akan ada lain2 aktiviti. Ada yg buat perlawanan permainan sukan, ada yg buat rombongan dan mcm2 lah.. Mcm akiss...dia dpt gi rombongan ke pusat sains negara yg terletak kat Kedah nun.. Mcm angah pulak....dia citer team homeroom dia (yg telah dibahagi 2 team) menang main paintball dpt no. 2.
Angah kata...kalo kat sekolah lama tu mana dia dpt peluang mcm tu dan jangan harap lah dia nk dpt peluang tu. Kalo ada permainan paintball mcm ni pun...hanya utk mereka2 yg terpilih aje. Utk pelajar yg tak terer sangat dlm satu2 permainan sukan tu....mmg akan terpinggir dan dipinggirkan lah. Kot kalo terlibat semua pun cuma acara merentas desa aje. Mcm kat sini....semua boleh terlibat dan perlu terlibat dalam minggu aktiviti cenggini.
~ Kat sini...angah dh bukan rumah merah...(dari sekolah rendah sampai ke sekolah menengah asek2 rumah merahhh aje, katanya...huhu). Skang rumah sukan angah...BIRU. Dan jugak...dia bkn lagi jadi ahli TKRS / KRS...sbb kat situ takde unit beruniform tu...lega jer dia. Dh bosan dia ngan unit KRS ni sbb tak penah buat aktiviti menarik langsung, katanya. Kat situ dia masuk pengakap....owh, sama mcm along kat Taiping. Senang nk kongsi cerita, hehe.
~ Angah dh amek borang utk jadi pengawas PSP. Walaupun kawan dia kata jawatan tu boring...tapi angah nk mencuba jgk. Sbb along pun PSP kat Taiping ni. Ntah apa yg along citer sampai menarik minat angah. Tp selepas dh hantar borang...calon2 akan ditemuduga terlebih dulu, hoho.
~ Angah dh lebih berani utk berdepan ngan guru. Sebagai contoh...baru2 ni dia bertanya ngan guru asrama dia sama ada dia leh keluar outing ngan ibubapa tak walaupun hari yg sama adalah hari outing utk aspuri....Sbb, kawan2 dia yg dh lama sekolah kat situ (sejak dari f1) bgtau tak boleh. Tu yg dia gi sendiri tanya guru asrama tu...dan dia gembira sbb jawapan cikgu tu....BOLEH!!
~ Angah leh sms abah dia bgtau jgn risau ngan resdung dia...sbb dia rasa dh semakin kurang dh. Hihi.....
Selalunya sms perkara mcm ni dia akan msj ibu dia....tp agaknya hari tu dia nk bagi nampak adil....dia sms kat abah dia pulak pasal resdung ni, kehkeh. Tp bkn dia tak tau, hp 012 ibu ni mmg abah suka sgt ler nompang baca sms-sms nya, hoho....
-----------------------------------
Ok....bagi aku...utk pengalaman tak sampai sebulan lagi tinggal di asrama....perkembangan angah ni sangat baik. Byk yg dia dh perbaiki....ke arah yg lebih baik lah. Sebab itu masa mula2 kitorang jumpa dia ketika outing hari tu.....angah kata byk beza kat sini dan sekolah lama dia tu, mm.
Aku tak kisah laa. Itu mmg keinginan dan impian dia nk ikut jejak along. Semua tu dia sendiri yg nk menghadapinya. Dh tercapai ni...belajar sehabis baik dan jadi insan yg baik dan bertanggungjawab....
Nota ALONA:-
~Lain mcm jer bila wat entry ni tidak bergambar ni...hihi..
5 comments:
alhamdulillah byk perkembangan positif dari angah ye.semoga angah terus maju jaya.amin
doakan ajelah untuk anak2 kita ye... suka baca cerita angah ni. karakter dia lebih kurang angah anak dara KA Tu! hehehe
Nampak perubhn positif angah..alhamdulilah dpt pilih kawan yg baik2
pandai dia nih sembunyi pakain dlm dlm poket. ish... cuci ke
Alhamdulillah...
Seronok saya dgr
Banyak perkembangan positif
Post a Comment