Friday, February 8, 2013

Menguruskan URUSAN......

Sejak dh tau Akiss dapat tawaran dan sehari kemudian Angah pun menerima tawaran yg serupa....aku kena pantas & cekap wat urusan sbb tempoh cuma seminggu aje. Tolak cuti CNY 4 hari....aduhaii...teruk jgk laa. Sebab urusan utk medical check up dibuat di klinik kerajaan ataupun di klinik swasta yg kebanyakannya dikuasai oleh bangsa cina yg tentunya tidak akan beroperasi kerana cuti itu. Kedai2 utk membeli peralatan berkaitan pun mcm tu jgk lah.

Aku kena ligat...ligat memikirkan apa yg perlu diuruskan terlebih dulu dan kemudian2nya. Kebanyakannya ditulis....maklumlah 2 orang sekaligus. Mmg jenoh jgk lah.

 Mula2 aku gi sekolah masing2. Kat sekolah akiss ok aje. Lancar.....
Ni sekolah akiss...Aku kena tunggu sini jap sebab pakcik guard tengah solat Zuhur kat dlm bilik tu.
Kaunter di pejabat sekolah akiss....
(06/02) Aku gi pejabat MARA....nak bayar duit pendaftaran. Skang dh tak bayar pada hari pendaftaran. Kena bayar sebelum hari pendaftaran. Semua pembayaran leh dibuat kat kaunter bank atau bank online jer. Paling senang terus gi pejabat MARA utk settle. Disebabkan duit pun dh dibawak keluar...aku terus bayar kat pejabat MARA aje lah lebih senang...hehe..

Bila gi pejabat MARA seperti selalu...alamak!!! rupa2nya dh berpindah ler. Dorang dh berpindah kat ngan Restoran Sejati. Sebelah restoran tu tapi kat tingkat atas.
Aku terus mandu gi situ. Sini cuma kena daki tangga setingkat aje kalo nk dibandingkan ngan pejabat lama sampai 4 tingkat!!!
Pejabat baru ni lebih korporat dan cantik!! Urusan dh mcm cara berurusan kat bank pulak, hehe. Dah buat bayaran...dh dapat resit (penting utk ditunjukkan pada hari pendaftaran)....aku bergegas utk urus mende lain.

Gi sekolah Angah.
Mula2 gi pejabat. Pejabat kata...urusan lain pelajar sendiri leh uruskan. Ok, lega. Biar angah yg urus sendiri ngan cikgu kelas dia.
Ni kat kaunter opis sekolah Angah...
Tapi tu lah....sangkut pulak...kad 001 tak dapat sebab hilang. Cikgu tingkatan 4 kelas angah kata tak jumpa fail tu...M.I.A...aduhaii. Angah kata ada 4-5 orang kawan dlm kelas dia takde mende tu. Dh tanya guru tingkatan 3 dulu...dia pun kata takde. Tak tau laa kad 001 ni dh terhilang tanpa disedari sejak angah tingkatan berapa sbb angah mmg dari tingkatan 1 bersekolah kat situ. Masa ni angah dh risau..
Aku biarkan dulu....tengok dulu dlm beberapa hari berbaki ni. Mana tau nanti cikgu terjumpa lak, kan??

Aku kol Lenggong (7/2)
Aku dh buat surat mintak tangguh pendaftaran angah sehari selepas.....
Jadi, nak tanya tentang status surat yg dh difaksimili oleh abg pagi2 lagi kat ofis abg tu lah. Diluluskan ke idak??
Dh bercakap sendiri ngan cikgu yg menguruskan bahagian pendaftaran minggu depan....Alhamdulillah, dia kata surat dh diterima dan kitorang leh daftar angah sehari selepas tarikh sebenar. Kitorang gi daftar akiss dulu 13hb tu. Angah keesokkan harinya.
Sambil2 tu aku bertanya tentang buku rekod kesihatan murid yg diperlukan dalam senarai tu....sebab dh hilang sekali ngan kad 001 kat sekolah. Alhamdulillah, cikgu berkenaan kata...tak mengapa...nanti pihak dorang akan buatkan yg baru utk pelajar (angah)....Lega dengar!!!

05hb Februari, aku gi poliklinik dekat ngan umah aku ni. Nak buat medical-check up...termasuk x-ray.
Check mata, check darah....tekanan darah...
Tgk ler tandas ni. Kelakar pulak. Ada 1 pintu lain ke tandas lelaki tp sebenarnya leh jer masuk kat pintu yg terbuka tu utk ke tandas lelaki yg sebenarnya kat dalam tu jgk. Yg kat depan tu sekadar pintu sj, hehe. Kelakarnya bkn apa...masa nk amek air kencing tu...angah dh masuk situ utk amek botol tapi dia leh keluar pulak nk pi tandas lelaki ikut pintu luar tu, kehkeh....Betul2 ler pintu ni wat orang konpius!!!
Dh test air kencing...kena gi x-ray pulak....mm.
Dalam sebok menguruskan hal angah dan akiss....kena lak gi jumpa along kejap. Nak bagi kamera D60 kat dia. Katanya nk guna masa dinner malam 7/2 tadi.
Jumpa kat luar aje...Along mintak kebenaran kat pak guard..
Jumpa dia waktu petang...waktu riadah..Jumpa tak sampai 3 minit!!!

Dari situ, kitorang terus gi kedai spek tempat buat spek along ari tu. Nak buat spek akiss.
Aduhaii, mmg kena buat jgk...disebabkan dia nk tinggal hostel. Dia rabun jauh tp tak teruk laa. Tapi teruk tak teruk pun...sebelah 1.50...sebelah lagi 1.75. Silau 50, uii. Masa test kat klinik tu...aku masih leh nampak yg kecik2 kat bawah tu...tapi dia leh samar2 jer, hmm.
Nasib aku ler...3-3 anak dh kena pakai spek ni...

Dah ler byk guna duit utk persediaan dan pendaftaran dia ngan angah nanti. Kena wat spek pulak, adoii.
Kali ni...dapat setahun waranty kad utk tukar cermin tanpa bayaran. Kalo spek hilang...cuma kena beli bingkai aje. Kalo power dah turun atau power dh tambah...nk tukar baru...cuma kena beli bingkai aje. Gitu ler katanya.

Urusan fotostat dan gi mintak cop pengesahan dah aku buat kat pejabat Penghulu mukim kat Taman Tasik tu. Lega dh. Mujur masa datang tu ada sorang Penghulu Mukim baru sampai. Kalo baca nota kat pintu....penghulu semua takde sebab gi menghadiri majlis BR1M, mmm..

Petang tadi (7/2)...kena gi klinik lagi. Kali ni gi klinik panel aje. Terpaksa gi situ sebab takleh nk gi klinik kerajaan pagi esok utk susulan pemeriksaan kesihatan hari tu. Lupa pulak rupa2nya minggu lepas aku dh mengesahkan akan hadir majlis anugerah & penyerahan RM100 kat maktab along pagi Jumaat ni.

Mujur klinik panel opis abg ni leh buat mende ni. Lega lah.
Tutup 3 hari sempena CNY....
Dari situ...terus gi bandar Taiping utk shopping baju uniform dorang. Dh takleh ler akiss nk pakai 2 pasang uniform putih, hijau yg baru dibeli sebelum bukak sekolah awal tahun ari tu. Angah pulak ari tu beli 2 helai uniform putih baru dan sehelai aje seluar hijau tua tu.
Skang dh kena beli uniform baru...Jenoh!!!

Mula2 gi kedai melayu...tapi tu laa ye...berbeza tul cara kedai melayu ngan kedai cina ni. Cari barang tu tak jumpa yg ni tak jumpa. Takde saiz....Dh jumpa cuma ada sepasang...kitorang nk beli 2 pasang. Tapi nk bagi sokongan punya pasal...aku beli jgk ler sepasang baju melayu tu dan beberapa helai t-shirt putih berkolar kat situ.

Akhirnya aku kena gi jugak kedai auntie kat bazaar tu utk beli uniform angah dan akiss kat tempat baru. One stop...aku beli 2 pasang baju peach, seluar coklat utk angah, sepasang uniform biru, baju melayu lagi sepasang, seluar slack, stokin angah, stokin akiss, uniform akiss utk kaler peach, kain cekelet tu pun 2 pasang, sepasang uniform biru......
Nak tau semua tu berapa???..................berapa??
RM520 setelah mintak tawar dari RM547. Aunty kata RM547 tu pun dia dh diskaun dh, hmm. Aku tak kira...aku kena mintak kurang jgk. Dah ler abes kat kedai melayu tadi RM100 setelah dh diskaun RM8, huhu..
Termenung jap aku...tak penah2 membeli baju sampai RM520 + RM100 dalam satu masa!!!!!
Tapi otak ni pikir semula relevan dan logik. Dulu tahun 2009 masa beli utk along pun RM200 lebih. Inikan pulak utk dua orang...angah dan akiss. Dh tentu lah lebih RM500, kan??
Ok..ok...otak dh lega. Tak perlu pikir lagi dh masa memandu balik tu, hehe..

Tu pun ada lagi tak beli. Kasut itam pvc (atau kulit tapi mmg tak mampu nk beli kulit ler, kehkeh)......utk akiss, dan kasut kanvas putih utk angah guna waktu PJK.
Ada lagi...ada lagi...Ada lagi nk kena beli. Aku dh tengok dlm senarai. Mende tu termasuk ler baldi, bla...bla...bla......huhu.
Angah ngan akiss dh tengok depan mata dorang.....mcm mana duit kena keluar utk dorang terima tawaran belajar kat sana tu....dorang dh pasang azam. Aku harap...dorang kuat semangat. Kata nk jadi mcm along, kan????
Dh settle bahagian ni....cuma abg tak turunkan tandatangan lagi.
Ni antara pakaian yg perlu akiss pakai ketika di sana.....
Ni pulak angah punya...
Yg lain2 tu...tunggu along ler sekali utk ajak membeli. Nk bagi dia seronok jgk dengan persediaan adik2 dia. Sebelum2 ni adik2 dia jer yg teman beli barang2 dia, kan...kan..

Nota ALONA:-
~Inilah tanggungjawab dan pengorbanan ibu bapa. Semuanya demi masa depan mu, nak...
~Semoga bkn akademik aje yg dikejar....tetapi tetap tidak melupakan 'asal' kita.

5 comments:

nad said...

Rasa bangga dgn akak n hubby tetibe pagi2 camni, huhu!
Alhamdulillah, anak akak berjaya sumenya...

el said...

wahhhhhh mmg bz akk...sure along pun tumpang hepi kan dpt shopin sm2..
xleh blah tandas tu kahhhhhhhhh

DeLLas said...

yg mbaca ni pn rimas dgn kesibukkan dlm crita ni.. penat ooooo..

ibuayu said...

Akak pun terasa penat tgk ina ke sana sini...mendoakan semua urusan selesai seblm hrnya..

::NureeN:: said...

byk jgk kan persediaan drg... mmg bz btl... nureen nanti ntah la mcm mana... anak bru tadika lg..