Saturday, February 9, 2013

Majlis itu.....

08.02.2013
Jumaat

Pagi ni...kul 8.00 aku bergegas ke maktab along. Ada majlis anugerah kecemerlangan akademik semester 2, 2012 dan pelancaran program gerak gemilang SPM 2013.............serta majlis penyerahan bantuan khas awal persekolahan utk pelajar2 kat situ.

Ingatkan dh terlambat...tapi tak lagi rupa2nya. Cuma tempat nak parking tu dh penoh lah. Aku cuma parking kat luar aje. Betul2 sebelah pondok bas tu. Mentang2 bawak kancil....nyelit aje lah, kan...hehe..

Mendaki sedikit bukit utk ke dewan pagi tu mmg takde masalah. Takde rasa letih2 dan mengah pun. Aku leh potong ibu bapa yg lain yg turut sama mendaki masa tu, kahhhh...(leh mula jogging bukit larut ler lepas2 ni, kan..hehe)...

Masuk dewan...aku pun duduk kat tempat paling depan utk ibu bapa, hehe. Sbb tengok orang sume nk dok belakangggg aje. Sape nk duduk kat depan, kan?? hehe. 

Mula2..ada taklimat dari bahagian penganjuran pelajaran MARA. Aku ni pun dok tekun mendengar...terutama bidang pekerjaan yg bakal dipilih oleh pelajar2, bidang apa yg sedang diperlukan, bidang apa yg menjana ekonomi negara, risiko, apa cara2 mengelak risiko....cara2 meneruskan pengajian selepas tamat SPM dan sebagainya lah.

Dah selesai..tak lama tu pun YB yg diundang utk menjayakan majlis perasmian telah pun tiba. Lagu NegaraKu berkumandang..
Semua kena berdiri...
Dah selesai ucapan pengetua dan ucapan YB...maka berasmilah ke 2-2 majlis tersebut.
Ada ler acara potong riben dan gimik perasmian diadakan.

Kemudian, acara penyampaian anugerah kecemerlangan akademik. Dalam majlis ni cuma disampaikan anugerah sijil penghormatan pengetua iaitu kepada 3 orang pelajar yg telah mendapat 4 flat. Dorang dapat sijil dan yg penting dapat RM150 woo!!! Sumbangan muafakat kalo tak silap pendengaranku ini, ngee..
Wuii, terer tul dorang ni..dapat 4 flat, ye. Along pun lagi 0.01 nk cecah 3.6, huhu...
Along pun dapat jgk anugerah pengetua tp cuma yg biasa2 aje lah. Dapat sijil yg disampaikan masa dorang dinner malam semalam.
Ramai kali ni yg layak dapat anugerah pengetua iaitu pointer melebihi 3.5.
305 orang layak menerima utk semester 2 tahun lepas. Pencapaian paling baik dalam sejarah ni, huhu.
Disebabkan terlalu ramai...maka dlm majlis ni cuma disampaikan anugerah utk mereka2 yg terbaik aje lah.
YB sedang menyampaikan anugerah. Mmg tak nampak ler sbb aku guna kamera dari hp akiss, hehe. Aku bawak hp dia semata2 nk guna kamera aje, kehkeh... Asal ada gambar. Kang bawak slr kang semacam ler pulak, kan...over jer nampak!!! Cukup2 ler pelajar2 kat situ yg 3-4 orang dok usung slr utk majlis tu, ngee..
Lepas2 tu ada acara simbolik penyerahan replika cek utk bantuan khas awal persekolahan tu...
Selesai.....acara pun bersurai.
Bila majlis dh bersurai....ibu bapa dh mula nk beredar....tp tunggu tetamu VIP keluar dulu lah sebagai penghormatan..
Pelajar2 maktab leh gi amek RM100 kat pusat pelajar.
Ibu bapa dan tetamu dijemput gi dewan selera...
Mula2 aku malas nk gi. Tapi tetiba tingin lak nk masuk dewan makan dorang ni, hehe.. Bila lagi nk amek peluang kan...hehe.. Kot2 leh mengimbau dewan makan kat vokay dulu...hehe..(tak sama pun...lain sangat!!)..

Sementara tunggu along gi amek RM100 dan balik dorm utk amek beg2 dia...aku pun menapak gi dewan makan. Ada bihun goreng, air teh o ataupun teh tarik...
Suasana dlm dewan makan..Meja bulat.
Agak2 along dh ready...aku pun turun dan terus keluar dari kawasan maktab.
Tunggu kat kete aje lah.
Masuk kete...tukar sandal, hahaha.
Leceh mandu pakai kasut tinggi ni, kan...kan..ngee
Parking kete kat depan ni aje haaa...hehe. Padahal kat jalan belakang2 tu berderet2 kete ibu bapa pelajar lain, ngee..
Sambil2 tu aku belek2 naskhah buletin yg diberi tadi ni..Ada berita dan ada jugak analisa keputusan peperiksaan dorang.
Tak lama tu...muncul laa along ngan beg2nya. Balik cuti 4 hari sempena CNY. Pastu, kena balik sekolah semula. 13hb dorang bakal menerima junior, ye.

Dari situ, terus jer gi amek akiss kat sekolah. Masa pun cantekk aje. Tunggu tak lama...akiss dan pelajar2 lain kat sekolah tu dh leh keluar utk balik. Sekolah tu cuti seminggu sempena CNY...tapi akiss tak merasalah nk cuti seminggu sbb 13hb dia nk gi sekolah baru. Samalah ngan Angah. Tak merasalah nk cuti sakan utk CNY ni, huhu.

Dah amek akiss...terus amek angah. Sekolah akiss kat Jalan Muzium. Sekolah Angah lak kat Jalan Muzium Hulu....senang jer....satu jalan tapi nama tu jadi lain sket sebab jalan tu dipisahkan oleh sebuah jalan utama dan bersimpang empat dan perlu melalui trafik light, hehe..

Angah pun hari terakhir bersekolah kat sini. Aku pun tak tau lah apa perasaan dia ni. Angah ni kekadang misteri jgk, huhu..

Nota ALONA:-
~Aku kalo entry tentang maktab along ni...jarang aku citer nama penoh maktab dia, huhu. Segan ler bila ada yg terbukak blog ni bila cari maklumat berkaitan, huhu. Along selalu dok citer kawan2 dia ada terbukak blog ni dan tanya kat dia blog ni blog sape, huhu. Along pun ngaku lah ni blog ibu dia, :p ......
~Angah pun mcm tu. Kawan2 dia kalo google imej tentang Taiping...dan terjumpa gambar kitorang kat blog ni, :p ..............huhu..

1 comment:

Nad MamaZN said...

Seronok bace psal anak2 akak...