Monday, February 11, 2013

Memang itu berita gembira tapi...

Alhamdulillah...setelah membuat permohonan kemasukan online, kemudian gi pulak menghadapi ujian kemasukan di Taiping (angah ujung November. Akiss awal Disember)....bersama ratusan pemohon2 yg lain di situ (Taiping)...akhirnya dorang berdua diterima sebagai pelajar institusi itu walaupun di berlainan tempat.

Namun dalam gembira....aku sebenarnya sedih jgk laa.
Sedih sebab aku dh biasa bila pagi mmg sepi sebab angah ngan akiss gi sekolah. Tapi bermula jam 2.30 petang...dh dengar keletah dorang bercerita, bergurau, merajuk dan sebagainya.
Tapi...itu semua adalah pilihan mereka. Dorang berminat kerana ikon dorang adalah Along.
Aku ngan abg sekadar menyokong dan memberikan galakan kerana itu semua demi masa depan dorang. Berilmu, berakademik tetapi tidak melupakan jati diri dan tanggungjawab sebagai umat Islam serta nilai2 murni bangsa Melayu.

Nanti, rumah ni bakal sepi ketika musim persekolahan. Riuh rendah suara anak2 cuma akan kedengaran ketika cuti sekolah atau pun ketika dibenarkan utk pulang bermalam setiap bulan...
Angah tak lama...cuma 2 tahun. Tetapi Akiss...InsyaAllah...5 tahun dia akan melalui pengalaman itu. Sama mcm along. Namun, walaupun along dh dok asrama....kitorang tak penah kurang kasih syg sesama. Masa along belajar kat Pengkalan Hulu selama 3 tahun....kitorang kerap bawak along outing....lepak2 kat Baling atau taman tasik kat Pengkalan Hulu sana.
Sehinggalah along dh dapat pertukaran PKP ke Taiping.....lagi dekat...lagi kerap lah kitorang melawat dia. Boleh dikatakan setiap minggu kitorang dpt jumpa along, hehe..

Waktu tu...angah ngan akiss mmg tak sabar jer nk jumpa along. Dorang kalo berjumpa...akan terdengarlah citer pasal komik  dan siri anime One Piece, pasal game, pasal pengalaman, pasal pelajaran, pasal sirah nabi, pasal citer2 hantu....mcm2 lah. Angah ngan akiss ni mmg suka dgr citer along, huhu...Dan dh tentunya....dorang semua suka dgr citer dari ibunya, kahhhh. Sebab aku ni adalah pencerita hebat mereka, kahhhhhh lagi dan lagi....kelakar pulak!!

Tak lama lagi....angah ngan akiss ikut jejak langkah along belajar dan tinggal di asrama. Masing2 di tempat yg berlainan. Sorang di Taiping, sorang di Lenggong dan sorang lagi di Transkrian...Semoga tarikh dorang PB (pulang bermalam) adalah sama. Namun hari outing aku ngan dorang mgkn tak boleh sama.

Masa hantar along dulu....aku bukan main sedih menangis2 berjurai2 airmata dalam perjalanan balik menghantar hari pertama tu. Disusuli lagi ngan suasana mcm ni bila dh outing ataupun dh hantar dia pulang ke asrama selepas pulang bermalam. Dh setengah tahun baru hilang perangai tu...

Tak tau lah masa hantar angah ngan akiss ni pulak nanti camne...dalam gembira ni...bunga2 sedih dh berputik dh. Tunggu masa jer bunga2 sedih tu nk kembang dan airmata melimpah ke pipi, huhu..

Walaupun bila sorang sana, sorang sini, sorang sinun.....diharapkan kasih sayang sesama tidak akan pudar malah lebih kuat dan utuh.

Nota ALONA:-
~Rasa rindu adalah anugerah yg indah....

4 comments:

el said...

el pulak yg sebak..caner lah nti hantaq akiss tu ye kak..huhuhu xnah lg kan berpisah jauh or lama ngan dia...

ibuayu said...

Mesti sunyikan..apa ina nak buat pagi2 sorang2 ya..hehe

nad said...

Hukhuk... Saya tumpang rasa sedih jugak :/

wantie said...

betul kata org. kalau anak ramai rumah tak sunyi. adei...mcmmana la T nanti kak.

baca entry akakni pun dah nangis. jatuh juga air mata keibuan ini