Wednesday, March 13, 2013

Amek akiss..

13.03.2013
RABU

Kul 11.40 pagi aku dh keluar ngan ditemani Yui (anak sedara). Mula2 gi kedai Mr D.I.Y kat bandar Taiping utk beli rantai kunci dan mangga kunci sebagai kunci extra locker akiss. Sebab apa??

Dari Taiping...terus aku ke ofis abg di Semanggol. Nak amek abg. Kitorang nk gi amek akiss kat Transkrian, Nibong Tebal. MRSM dorang telah terpilih menjadi tuan rumah utk satu kejohanan yg melibatkan semua mrsm kat Malaysia tahun ni. Jadi, para pelajar yg tak terlibat dibenarkan balik utk mengosongkan dorm kerana dorm dorang bakal dijadikan tempat penginapan peserta2 silat tu.

Sampai sana kul 2.30ptg....kenderaan ibubapa dh memenuhi perkarangan berhampiran aspuri dan aspura. Aku pun serahkan beg kosong kat akiss utk dia sumbatkan barang2 yg perlu utk dibawa balik. Aku tgk ada ibu yg gi tolong bawak barang2 anak dorang. Aku pun naik jgk lah....senang sket. Dh ler akiss takde bawak beg balik kampung kat sana. Tolong2 kemas...dan tolong kunci extra rantai sekali mangga utk extra security kat locker akiss. Sebabbb.....dorm aspuri akan digunakan oleh peserta lelaki sbb acara silat ni kan lebih ramai melibatkan peserta lelaki, huhu. Aspuri kat sini lebih satu block dari aspura. Tu laa pasal. Jadinya, aspura pulak katanya akan digunakan oleh peserta silat wanita. Jangan risau...kebersihan terjamin.

Dan kemudian dipusingkan locker tu. Pusingkan pintu locker menghadap ke dinding seperti yg diarahkan oleh warden. Aku ngan Yui gak tolong pusingkan locker sorang kawan akiss yg comel jer orangnya. Jenoh jgk ler kalo dia nk buat sorang2, kan....

Dh turun...terus menuju ke kancil. Ramai lagi ibubapa menunggu dan menolong anak masing2 mengangkut barang2 yg dorang nk bawak balik.
Melangkah ngan riang ria...akiss balik, yeay!!!!
Muka tak sabar nak balik....nak peluk si Vivie!!!
Dari situ....terus menghala ke Semanggol. Abg nk ke ofis semula.
Dari Semanggoi...aku singgah jap pekena cendol kat simpang Selinsing tu sbb nk meneman akiss makan nasik ayam. Tak sempat nk makan lagi sebab abes2 kelas tadi dia terus naik dorm utk mengemas barang.
Kemudian, kitorang meneruskan perjalanan area Taman Mewah sbb nk amek baju kurung batik rasmi pelajar pempuan yg dh siap dijahit oleh kak Hawa.. Akiss tak sabar2 nk pakai minggu depan, hahaha..

Nota ALONA:-
~Akiss dan semua yg balik tu bkn cuti free....melambak keje sekolah yg telah diberi dan perlu diselesaikan dalam cuti khas ni, kehkeh.....

6 comments:

Kamsiah yusoff said...

oo...bercuti awal la ya

Anonymous said...

seronoklah sekejap si akiss yer..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

best akiss..mmg tk sabar la nk blk kg kan...

Shiela Luddin said...

bila tengok gambar akak ngan akiss yang first tue nampak sangat akiss seiras muka akak..anak mak nie..:)

el said...

seronok akis ye kak
akk pun x sunyi dah..kejap je tu hehe
jdlah hilang sunyi ye kak

nad said...

Akiss cuti 2 mggu le ek kak?
23/3 start cuti skool kan?