Tuesday, March 12, 2013

Along outing..

10.03.2013
AHAD

Minggu lepas along outing. Kul 12 dia dh leh keluar dh. Ramai jgk yg outing ngan keluarga hari tu.
Dh amek along...terus selesaikan hal kitorang dulu. Gi isi petrol kat Shell dan terus gi beli minyak enjin dan filter utk alza & sang kancil. Abang leh tukar sendiri...ngan alza tu pun abg nk wat sendiri jer.

Dari situ terus ajak abg singgah kat pesta buku di dewan MPT Kamunting. Hari tu last dh. Baru ni berkesempatan nk gi.
Belek2 buku PMR...walaupun tahun ni last PMR....tp masih byk buku2 terbitan baru di pasaran, mm...
Abg tengok buku ilmiah, hehe...
Abg tengok tajuk dulu. Kot ada yg menarik baru amek naskhah tu utk dibelek2, hehe..
Along dok belek buku2 latihan. Kat tangan tu dia dh amek satu dh.
Hmm...hari Ahad tu along aje laa yg ada. Angah dan akiss kat asrama masing2.
Sebenarnya, aku dh plan nk bawak along outing minggu depan 16hb.

Cenggini, bermula Khamis sehingga beberapa hari kat Transkrian akan berlangsung Kejohanan Silat antara mrsm. Akiss dan semua pelajar yg tak terlibat dibenarkan pulang bermalam mula hari esok 13hb sehingga Ahad @ Isnin 18hb disebabkan para peserta silat akan menggunakan dorm dorang sebagai tempat penginapan.

Bila akiss kebetulan ada kat umah sewaktu abang2nya tak leh balik umah.........sebagai ibu, aku rasa masa ni lah tiga beradik ni nk berjumpa sembang2 dan citer mcm2 setelah sebulan dorang tak bersua dengan cara lain, kan.
Tu yg aku plan Sabtu ni nk bawak akiss yg sedang bercuti ni, kemudian amek along outing dan terus ke Lenggong utk jumpa dan bawak angah outing kat sana.
Kat sana...aku plan nk bawak anak2 kesayangan aku ni gi Muzium Arkeologi yg ada sejarah tentang Perak Man tu. Tak jauh pun dari mrsm lenggong...dalam 10 minit perjalanan aje. Kemudian, leh ler bawak dorang berkelah2 jap kat Lata Kekabu.
Tapi mmg tak boleh lama lah pun. Sbb, 16hb tu along ada seminar utk SPM kat dewan besar. Kul 1 petang baru abes. Jd, aku bajet...dh amek along kul 1 ptg tu...terus ker lenggong & target sampai sana kul 2.15 petang. Kat sana...pandai2lah kitorang urus masa utk aktiviti, kan. Kemudian leh hantar along balik hostel paling tidak kul 6 petang dh sampai kat pondok pak guard dh, hehe.

Tapi tu lah....apa yg dirancang tu tak dapat nk dilaksanakan. Tempat along belajar ni dh straight pulak pengurusannya bermula 2013 ni...tak macam tahun lepas yg lebih mesra outing, hehe.
**Tahun lepas wlpn cuma 2x dibenarkan outing dlm sebulan tp kalo outing ngan parents tak kisah minggu bila pun leh keluar.

Aku dh telefon ketua guru asrama along...tp mcm2 lah alasan yg diberi. Antaranya:-
~Tak mau outing ni cacamerba..tu sebab kalo minggu outing jer para pelajar diberi kebenaran utk outing. Kalo bukan...cuma dibenarkan utk melawat aje. 
~Kalo dibenarkan jgk along outing...nanti ibubapa lain yg nampak pun sebok nk bawak anak dorang outing di bukan minggu outing.

Ntah laa...aku ni bkn jenis suka melawan. Aku ni jenis hormat tugas orang jugak. Aku mmg cakap ngan cikgu tu guna intonasi elok2 aje. Cuma cikgu tu yg nampaknya nada dia sangat tegas...tak boleh nk berkompromi langsung. Tak kisah laa...itu tugas dia...sistem sebegini mungkin cara dia membawa pembaharuan. Sbb ketua guru warden tahun lepas dh berpindah ke tempat yg lain.
Aku pun takde ler nk cerita rancangan aku nk bawak along outing minggu depan tu bkn sebab apa....Aku takmo dengar pulak cikgu tu lagi bertegas..."kalo bawak pelajar outing kami cuma benarkan di sekitar Taiping saja"
Itu lah kan..............lain padang lain belalang.
Yg aku ni pulak kena ler sedar diri tu...Kalo masuk kandang kambing kena ler mengembekkkkkkk...kalo masuk kandang kucing kena laa mengiauuuuuu..meow..meow......kannn!!!!

Tp kat tempat akiss lain pulak...kalo nk bawak outing...ibu, bapa atau penjaga kena gi sekali jumpa warden utk amek tandatangan kebenaran. Tp masa outing tu leh jer nk bawak balik Taiping ataupun outing sampai ke Seberang Prai tu...huhu. Tu Pengetua sendiri yg bagitau masa taklimat bulan lepas. Dan warden pun penah cakap perkara yg sama masa nk bawak akiss pertama kali outing tempohari.

Disebabkan tiada kebenaran outing utk along minggu depan....maka aku pun bawak ler along outing 9hb ari tu.
Mgkn Ahad ni....leh laa bawak akiss gi melawat dan berjumpa bercerita2 ngan along. Angah nak jumpa along, along nk jumpa angah...kena ler tunggu cuti sekolah ujung Mac ni utk bersua dan bercerita2, ye nakkkk....
Camni lah kalo dh semuanya dok asrama...................

Nota ALONA:-
~Lain padang.....lain belalang...
~Tp sebenarnya, sedih jgk bila cikgu tak izinkan tu...sampaikan Jumaat malam Sabtu tu aku susah nk tido sbb kesian 3 beradik ni tak dpt jumpa dlm masa terdekat ni. Padahal badan letih sangat sbb petang tu amek gambo orang menikah. Meleleh airmata aku srob srek srob srek sebelum tetido. 

1 comment:

nad said...

Kene plan elok elok ek kak..
Cam kitorang la..
3 beradik jek pun tp bile dah masing masing berlaki kene gak la plan bile2 utk kumpul ramai2